Part 29

6 0 0
                                    

Zieyan pov

Zieyan memakirkan keretanya di garaj rumah mama dan papa nya. Dia keluar dari kereta dan memandang sekilas banglo tiga tingkat itu. Jika hujung minggu atau ada kelapangan pasti dia akan balik kerumah keluarganya. Semenjak dia menjadi CEO di hotel ayahnya dia tidak tinggal bersama mereka di rumah ni malahan dia duduk di kondominium miliknya sendiri. Lagipun,lebih baik kalau dia tidak tinggal bersama kelurganya kerana mungkin akan menyebabkan pertelingkahan dia dan adik-beradiknya yang lain.

Dia menapak kearah pintu rumah dan membukanya. "Assalamualaikum penghuni rumah semua!!". Ujarnya memberi salam sambil menanggalkan sneakers biru miliknya. Keadaan rumah agak sunyi,tiada langsung bunyi televisyen,radio atau sesiapapun di dalam rumah. 'Hurmm biasanya kalau time² camni mesti ada yang berkumpul borak. Lah ni krik-krik',omelnya sendiri. Dia masuk kedalam rumah dan tidak lupa menutup pintu rumah.

Zarish yang hendak ke dapur mendengar salam adiknya tadi. Urghh aku fikir dia tak datang. Dia menuruni tangga. Zieyan yang baru hendak labuhkan duduknya di sofa terbantut melihat abangnya yang menjelingnya tanda tidak senang akan kehadirannya.

"Ermm,mama dan papa mana abang Rish?",tanya Zieyan. Walaupun mereka tidak menyukainya dia tetap hormatkan adik beradiknya yang lain dan memanggil mereka dengan panggilan abang dan kakak.

"Urghh bang,bang. Hei budak siapa abang kau hah!". Zieyan hanya akur malas hendak bergaduh. "Kitorang berkumpul di bilik mama papa. Pergi tengok!",ujarnya sambil melangkah pergi ke dapur. Buat rimas saja. Zieyan bergegas menuju ke tingkat atas untuk ke bilik mama dan papa nya. Dia sudah mengagak pasti penyakit yang dialami papanya menyerang lagi. Rasanya adalah yang dah buat dia sakit dan pengsan lagi. Risaunya semakin menebal.

Sesampainya di hadapan pintu dia dapat menangkap butir bicara keluarganya yang lain. Lalu,dia membuka pintu dan masuk kedalam "Assalamualaikum",katanya. Mereka yang berada di dalam membalas salamnya tetapi bukan Zariel dan Zaliyah.

"Mama macam mana keadaan papa?",soal Zieyan seraya mengangkat tangan meyalami tangan tua itu dan Doktor Shaidi merangkap doktor keluarga mereka.

"Macam tu lah Eyan tak sedar-sedar lagi. Mama tak tahu apa yang papa bualkan dengan Zariel sampai dia pengsan macam ni teruk sekali",jelas Datin Waridah seraya memandang Zariel dengan muka tegangnya.

"Ma,jangan nak salahkan Riel eh. Riel cuma bincang pasal saham² tu",Zariel berlagak selamba manakala Zaliyah membuat muka tidak kesah dengan perbualan mereka.

Zieyan mula bengang " Along. Kan adik dah cakap, jangan nak serabutkan papa pasal hotel lagi. Dah-dahlah tu rancang yang bukan². Silap haribulan long, kita boleh muflis sebab rancangan along tu. Along pun tahu kan papa ada sakit jantung jangan nak sesakkan dia lagi long",nada suara Zieyan cuba dikawal agar tidak mengeruhkan suasana.

Zariel merenung tajam dan menghalakan jari telunjuknya kearah adiknya lantas berkata "Kau! Kalau tak tahu apa² jangan nak berlagak tahu. Kau tu tak reti jaga syarikat perhotelan kita. Biar aku yang uruskan dengan papa saja. Jangan nak masuk campur kau tu budak saja".

Zaliyah senyum mengejek juga bersuara "Huh,janganlah berangan kau boleh stay jadi CEO. Tak akan!",jelasnya dan membulatkan mata memandang Zieyan. Sengaja dia tekankan perkataan 'tak akan' itu.

"Dah lah panas aku kat sini. Jom Liyah!". Dengan itu,mereka pun meninggalkan bilik utama itu.

Zieyan memandang doktor Shaidi. "Macam mana keadaan papa saya doc?",tanyanya.

 S€|∆M∆N¥∆ C¡NT∆💏Where stories live. Discover now