#3

6.4K 188 0
                                    

Di sekolah

"Mia! Kau ni laju sangat nak pergi mana ha?!" Soal Maya setelah penat mengejar rakannya itu.

"Aku nak kena pergi pejabat ni. Pengetua panggil aku tadi tapi tak tahu pulak sebab apa. Aku pergi dulu tau. Nanti rehat tunggu aku" kata Mia sebelum berlalu meninggalkan Maya.

"Ada apa ayahanda panggil saya? Saya ada melalukan apa2 kesalahan ke?" Soal Mia setelah masuk ke dalam bilik pengetua.

Mia dapat melihat seseorang yang sedang duduk di sofa dalam bilik itu. Seseorang yang melanggarnya. Ishh geram pulak aku dengan dia ni

"Duduk lah dulu Mia. Ayahanda panggil Mia ni untuk perkenalkan Mia dengan pelajar baru di sekolah kita. Iskandar mari sini" pengetua memanggil Iskandar

Iskandar berjalan menuju ke arah pengetua dan Mia. Dia duduk di kerusi di hadapan pengetua.

"Iskandar ini adalah Tengku Mia Ilyani. Pelajar cemerlang di sekolah ini. Mia, tujuan ayahanda panggil awak di sini untuk memperkenalkan pelajar baru di sekolah ini iaitu Tengku Mikhael Iskandar. Iskandar akan menjadi menti kamu untuk program mentor menti nanti"

What! Budak yang paling aku tak suka akan menjadi menti aku. No!! Kenapa ayahanda?? why?? Why?? Arhhh!!

"Baiklah.. kalau macam itu, izinkan saya balik ke kelas" pinta Mia dengan sopan. Pelajar cemerlang la katakan. Haruslah jaga air muka sendiri.

*****************************************

Masuk je ke dalam kelas, Mia terus duduk di tempatnya. Arhhh!! Stressnya!!

Maya berjalan menghampiri Mia. Dari jauh kelihatan yang muka sahabatnya masam. 'Dah macam jeruk pak ali je'.

"Hoi! Kau nak pergi tak kantin ni? Aku tengok macam ada masalah je" Maya sentiasa tahu jika sahabatnya mempunyai masalah. Itulah yang menyebabkan ikatan mereka sebagai sahabat karib masih kukuh dari sekolah rendah.

"Aku tengah geram dengan mamat tu la. Aku kena jadi mentor dia nanti. Taknak la aku" Mia masih tidak berpuas hati kerana terpaksa menjadi mentor kepada Iskandar. Entah apa la yang dibencikan sangat.

"Itu je ke? Nak buat macam mana dah kau tu kan top student dekat sekolah ni. Kau kena la terima seadanya. Insya Allah, bila kau ajar ilmu kepada orang lain, ilmu kau jugak akan bertambah. " Nasihat Maya dengan lembut. 

Mia mengeluh perlahan. Betul juga apa yang dikatakan oleh Maya. Dia tidak boleh kedekut ilmu. Ilmu yang ada mesti dikongsi bersama2. Mia dah mula tersenyum.

🔹Mikhael Iskandar's pov

'Kenapa lah budak sengal tu jadi mentor aku. Orang lain tak ada ke dalam sekolah ni? Mesti hari2 kena menghadap muka dia je' monolog Iskandar sendirian.

Iskandar pulang ke rumah dengan menaiki kereta sport yang dibeli oleh papanya semasa hari lahirnya yang ke enam belas tahun. Tetapi dia mula mebawa kereta tersebut setelah dia mempunyai lesen memandu semasa umur tujuh belas tahun. 

Sebaik sahaja kakinya nelangkah masuk ke dalam biliknya, Iskandar terus mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Selesai sahaja solat Zuhur, Iskandar turun ke bawah untuk makan tengah hari.

Hanya dia yang berada di rumah kerana ibu bapanya keluar bekerja. Adiknya masih di sekolah kerana mempunyai kelas tambahan. Iskandar mempunyai seorang adik iaitu Tengku Muhammad Irfad yang berumur 15 tahun.

Iskandar masih lagi memikir bagaimana dia esok di sekolah. Bolehkah Mia mengajarnya nanti??

Dia Suamiku!Where stories live. Discover now