Part 32

3 0 0
                                    

Zieyan sedang berbalas chat dengan Helyani di whatsapp. Sesekali terukir senyuman di bibirnya apabila membalas chatnya. Tersenyum-senyum sendirian dia lagaknya seperti orang yang dah kemaruk bercinta. Rancangan 'Isteri Tuan Ihsan' yang sedang ditayangkan di astro ria tidak lagi diperdulikannya. Ape? Korang fikir Zieyan tak minta drama romance-romance ni.

Datin Waridah ralit memerhatikan anaknya tu yang sedari tadi selepas sarapan tidak henti² dengan iPhone nya sahaja. "Seronok mama tengok Eyan. Message siapa tu?",tanya Datin Waridah.

"Eyan tengah message Yan_",ujarnya terhenti seketika."Er I mean Radiff lah. Ak ha dia post cerita lawak kat whatsapp tulah Eyan gelak². Hehe",bohongnya. Terselit sedikit rasa cuak di hatinya.

Datin Waridah memandang anak bongsunya itu dengan pandangan curiga. "Yan tu siapa? Dari haritu lagi mama,papa curious sangat orang nama 'Yan' tu".

"Takda apa² lah. Eyan saja je tu tersebut-sebut. Biasalah ma",ujarnya lagi.

Datin Waridah memandang anak lelakinya inginkan kepastian "Iyakah tersebut-sebut. Jangan nak dalih² Eyan. Makwe kamu kan? Tipu orang tua dosa tau",Datin Waridah menyakat anaknya lagi.

Dia mengeluh perlahan dan memandang mamanya. "Fine,Yan sebenarnya Yani. Helyani Adeera",dia menyambumg semula manaip message untuk dihantar pada Helyani. Datin Waridah terkebil-kebil matanya mendengar luahan yang baru saja di dengari anaknya tadi.

"Ohh!! patutlah hari tu papa tengok kamu dua macam something wrong saja. Rupanya ada ketam disebalik sup ya",sampuk Datuk Zahar yang baru sahaja selesai kerja di bilik pejabatnya. Terkejut bukan kepalang Zieyan apabila papanya menyergah tepat² di telinga kiri miliknya. IPhone yang berada di pegangannya hampir terjatuh di lantai.

"Fuhh kuss semangat",adunya lantas dicebikkan mulut memandang datuk Zahar. "Pa,bagilah salam dulu ni tak. Hampir hancur phone Eyan tadi".

Datuk Zahar hanya berlagak selamba dan melabuhkan duduknya disebelah Zieyan. "Alah anak papa seorang ni",ujarnya lalu rambut Zieyan diserabutkan. "Eleh marah konon. Takut lahh tu kalau hancur telefon tak dapat nak chat² dengan Helyani kan?",soalnya nada menyindir.

Datin Waridah hanya melihat adegan anak beranak itu. Sungguh memang tidak diakui lagi Eyan lebih rapat dengan papanya.  "Betul tu bang. Hah nanti meraung si Eyan ni kalau tak dapat chat² dengan buah hatinya",usik mamanya.

"Manada takda apa² pun. Dahlah Eyan nak keluar jap nak lepak dengan Kenny",dia mengundur diri dan berlari menaiki tangga untuk ke biliknya. Tidak mahu ditanya lebih banyak soalan.

"Hah tulah awak usik lagi anak kita tu. Tengok,abang tak dapat nak korek hubungan Eyan dengan Helyani tu. Kot-kot boleh buat menantu",Datuk Zahar berpura-pura marah.

"Eleh abang ni. Dia yang duluan usik Eyan. Disalahkan saya pulak. Malaslah nak layan abang erghh!",rajuk Datin Waridah lalu mengangkat punggung mahu berlalu. Datuk Zahar terkesima tidak disangka guraunya membawa padah.

"Pulak dah. Merajuk dah bini aku seorang ni. Sayang! Sorrylah, abang gurau-gurau saja tadi tu",katanya mengikuti langkah si isteri yang sedang menuju ke taman di halaman rumah mereka. (Auww😆 sweet jugak pasangan couple tua² ni. Amacam? Readers setuju tak?).

Zariel,Zaliyah dan Zarish yang baru saja ingin keluar dari bilik bacaan terdengar perbualan itu. Dan mula mendengar semuanya dari mula hingga akhir. Mereka senyum sinis.

"So,nampaknya kita boleh buat plan lebih baik lepas ni",senyum Zaliyah dengan penuh maksud.

"Kan? Aku ada rancangan. Dan aku pasti aku akan dapatkan jawatan CEO tu",Zariel melihat pada dua adiknya itu.

"Fine,but remember your promise to us. Bahagikan harta tu 'sama rata' ",ujar Zarish menekankan perkataan 'sama rata' itu.

Zariel senyum sinis "Aku tahu kau tak perlu nak rakus sangatlah Rish. Tak lama lagi papa akan 'pergi' jadi,senanglah nak pulaukan lembaga pengarah yang lain. Kita buat slow² okey. Sekarang kelemahan Eyan adalah budak tu. Kita boleh gunakan dia lepas ni. Right?".

Mereka berdua mengangguk setuju dengan pendapat Zariel.

****

Mata Helyani melilau mencari kelibat Zieyan di pantai itu. "Eleh kata nak jumpa konon ni apehal lah tak sampai lagi. Karang tak pasal² aku blah dia jugak yang merajuk. Hurgg dah lah aku ni reti pujuk",omelnya sendiri. Sekejap-sekejap dia duduk di atas pasir pantai itu,dan selepas itu berdiri semula.

Dari kejauhan kelihatan Zieyan sedang ralit memerhati pergerakan Helyani. Dia ketawa sendiri. Terbit rasa ingin mengusik gadis itu. Kenny yang berada di tempat duduk pemandu memandang boss nya dari cermin pandang belakang.

"Boss,kesian Cik Helyani tu. Dah sejam dah dia tunggu. Takkanlah nak duduk sini lagi",riak Zieyan berubah memandang Kenny. Eishh dia ni!

"Lah,relaks lah. Menghalau nampak? ".

Sengihan hanya diberikan pada si boss nya. "Tak bermaksud pun. Kesian cik Yani tu".

Zieyan berfikir sejenak sebelum membuka pintu keretanya. "Okeylah Kenny aku nak blah. Bak sini kunci itu",arahnya. Kenny keluar dari kereta lalu menyerahkan kunci kepada Zieyan.

"Okey kau boleh kan balik sendiri?".

"Boleh. Saya nak pergi ambil car kat rumah boss sekali". Langkah Zieyan diatur menuju kearah pantai tersebut.

Helyani duduk semula di atas pasir pantai sambil menikmati gula² kapas yang baru sahaja dibelinya. Sedang dia termenung,ada sesuatu menyentuh kasutnya. Dia memandang kearah benda itu. "Eh,bola siapa pulak ni. Takda pulak aku nampak budak² kat sini main bola",fikirnya pelik sambil memegang bola itu.

"Excuse me cik. Sorry bola kitorang dekat cik",tanya seorang lelaki diikuti dua lagi rakannya di belakang. Helyani senyum kearahnya.

"Ouh yeke? Sorry,nah",bola pantai itu akhirnya bertukar tangan.

"Seorang jer ke. Tunggu siapa? Dari tadi saya nampak awak duduk sendiri",soal lelaki yang berbaju merah itu.

"Ouh,saya tunggu someone".

"Uh, bf ker. Awak single lagi tak? Jomlah join kitorang",pelawa lelaki berbaju hitam itu sambil menghalakan jarinya kearah sekumpulan remaja yang bermain bola tampar di tepi pantai itu. Terdapat juga beberapa orang gadis bersama mereka yang boleh dikatakan manusia 'tak cukup kain'.

"Err- saya seb-",belum sempat Helyani menghabiskan kata-katanya seseorang merangkul pinggangnya dari arah belakang. Terbeliak matanya melihat Zieyan senyum paksa memerhati ketiga-tiga pemuda itu. Ewah dia ni,sesedap maggi asam laksa saja main peluk². Eishh!

"Hai,sayang. Lama tunggu ke? Sorry tau I lambat. You okay kan?", soalnya.

Kelihatan ketiga-tiga pemuda itu berubah riak melihat kehadiran Zieyan di situ. "Jomlah kita jalan² SAYANG",sengaja dia menekankan perkataan SAYANG itu. Dia menarik tangan Helyani untuk menjauhi mereka.

Setibanya mereka di tempat yang jauh dari pemuda² itu,Helyani merentap tangannya kuat. "Ishhh awak ni dahlah lambat datang,pegang² tangan saya pulak tu sesuka hati",marahnya.  Zieyan hanya buat pekak sambil menjeling Helyani tajam.

"Apa jeling-jeling aku tumbok kang",tangan yang dikepal menjadi penumbuk dihalakan pada Zieyan.



 S€|∆M∆N¥∆ C¡NT∆💏Where stories live. Discover now