#1

14.2K 252 1
                                    

"Bangun!"

Jam sudah menunjukkan angka 7 pagi tetapi puteri kesayangan di Banglo Tan Sri Tengku Idham Shah belum bangun. Puan Sri Tengku Iryana menjerit mengejutkan puterinya itu.

"Mummy.. kejap la.. nanti Mia bangun la" dengan mata masih tertutup puterinya menjawab.

"Takde kejap kejap. Bangun sekarang jugak!" Nampaknya suara singa mummynya dah keluar.

'Baik aku bangun sebelum mummy naik angin' kata Tengku Mia Ilyani di dalam hati.

15 minit kemudian

Mia turun dan menyambar roti yang telah disediakan oleh bibik di ruang makan. " Mummy!! Mia pergi dulu tau" laung Mia di luar rumah.

"Mia taknak duduk makan dulu ka?" Tanya Puan Sri Tengku Iryani dari dapur.

"Tak payah la mummy. Mia dah lewat ni"

Dari jauh kelihatan pengawas yang sedang tunggu di pintu pagar sekolah untuk mengambil nama pelajar yang lewat hadir ke sekolah. "Siapa nama awak?" Tanya pengawas yang bertugas.

"Nama saya Tengku Mia Ilyani. Jangan la tulis nama saya. Saya tak sengaja datang lewat. Kucing saya buat hal pulak pagi ni." Jawab Mia kepada pengawas tersebut.

"Ada saya kisah kucing awak buat hal ke tak?" Pengawas tersebut membalas. 'Ishh dia ni.. nasib baik hensem je'

Di dalam kelas

"Tengku Mia Ilyani binti Tan Sri Tengku Idham Shah! Kenapa awak lambat?!" Tanya cikgu Amin dari dalam kelas.

"Saya minta maaf la cikgu. Saya tak sengaja. Cikgu jangan la marah. Ehh jap.. cikgu nampak smart la harini." Puji Mia untuk membodek cikgu supaya tidak memarahinya.

"Tak payah awak nak puji saya sangat. Btw thanks. Saya memang smart pon. Disebabkan awak lambat, ketuk ketampi 10 kali" arahan telah dikeluarkan oleh cikgu Amin.

"Ok kelas. Harini kita akan belajar topik baharu. Buka buku nota awak dan salin apa yang saya tulis di whiteboard." Cikgu Amin memulakan sesi pembelajarannya.

Kringggg!!!

Loceng waktu rehat telah berbunyi. Semua pelajar berpusu2 keluar dari kelas untuk ke kantin.

Bumm!!

"Ehh.. kau ni jalan pakai mata boleh tak?!" Jerit Mia kepada seorang lelaki yang baru saja melanggarnya.

"Ewah2.. cik adik.. kau yang langgar aku dulu ok" jawab lelaki tersebut dengan nada yang sama seperti Mia

"Pssttt.. Mia, ni budak baru laa" bisik kawan Mia iaitu Maya kepadanya.

"Ada aku kisah dia budak baru ke apa!" Jawab Mia sambil menjeling tajam ke arah lelaki itu.

"Ok la cik adik. Whatever! Bye" kata lelaki itu sambil berjalan meninggalkan Mia dan Maya.

"Ehh.. kau ni dia tu Tengku Mikhael Islandar la wey.. Dia tu baru je pindah sini sebab ayah dia ada urusan kerja kat sini." Beritahu Maya kepada kawannya Mia.

"Ada aku kisah? Dah la malas aku nak layan budak sewel macam tu" jawab Mia dengan perasaan geram yang teramat.

Mia dan Maya masuk ke kelas semula setelah tamat waktu rehat.

Dia Suamiku!Where stories live. Discover now