Chapter 28

1K 70 2
                                    

Park shinhye terdiam kerana terkejut melihat tindakannya sendiri. Dia memandang ke arah sera yang telah jatuh ke lantai dan matanya melihat ke arah song jihyo yang berada di sebelah sera.

Nasib sera baik kerana song jihyo sempat menendang kerusi yang dibaling park shinhye tadi ketepi. Sera jatuh ke lantai kerana ditolak oleh song jihyo.

"Nasib baik aku ada. Kalau tak dah pecah kepala kau ni."ujar song jihyo kepada sera. Sera hanya diam membisu dek terkejut dengan tindakan sahabatnya sendiri.

"Park shinhye!"terdengar jerkahan daripada luar kelas. Song jihyo memandang ke luar kelas. Cikgu yoo jae suk masuk ke dalam kelas berserta dua orang lagi cikgu.

"Kamu dah kenapa?"marah cikgu yoo lagi. Park shinhye hanya memandang kearah sera dan pertanyaan cikgu yoo tidak didengarinya kerana  dia masih dalam keadaan terkejut.

"Kamu masuk ke pejabat sekarang!"suara cikgu yoo memetir lagi. Park shinhye memandang ke arah cikgu yoo. Dan ketika itu rasa takut mula menjalar ditangkai hatinya. Cikgu yoo melangkah keluar dengan kedua-dua cikgu itu dan disertai park shinhye.

Ketika park shinhye melangkah keluar dia memandang kearah song jihyo yang tersenyum sinis ke arahnya.

Pelajar yang berada diluar terus masuk ke dalam kelas setelah park shinhye keluar. Mereka semua mengutip barang yang berteraburan dan menyusun kembali barang ke tempat asal.

"Menyusahkan betullah minah ni."bebel salah seorang pelajar.

"Entahlah. Aku mintalah dia dibuang sekolah."ujar pelajar lain. Song jihyo yang mendengar kata-kata pelajar itu tersenyum sinis lalu memandang ke arah sera yang seperti patung cendana itu.

"Kau ok?"tanya song jihyo. Sera hanya mengangguk perlahan tetapi matanya masih memandang lurus kehadapan.

"Meh aku tolong kau."ujar song jihyo lagi lalu memapah sera ke tempatnya. Dia tidak memarahi sera kerana bukan sera yang melakukan kesalahan kepadanya tetapi keluarga park jadi dia tidak akan melakukan sera seperti dia lakukan kepada park shinhye. Song jihyo meletakkan sera diatas kerusi lalu beredar ke tempat duduknya.

"Jihyo!"panggil sera dan langkah song jihyo berhenti,dia berpusing kearah sera. Sera memandang song jihyo.

"Khamsahamnida."ucap sera. Song jihyo tersenyum tipis sambil mengangguk lalu duduk ditempatnya. Kesemua ahli exo terus pergi ketempat song jihyo.

"Jihyo,kau ok?"tanya oh sehun dengan nada yang cemas. Song jihyo hanya mengangguk.

"Kaki kau ok?"tanya baekhyun. Dia melihat kearah kaki song jihyo yang boleh tahan bengkaknya. Song jihyo mengangguk lagi.

"Kau serius ke. Tengok kaki kau tu."ujar luhan menunjukkan ke arah kaki song jihyo. Song jihyo melihat kearah kakinya.

"Hish!ni mesti salah step tadi. Ni lah berani sangat nak menendang kerusi yang keras tu."monolog song jihyo dalam hati.

"Kau betul-betul ok ke ni?"tanya kris apabila melihat song jihyo yang termenung melihat kakinya sendiri.

"Aku ok."ujar song jihyo lalu memandang wajah exo yang cemas itu. Dia memandang kearah muka oh sehun yang telah berubah. Oh sehun beredar dari situ dengan muka yang dingin.

"Aik..asal dengan namja ni."monolog song jihyo lagi dengan kepelikan oh sehun. Song jihyo memandang kearah ahli exo yang lain dan memberi satu senyuman tipis.

"Hebatlah kau jihyo. Aku yang pandai martial art ni pun takut nak tendang kerusi tu."ujar tao lalu menunjukkan 👍👍. Song jihyo hanya tersengih.

"Nasib kau degil nak masuk tadi kalau tidak aku tak tahulah nasib sera."ujar kai pula.

"Tepi-tepi."ujar oh sehun yang datang kembali bersama first aid. Ahli exo semua memberi laluan kearah oh sehun.
Song jihyo memandang ke arah oh sehun dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Meh sini kaki kau."ujar oh sehun yang sudah menarik kerusi mendekati tempat duduk song jihyo. Song jihyo hanya memandang oh sehun dan tidak mengangkat kakinya.

"Aku nak rawat kaki kau yang bengkak tu bukan nak suruh kau tilik muka aku yang hensem ni."bebel oh sehun sambil meletakkan first aid di atas meja song jihyo dan membukanya.

"Ehh..tak perlulah. Sikit je ni."ujar song jihyo. Sebenarnya dia malu sebab ahli exo yang lain sedang memerhati tingkah mereka.

"Degillah kau ni."ujar oh sehun lalu menarik kaki song jihyo dan diletakkan diatas pahanya. Oh sehun mencabut kasut yang dipakai oleh song jihyo lalu menyapu ubat ke kaki song jihyo.

"Amboi.sweetnya korang. Untuklah kau jihyo kalau dapat namchin macam oh sehun ni."sakat park chanyeol sambil tersengih. Muka song jihyo serta-merta blushing.

"Apa kau merepek ni capang. Kitakan chingu."ujar song jihyo mendatar untuk menutup malu. Park chanyeol sudah berubah air wajahnya dek ucapan song jihyo manakala yang lain telah ketawa terbahak-bahak. Oh sehum tersenyum mendengar ucapan song jihyo.

"Sampai hati kau panggil aku capang."kata park chanyeol dengan nada merajuk.

"Kau tak payah merajuklah chanyeol oi. Memang kau capang apa."ujar kris sambil memegang perutnya kerana ketawa yang berlebihan.

"Kris hyung!!"jerit park chanyeol dan terus mengejar kris dan berlakulah aksi-aksi kejar-mengejar diantara mereka. Song jihyo yang mong seketika juga turut ketawa bersama-sama dengan ahli exo yang lain setelah menyedari situasi sebenar. Oh sehun memandang wajah song jihyo yang ceria. Song jihyo yang tadinya ketawa terus terdiam apabila matanya bertentangan dengan oh sehun dan mereka pun berbalas senyuman. Song jihyo menurunkan kakinya yang sudah siap dibalut.

"Khamsahamnida."ujar song jihyo. Oh sehun tersenyum manis ke arah song jihyo. Mereka kembali menumpukan kembali ke arah park chanyeol dan kris yang masih berkejar-kejaran.

"Dah lah tu chanyeol. Kesian dekat kris."ujar suho cuba menghentikan aksi mereka. Kesemua pelajar dalam kelas itu hanya memerhati sekilas ke arah mereka dan sesetengah mengumpat tentang song jihyo yang rapat dengan exo.

Kris berlari menuju ke pintu untuk keluar dari kelas itu dan...

Bukk!!

Done chapter 28.author nak tanya apa yang patut kita buat dekat tuan park dan park shinhye..hehehe..hope enjoy😁😁

Be MineWhere stories live. Discover now