#12

4.9K 160 13
                                    

Seminggu berlalu,

Mia yang berada di dalam kelas kerap kali termenung ke luar tingkap. Udara sepoi - sepoi bahasa mengkhayalkan lagi fikiran Mia.

Mia masih memikirkan peristiwa tempoh hari yang berlaku. Disebabkan peristiwa tu la, Mikhael melancarkan perang dingin terhadapnya.

3 hari sebelumnya,

Mikhael pulang ke rumah setelah tamat latihan bola sepak pada petang itu. Pulang sahaja ke rumah, Mikhael terlihat dua susuk tubuh manusia sedang bergelak ketawa di ruang tamu.

"Haha.. you ni kelakar lah. Ada ke patut you boleh pergi simbah dia dengan air sirap" ujar Mia dengan gelak tawa yang tersisa.

"Haha. Biar je dia tu, biar bergetah satu badan dengan air sirap tu. Boleh pula nak menggedik dengan I ? Oh no , please !"

Mia boleh membayangkan aksi si sotong yang dicurahkan air sirap. Tu la kau, kacau silap orang lagi.

"You ni, kesian dia tau. Mana la tau , dia syok kat you gila. You ni handsome guy, of course ramai yang tergoda"

"You tak tergoda ke ? Baik you yang gedik - gedik dengan I daripada minah sotong tak cukup kain tu" ujar lelaki yang bersama Mia.

Mikhael yang melihat kejadian tersebut hanya menggeleng kepalanya.

"Amboi - amboi kau. Bergelak ketawa sakan kau, sampai aku balik pon tak sedar. Jantan tu pulak yang nak try bini aku tu dah kenapa ? Macam dah tak ada orang lain" Mikhael bercakap sendirian di hadapan pintu.

Mikhael terus naik atas untuk ke biliknya. Selesai sahaja mandi, dia keluar untuk turun ke bawah. Sampai sahaja di tangga dia melihat Mia yang berada di pintu.

"Bye honey, anytime call me. I meet you later if I free okay. Send my regards to your parents" Ujar lelaki tersebut sebelum melangkah masuk ke dalam kereta sambil melambai - lambai kepada Mia.

"Okay. Send my regards to your parents too" Mia turut membalas lambaian lelaki tersebut sebelum menutup pintu.

Mia berpaling ingin menuju ke ruang tamu semula sebelum melihat kewujudan Mikhael di tangga.

"Ehh ? Bila kau balik, tak perasan pon" soal Mia setelah menyedari kehadiran Mikhael di tangga.

"Aku dah lama dah balik. Dah siap mandi dah pon. Seronok tadi ?" Kata Mikhael sambil berjalan menuruni anak tangga tanpa mempedulikan Mia

***

Pulang sahaja ke rumah setelah tamat waktu persekolahan, Mikhael terus keluar dari kereta untuk masuk ke dalam rumah.

Mia hanya terkedu di situ, iye lah selalunya mulut Mikhael tu tak berhenti bercakap. Sejak perang dingin ni, Mikhael seperti menjauhkan diri darinya.

Mia membuka kasut sekolahnya sebelum masuk dan meletakkan kasutnya di rak kasut. Mia memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Dari ruang tamu, dia boleh mendengar riuh rendah suara dari dapur. Mia meletakkan begnya di sofa sebelum ke dapur.

"Ehh bonda. Kenapa tak bagi tahu Mia nak datang ? Bonda datang dengan siapa ni ?" Mia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan bonda aka ibu saudaranya.

Bonda hanya tersenyum dan membalas huluran tangan oleh Mia.

"Bonda baru je sampai. Sampai je sini, mummy Mia ni ajak bonda membawang sambil masak kat dapur ni. Bonda datang dengan walid dan Zharief tadi."

Dia Suamiku!Where stories live. Discover now