Part 13

13 1 0
                                    

"Wehh korang!! Janganlah main lagi. Kan cikgu takda nak ajar kita kemahiran hidup harini. Tak boleh ke korang berhenti lari² dan tolak meja kelas ni. Tak senang tau aku nak menulis!".. Ummi bersuara dan memarahi Alvencher. Dia sajalah si giler tak henti main dalam kelas. Ishhh!!

Biasalah kelas kalau takda guru datang masuk mengajar inilah jadinya. Kelas hingar bingar. Ketua kelas,penolong dan pengawas hurmm tak membantu lansung. Takda sifat kental nak marah² adapon ikut join satu kepala dengan yang lain main sekali.

"Eh engkau. Suka hati tuan badanlah nak main ke berhenti ke. Do I care",dengan gediknya dia berkata depan Ummi. Huh,habislah hang kena jugak nanti si Alvencher ni.

"Apa kau kata?".. Ummi melangkah setapak ke hadapan Alvencher lalu memulas tangan kanannya kebelakang dengan kuat. Amik kauu.Ummi ni nampak jer biasa² tapi sebenarnya brutal dari yang disangka. Jangan memain..

Alvencher mengerang kesakitan. "Auhhh fine Ummi. Kau menang,aku kalah. Sorry,sorry aku tak kacau kau lagi. Betull". Haha bersungguh betul si Alvencher ni lepas kena ugut dengan Ummi.

Huh malulah kalah ngan pompuan. Lagipun,lawan lelaki bukanlah perempuan. Bak kata nenek aku cari lawan jangan lain jantina. Nanti kau digelar tak gentle kalau pukul girl.

Tapi,takda pulak yang berani buli Ummi iyalah dah dorang memang takut. Afiq pun tak berani. Hahaha Ummi bolehlah jadi perisai aku. Ishh-ishh tak baik pergunakan rakan tauu.

Helyani menyiapkan kerja bahasa inggeris yang diberikan oleh Teacher Haslinda. Pen berdakwat hitam biasanya yang dia gunakan kebanyakannya ketika menulis. Sedang dia membuat kerjanya tetiba mejanya ditolak dengan kuat sehingga membuatkan buku latihan itu hampir terkoyak.

"Sorry,sengaja".. Huh!! Si Afiq Bubuk lagi. Ya,memang pantas sungguh nama itu untuk dia. Ngam sangat dengan muka beruk tak guna dia. Hah mulalah perang.

"Kau apehal bubuk!!".. Teriakku padannya. "Kau tengok ni. Buku aku hampir terkoyak sebab kau tahu takk!!".

"Kan aku cakap tadi sorry!". Nadanya juga naik seoktaf.

"Ohh sorry naik lorilah. Kau minta maaf tapi sengaja kan?".

"Eh! Suka hatilah. Kau tak puas hati kenapa?"

"Aku tak puas sebab kau tu yang giler. Tak habis² carik pasal kat aku. Aku takda pon carik masalah dengan kau kan?".

"Pergil blah ahh minah haram. Kau tu tak sedar diri kau faham tak?". Aku tak mampu membalas lagi. Hatiku cukup sakit dengan kutukannya yang melampau. Selama ni dan sehinggalah sekarang. Tak henti² kutuk aku yang tak sepatutnya.

"Hah!! Kenapa nangis. Takut kan sebab kau tak mampu lawan aku. Iyalah kau tu orang miskin saja. Asyik nangis saja cengeng betul. Patutlah ramai tak suka kau. Kesian",sinis di berkata.

Macam biasa, rakan² Ku yang lain hanya membiarkan sahaja drama ni. Maklumlah dorang takda TV kat umah sebab tulah nak tengok free show.

Susu kotak berperisa coklat itu dituang ke kepalaku. Habis baju yang putih tu dikotori .. Aku tak melawan sebab aku kehilangan kata. Dan sekali lagi aku tewas sahaja bila berdepan dengannya.

Serentak bunyi loceng sekolah berbunyi. Ramai meninggalkan kelas dengan terpusu-pusu. "Hel,padam kipas and tutup pintu eh",Angelicka berpesan padaku. Inilah hidup Helyani sentiasa jadi orang terakhir dan selalu ditinggalkan rakan² nya yang lain.

Setiap kali pulang,dia sahaja yang asyik disuruh. Bagai kerbau dicucuk hidung sahaja. Bila menangis orang kata dia terlalu lemah dan cepat kecil hati. Orang asyik perli dan marah² nya sahaja. Entahlah manusia sekarang,perasaan orang tidak langsung dorang nak hargai.

Helyani menggalas beg sekolahnya dan menutup suis kipas jugak menutup pintu kelas. Dia mula mencari kereta daddy yang terparking di bahagian kereta. Nampaknya hari ni dia kena reka alasan untuk baju sekolahnya yang 'terkena' susu coklat. Haraplah dorang tak marah. Lagipun,nasib jugaklah dia sendiri mencuci pakaiannya. Kalau tak memang nahas dibuatnya.


- sorry pda readers sekalian klw ada typo,or kslhn pngunaan prkataan atau mana² ayt. Sorry ehh,apa pun thanksss sumua yg sdi vote. Trbaikk🙌🙌

#ms820806...peace✌✌

 S€|∆M∆N¥∆ C¡NT∆💏Where stories live. Discover now