#5

5.3K 224 3
                                    

Sampai sahaja di sekolah , Mikhael Iskandar terus ke kelas. Mikhael Iskandar terus mengambil kerusi dan duduk di mejanya..

"Iskandar.. Kau okay tak ni? Asal kau macam ada masalah ja ni?" Soal rakan sekelasnya

"Aku okay.. Dah la aku malas nak cakap dengan sesiapa sekarang"

Cikgu Lisa memasuki kelas tanda kelas akan bermula.. Cikgu Lisa mengajar subjek Matematik Tambahan..

"Okay pelajar, buka buku teks muka surat 27 dan jawab soalan yang diberi di situ.. Siapa dah siap boleh hantar di depan"

**************************************

Mia yang berada di dalam kelas masih termenung memikirkan idea mummy dan daddy untuk menjodohkannya..

Umur 17? Tapi dah kena kahwin? Masak pon ala kadar je tapi nanti nak kena masak untuk suami? Are you serious Mia?

"Tengku Mia Ilyani ! Apa yang kamu termenung sampai ke England sana? Saya tengah mengajar di depan dan tolong fokus semasa saya sedang mengajar" Cikgu Siti merupakan cikgu bahasa melayu yang garang.. Dah macam singa betina kelaparan yogurt..

"Err.. saya tak termenung cikgu.. Saya tengah fikirkan macam mana nak letak peribahasa dalam karangan yang cikgu ajar tu.. minta maaf ye cikgu" jawab Mia dan terus mengambil pen untuk mencatat nota yang diberi di papan putih..

**************************************

Pak Mail sudah menunggu di hadapan tempat menunggu di sekolahnya.. Mia terus berjalan memasuki kereta setelah tamat waktu belajar..

"Pak Mail.. boleh tak kita berhenti di Baskin Robbins kejap.. Mia nak beli ice cream" soal Mia kepada Pak Mail.. 'sedapnya makan ice cream waktu sekarang ni'

"Boleh Mia.. Nanti Pak Mail berhenti di situ ya"

Setelah membuat bayaran, Mia keluar dari kedai dan menuju ke kereta..

"Auchh.. Sakit lah! Nasib baik ice cream aku tak tumpah" Mia mengaduh kesakitan kerana ada tiang mana entah melanggarnya..

"Kau ni buta ke apa ha? Jalan tu pakai mata bukannya pakai kepala lutut tu" Soal orang yang telah melanggarnya

"Kau apahal.. kau yang langgar aku then nak marah marah aku.. Eee... geramnyaaa aku" ujar Mia kepada lelaki tersebut

"Kau lagi.. apalah malang nasib aku asyik berjumpa dengan kau je" ujar Mikhael Iskandar

"Ishhh.. kau lagi , lagi dan lagi.. mungkin kau ikut aku kot.. entah entah kau suka kan aku kan.. itu yang selalu sangat terserempak dengan kau je" Ujar Mia sambil meneruskan aktivitinya memakan aiskrim kegemarannya

"Dah la.. menyemak je la kau ni" ujar Mikhael Iskandar sambil berjalan melepasi Mia

"Tak betul ke apa dia tu doh"

**************************************

Dia Suamiku!Where stories live. Discover now