#14

659 25 4
                                    

"Cepat lah Mia. Kau ni kan hari-hari lambat tau. Kita nak gerak pergi rumah bonda tu jauh tau. Itulah awal-awal suruh siap tadi taknak, sibuk dengan tiktok dia tu. Ni kalau lambat lagi 5 minit memang aku matikan enjin je pastu masuk rumah tidur" laung Mikhael dari dalam kereta. Jam menunjukkan pukul 3 petang. Jarak perjalanan dari rumah mereka ke rumah bonda di Kedah mungkin mengambil masa dalam 5 jam perjalanan. Mikhael hanya memerhati Mia yang kelam kabut memakai heels dan menutup pintu rumah. Tiada siapa di rumah pada petang itu kecuali mereka berdua. 

"Kejap laa kau ni. Bukannya nak tolong tutupkan pintu ni. Sibuk nak masuk dulu tunggu dalam kereta." Balas Mia sambil menutup pintu kereta. Perjalanan mereka ke rumah bonda dimulakan dengan bacaan doa oleh Mikhael. Jauh jugak dia nak memandu ke Kedah tu. 

Kereta Mikhael bergerak memasuki kawasan rehat dan rawat (RNR) di Tapah. Dia perlu berhenti dan berehat sebentar setelah lama memandu di lebuhraya. Mikhael meletakkan kenderaannya di kawasan parkir kereta. Mikhael memusingkan kepalanya di tempat penumpang di sebelah dan mendapati Mia masih lagi diulit mimpi. "Sedap dia ni eh tidur dari tadi. Aku kat sebelah ni sorang-sorang ja bawa kereta." kata Mikhael sendirian. 

Mikhael masih lagi belum mengejutkan Mia tetapi dia ralit memerhati Mia yang sedang tidur. Mia tidur memeluk patung beruang berwarna pink yang dia angkut sekali dari rumah. 'comel' desis Mikhael di dalam hati. 

"Mia, bangun. Jom turun kita solat asar dulu pastu kita makan jap kat rnr ni. Aku dah penat drive dari tadi." Mikhael menggoyangkan bahu Mia untuk mengejutkannya dari tidur. Mia yang terjaga dari tidurnya bangun sambil menggosok mata. "Kita dah sampai ke rumah bonda ni? Tak macam rumah bonda pon. Bonda dah tukar rumah ke kat sini. Huaghh mengantuknya" ujar Mia setelah terjaga dan menguap kerana masih lagi tidak puas tidur di dalam kereta. 

"Banyak la kau punya dah sampai. Tengok laa ni kan rnr sayang. Takkan bonda nak buat rumah tengah-tengah ni. Aku stop kejap kat sini nak solat asar, lagipun aku lapar sekarang ni" ujar Mikhael yang masih menunggu Mia untuk benar-benar bangun dari tidurnya. Masih mamai lagi sampaikan rnr yang ramai orang pon dikatakan rumah bonda. 

Mia hanya menganggukkan kepalanya dan mereka keluar untuk solat asar di surau. Setelah selesai solat dan makan di situ, Mia dan Mikhael meneruskan perjalanan mereka ke Kedah. 

"Assalamualaikum bonda walid. Mia dan Mikha dah sampai ni" Laung Mia dari luar pintu rumah. Bonda yang menyedari kehadiran mereka di perkarangan rumah bangun untuk membuka pintu. Mia dan Mikhael menunduk dan bersalaman dengan mereka sebelum masuk ke dalam rumah. 

"Iskandar masuklah buat macam rumah sendiri je. Jangan segan-segan ye kat sini. Mia masuk bawa suami kamu tu mandi dan berehat dalam bilik. Mesti penat tu memandu jauh, kamu tu dah laa dalam kereta suka tidur je. Bilik Mia pon bonda dah kemaskan sebelum Mia sampai." Ujar bonda kepada Mia. Mia hanya mengangguk dan berjalan ke arah biliknya. Mia memang sudah ada bilik sendiri di rumah bonda kerana dulu sewaktu kecik, Mia memang suka tinggal di sini sewaktu cuti. Lagipun bonda sudah menganggap Mia seperti anak perempuannya. 

Mia masuk ke dalam bilik dan meletakkan bagasi mereka di tepi dinding. Mia duduk di atas katil dan memandang keseluruhan biliknya yang masih tidah ubah seperti dulu. Sudah lama dia tidak ke sini sejak bonda dan walid sekeluarga pindah ke luar negara. Keadaan rumah dan bilik ini masih cantik dan selalu dijaga oleh orang yang diupah oleh walid. Walid beritahu yang nanti mereka sekerluarga akan pulang juga dan menetap terus di Malaysia. Jadi, walid masih sayang untuk meninggalkan rumah mereka di sini. 

"Mikha, kau nak mandi dulu pergilah. Aku nak baring-baring dulu atas katil. Rindunya dengan bilik ni. Lama dah tak datang sini. Kau mandi, pastu nanti aku pulak. Pastu kita solat maghrib dan isyak dulu." Kata Mia sambil badannya direbahkan di atas katil. Mikhael hanya menggeleng kepalanya dan membuka beg untuk mengambil tuala. Dia memasuki bilik mandi yang juga terletak dalam bilik itu. Rumah bonda dan walid merupakan rumah banglo yang sangat mewah walaupun terletak di kawasan kampung. 

Mia dan Mikhael sudah selesai solat berjemaah sama-sama. Sekarang mereka lebih kerap untuk solat berjemaah jika tiada perkara yang menghalangi. Orang kata untuk lebih mengeratkan kasih sayang suami isteri. Mia meletakkan telekung serta sejadah di ampaian kecil di bilik itu dan mengambil tudung sarung untuk dipakainya. Mereka keluar ke ruang tamu bersama-sama. 

"Mia, pukul berapa kamu sampai? Walid ngan Zharief pergi masjid tadi, ni baru je duduk. Meh laa kita duduk sini dulu borak." Panggil walid setelah melihat kelibat Mia dan Mikhael keluar dari bilik. 

"Ha'ah Mia. I rindu lama tak jumpa you ni." Ujar Zharief di atas sofa. Lama tak jumpa la sangat, baru minggu lepas jumpa. Mia hanya tersenyum memandang Mikhael yang mula mengerutkan kening bila Zharief mengeluarkan perkataan rindu sebentar tadi. 

"Kitorang pon baru je sampai walid. Tapi sempat laa mandi, solat dulu sebelum walid balik masjid tadi. Takpe laa, Mia nak tolong bonda kat dapur tu. Kesian bonda sorang-sorang. Walid ngan Zharief borak laa dulu dengan Iskandar." Ujar Mia mempamitkan diri ke dapur. 

Mikhael Iskandar berjalan ke ruang tamu dan bersalaman dengan walid dan Zharief. Dia melabuhkan punggung bersebelahan Zharief. Mereka berborak panjang malam itu sambil menunggu makanan untuk dihidang di atas meja. Setelah makanan terhidang, mereka semua bergerak ke ruang makan untuk bersama-sama makan malam. Banyak perkara yang diborakkan oleh mereka sambil menikmati juadah pada malam itu. 

"Mmmm sedapnya bonda masak. Mia nanti belajarlah dengan bonda nak masak sambal udang ni. Barulah pandai sikit masak tu, pastu boleh laa masak untuk suami. Lain dari yang lain laa sambal udang bonda ni" Mikhel berkata sambil menyuapkan lagi nasi ke mulut. Berselera dia makan pada malam itu. Menu yang dimasak oleh bonda sangat menepati citarasanya. 

"Alaa biasa je laa Iskandar ni. Sambal udang bonda ni sama je laa macam orang lain masak. Saja laa tu nak amik hati bonda" Ujar bonda tersipu-sipu malu mendengar pujian Mikhael Iskandar. "Ehh kalau I takpe you nak masak apa pon I okay je. Masak maggi hari-hari pon I makan kalau Mia masak." Zharief mencelah perbualan Mikhael dan bonda berkenaan sambal udang itu. Mia hanya ketawa mendengarkan apa yang dikatakan oleh Zharief. Mikhael menjeling Mia yang masih ketawa.

"Botak laa you hari-hari kalau makan maggi je. Yelah nanti saya belajar laa dari bonda buat sambal udang ni. Lepastu hari-hari saya masak sambal udang je untuk awak okay. Awak jangan nak complain pulak lepasni" Kata Mia dalam ketawanya. Semua di meja makan itu ketawa mendengarkan apa yang dikatakan oleh Mia. Mereka sambung menikmati makanan sambil berborak panjang. 

"Amboi kau seronok ye mengata suami tadi depan diorang" kata Mikhael setelah mereka memasuki bilik setelah habis makan dan berborak sebentar tadi. 

"Ehh mana ada aku mengata suami laa. Dah kau yang suruh aku belajar masak dari bonda kan. Kau yang kata aku tak pandai masak tadi. Nasib laa Zharief ada pujuk aku balik." balas Mia yang tidak berpuas hati dituduh mengata suami sendiri. 

"Seronok laa tu Zharief kata nak makan maggi hari-hari kalau kau yang masak. Dia tu kan memang suka bagi sakit hati aku dari tadi lagi. Rindu laa apa laa. Baru je minggu lepas jumpa dah rindu ngan bini orang. Haihh aku debik kang baru tahu" Omel Mikhael Iskandar terhadap kelakuan Zharief di ruang tamu dan ruang makan sebentar tadi. 

Mia hanya menggelengkan kepala dan tertawa mendengarnya. "Alaa dia tu gurau je lahh. Kau ni pon itu pon nak jealous. Kau taknak ke makan maggi setiap hari kalau aku yang masak? HAHAHAHAHA" ujar Mia dalam tawanya yang tersisa. Kelakar bila mengingat kembali muka Mikhael di ruang tamu dan meja makan. 

Mikhael hanya memandang Mia dengan geram. 'Eeee nasib laa cantik walaupun gelak macam langsuir.' ujar Mikhael di dalam hati. Tiada perkara lagi yang nak diborakkan, Mia dan Mikhael merebahkan badan mereka di atas katil. Mereka mula memejamkan mata dan berakhirlah hari mereka pada malam itu. 





Haiii korang rindu sis tak? Sis nak minta maaf sebab lama tak upload new chapter. Sis dah lama sangat tak buka wattpad ni. Sampai berhabuk dah hehehe. Sis ingat nak stop publish je cerita ni sebab ye laa dah lama dah tak sambung kan. Kalau sis stop korang setuju tak? Korang pon mesti dah bosan dengan cerita ni kann?  Tapi sebab sis rindu korang semua, sis upload jugak new chapter. Nanti bila sis rajin dan ada idea nak sambung, sis upload yang baru hehe.. okayy korang thank you sangat sudi baca cerita yang tak seberapa nii. <3

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 12, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia Suamiku!Where stories live. Discover now