#7

5.5K 213 4
                                    

"Selamat pagi mummy daddy" Sapa Mia yang baru turun.. Mia menolak kerusi di meja makan untuk bersarapan.. Sarapan yang dibuat oleh mummy pada hari itu ialah Nasi lemak sambal tumis..

"Selamat pagi sweetheart.. Ehh, Mia sorang je ke? Mikhael mana? Mia tak kejutkan sekali ke?" Soal Tan sri Tengku Idham Shah.. Dah macam polis pencen dah.. Banyak benor soalannya..

Mia yang baru mencedok nasi terus terbantut perlakuannya.. 'Ishh , yela aku tak kejutkan mamat tu.. Alamak , aku nak jawab apa ni'

"Ermm , Mia dah kejutkan tadi.. Tapi dia tidur balik la daddy" ujar Mia..

"Ehh , pergi la kejutkan dia Mia.. Tak baik tau isteri makan tak panggil suami" ujar Puan Sri Tengku Iryana.. Puan Sri Iryana menghidangkan minuman di atas meja makan..

"Errr... okay"

"Mikha.. Mikha.. bangun la .. Mummy suruh turun sarapan" Mia mengejutkan suaminya tetapi macam tak berhasil..

Mikhael masih enak dibuai mimpi. Sedikit pun tidak terusik dengan kejutan Mia.. Malah dia menarik Mia sehinggakan Mia jatuh ke atas katil.. Ye lah, ingatkan batal peluk..

"Ya Allah, mamat ni lah.. Mikha! Bangun la!" Mia meleraikan pelukan Mikhael sebentar tadi.. Mia masih mencuba untuk kejutkan Mikhael..

'Ishh.. tak boleh jadi dia ni' Mia bangun dan mengambil kain sapu tangan.. Dia membasahkan kain itu dengan air..

Papp.. Mia membaling kain yang basah tersebut ke muka Mikhael.. Mikhael yang masih lena terkejut dengan benda yang basah di atas mukanya..

"Ishhh.. apa benda ni!" Mikhael membuka mata dan melihat kain di atas mukanya.. Mia yang berada di situ  ketawa berdekah2..

"Kau! Siap kau , kalau aku dapat nanti.. habislah kau" Mikhael terus bangun dan mengejar Mia.. Mia pun membuka langkah dan terus berlari keluar dari bilik..

"Itulah , aku dah kejutkan baik2.. kau taknak bangun.. Aku terpaksa la gunakan teknik tu" Sambil berlari Mia membalas kata2 Mikhael..

Mia terus berlari turun ke bawah.. Mikhael yang berada di tangga terus berhenti dan menjeling Mia sebelum menuju ke biliknya semula..

"Mia dah kenapa berlari ni?" Soal daddy yang berada di ruang makan..

"Ada gorilla kejar Mia tadi" Mia terus melabuhkan punggung di atas kerusi..

"Banyak la kau punya gorilla.. Mummy tengok la anak mummy ni.. Dia letakkan kain basah atas muka Mikhael tadi" adu Mikhael kepada Puan Sri Tengku Iryana..

Mia menjeling perbuatan Mikhael tersebut.. ' Dah la baru je kahwin dengan aku, dah pandai nak mengadu dekat mummy pulak'

"Mia.. tak baik tau buat dengan suami macam tu" ujar Puan Sri Tengku Iryana sambil menarik kerusi untuk sarapan..

"Dah Mia kejutkan dia, dia yang taknak bangun.. Mia letakkan la kain basah tu" Mia membela dirinya daripada dibebel oleh mummy..

"Dah la tu.. Mikha makan la.. Jangan malu2.. Mummy kamu ni buat nasi lemak je pagi ni" ujar Tan Sri Tengku Idham Shah sebelum puterinya tu merajuk.. kuat merajuk sikit Mia ni kalau dengan family..

Mereka menikmati sarapan pada pagi itu dengan enaknya.. Setelah selesai makan, Mia mengangkat semua pinggan ke sinki untuk dibasuh..

**************************************

Pada pagi tersebut, mereka sekeluarga duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen.. Di samping itu, mereka banyak berborak mengenai persekolahan anak menantu..

"Mikha macam mana dekat sekolah baru ni? Okay ke tak?" Soal mummy yang duduk di sofa bersebelahan Tan Sri Tengku Idham Shah..

Mikhael yang menonton televisyen terus memandang ke arah mummy..

"Okay la mummy.. Cuma biasa lah kan tempat baru.. So, Mikhael cuba nak biasakan diri kat situ"

Mia yang sudah selesai membasuh segala pinggan mangkuk duduk menyertai keluarganya di ruang tamu..

Mereka berborak panjang sambil melayan drama melayu pada pagi itu.. Setelah penat menyelesaikan majlis semalam, tidak sempat mereka berborak..

"Mummy petang nanti Mia nak ke Mall kejap boleh? Mia nak beli novel baru" soal Mia..

"Boleh.. pergi la.. ajak Mikhael sekali, boleh dia temankan.. Mana la tahu , Mikhael nak beli apa2 ke" ujar Puan Sri Tengku Iryana...

"Ermm.. takpe lah, Mia boleh pergi sendiri"

"Ehh2 , takpe mummy, Mikhael boleh temankan Mia ke Mall.. Mikhael pon ingat nak beli barang sikit" ujar Mikhael sambil meletakkan tangannya ke atas bahu Mia..

Mia terus menolak tangan Mikhael dan menghadiakan sebuah jelingan kepada suaminya.. 'sukahati dia je, mentang2 la ada mummy ngan daddy kat sini'

"Ha, elok la tu.. boleh la tengokkan Mia ni"

**************************************

"Jom naik kereta aku je lah" Ujar Mikhael sambil menolak Mia ke dalam kereta..

Mereka bertolak ke Mall Setia Alam.. Kerana pusat beli belah tersebut lebih dekat dengan rumah..

"Ermm.. Aku nak pergi Kedai Buku Popular kat atas jap.. Kau cari lah , barang apa yang kau nak beli tu" ujar Mia sebelum bergerak ke lif..

Mikhael terus menarik tangan Mia..

"Aku ikut kau" Tiga patah perkataan yang Mikhael berikan kepada Mia..

"Ermm.. tak payah la.. Nanti kang jumpa sesape pulak kat atas macam mana? Kau nak jawab ke?"

"Takpe.. aku pun ada nak beli buku jugak.. Alahh , takkan jumpa sesiapa la" ujar Mikhael meyakinkan Mia.. Mereka terus ke lif untuk ke tingkat 3 di mana terletaknya kedai buku..

"Iskandar! Iskandar!"

Mikhael mencari di manakah gerangan yang memanggil namanya.. Mia yang berada di sebelahnya turut mencari2..

"Woi sini la.. Kau buat apa kat sini?" Soal Farhan rakan baiknya.. Pelik la jugak selalunya Mikhael Iskandar ni liat jugak nak datang mall2 nii..

"Ouh kau Farhan.. Aku datang nak beli buku dengan barang sikit.. Kau buat apa kat sini? Sorang je ke?"

Farhan melihat Mia yang berada di sebelah Mikhael.. Pelik kenapa Mia turut berada di situ..

"Aku teman adik aku datang sini.. Dia pergi beli barang dia jap.. Ehh, kau Mia kan?" Soal Farhan sambil memerhati Mia..

"Ermm.. ye aku Mia" jawab Mia sambil menundukkan kepalanya ke bawah..

"Macam mana kau boleh datang dengan Mia ni? Kau ada apa2 ke dengan dia ni" Soal Farhan.. banyak sungguh persoalannya..  ishh ishh ishh

"Dia ni? Mia ni anak kepada kawan mama aku.. So, mama aku minta temankan dia datang sini tadi" Ujar Mikhael..

Farhan yang dengar hanya mengangguk dan meminta izin untuk beredar.. Mereka meneruskan aktiviti mereka di Mall tersebut sebelum kedua2 nya pulang ke rumah..

Dia Suamiku!Where stories live. Discover now