Bab 7 : |Lily| About Me

56 4 2
                                    

---

16 Julai 2013

Aku berjalan-jalan dengan geng aku di kawasan sekolah. Aktiviti harian kami bila takde cikgu.

Disebabkan kami ni junior yang cute miut dan innocent yang takut dibuli, kami berusaha mencari kakak-kakak senior untuk dijadikan kakak angkat. Nak selamat punya pasal.

Arina, kawan baik aku seorang ni. Dialah manusia yang memperkenalkan aktiviti 'Kakak Angkat' ni lah yang sibuk menarik kami semua berjumpa kakak angkatnya.

Tapi aku rasa bende yang kami buat ni useless dan tersangatlah mengarut.

Salah satu kawan kami,Hafifah a.k.a Pip tiba-tiba berkata," berbaloi ke ada kakak angkat ni? Aku tak nampak sesiapa nak buli kita pon?"

Aku mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju lalu memandang Arina.

Arina menjawab selamber," sediakan payung sebelum hujan. Budak-budak macam kita ni senang kena buli, terutama Lily ni. Dia sudahlah pendiam, lurus and innocent nak mampus."

...

Oh. Dia cakap pasal aku eh?

"Betul gak tu. Sudahla dia ni minat kpop," sambung," Atirah menyampuk.

...

...

"Apa kena mengena dengan kpop?" marah Arina.

Sesampai saja di blok untuk pelajar tingkatan 3. Arina menjengukkan kepalanya ke dalam kelas 3 Musytari. Kelas terakhir bagi tingkatan 3.

Aku dapat menangkap suara Arina berbisik kepada diri sendiri," mana akak ni?"

"Seriously Arina? Budak kelas Musytari? Aku ingatkan budak kelas Zuhrah or Utarid," Pip berkata tiba-tiba. Pip memang, dia selalu tak yakin dengan Arina.

Soalan Pip dibawa berlalu bersama angin~

"Mana?" soal Atirah.

Tiba-tiba, ada suara yang menegur kami dari belakang.

"Cari siapa?" Sekumpulan abang-abang senior menegur kami. Aku telan air liur,gugup, terkejut,takut, semua ada!

"Ka...Kakak dia..." Jariku menunjuk kepada Arina. Terpaksalah aku jawab sebab abang-abang tu tengah pandang aku.

Tiba- tiba salah seorang abang handsome ni cubit pipi aku sambil berkata," Comel ahh." Tapi seorang kawannya yang lain cepat-cepat tepis tangannya.

"Ish kau ni! Main pegang je! Haramlah!"

Lepas tu, mereka bergaduh mulut berdua. Aku pulak macam kena pukau, aku tenung abang tu.

Bukan tenung abang handsome yang cubit pipi aku tu. Tapi abang yang tepis tangan abg handsome tu. Macam pernah tengok. Dekat tv.

Alah yang menari lagu Rocking tu.

Sape eh?

Oh ya! Niel!

Little GirlWhere stories live. Discover now