Chapter 42

1.2K 76 14
                                    

Semua ahli exo memandang keluar jendela apabila mereka memasuki kawasan terpencil dan jauh dari seoul. Suho yang berada dibelakang kereta oh sehun segera menelefon oh sehun untuk memastikan bahawa jalan yang mereka lalui ini benar atau salah.

"Yeobseyo."jawab oh sehun sambil matanya masih lagi tekun memandang alat pengesan dan jalan yang ditujuinya.

"Yah oh sehun.Betul ke jalan yanh kita lalu ni?"tanya suho dan oh sehun membenarkan.

"Habistu kenapa seram sangat hah?"tanya suho sambil memerhati ke kiri dan kanan.

"Lepastu hyung fikir orang yang buat jenayah ni dekat disco takpun dekat funfair.Baru tak seramkan."ujat oh sehun selamba. Chen yang berada disebelah tersengih dengan kata-kata yang selamba dari mulut oh sehun.

"Budak ni. Kalau dah depan aku ni memang aku cepuk gak. Orang tengah serius dia.."kata suho terhenti apabila kereta oh sehun tiba-tiba terhenti. Semua member exo keluar dari kereta untuk mengetahui apa yang berlaku.

"Weh.kenapa kau berhenti."tanya baekhyun kepada oh sehun. Semua ahli exo telah mendekati oh sehun

"Tempat song jihyo dah tak jauh dari sini. Dalam 800 meter dari sini so sekarang kita jalan sebab risau kalau kehadiran kita diketahui musuh."ujar oh sehun ala-ala komander kepada anak-anak buah untuk serang hendap.

"Ok.sekarang bawa perkara yang perlu je."arah xiumin. Semua ahli exo bergerak kembali ke kereta untuk mengambil perelatan mereka.

"Yah tao. Kau nak bawa beg gucci kau tu dah kenapa? Simpan!"marah kris apabila melihat tao membawa sebuah beg gucci.

"Ni perkara penting tau."uhar tao lalu beredar dari pandangan kris. Kris mencebik. Penting lah sangat. Kris kembali memilih barang yang perlu dibawa setelah selesai dia berpaling kebelakang dan dia hampir pengsan apabila melihat ahli exo yang lain membawa barangan yang tidak sepatutnya dan hanya sebilangan sahaja membawa perkara yang benar.

Lay:Pistol air
Baekhyun:Handphone
Kai:tali yang orang guna untuk ballet
Suho:first aid
Xiumin:Kayu
Tao:Beg gucci
Sehun:Bubble tea
Luhan:Bola keranjang
Chen:Lastik
Chanyeol:Pistol*what pistol*
D.O:kuali

"Yah kau biar betul bawak benda ni. Antara ramai-ramai aku tengok chanyeol lah yang paling munasabah."bebel kris sambil menilik sorang demi sorang.

"Nak kata orang yang hyung pakai topi keledar tu apasal."bebel kai.

"Safety ok."ujar kris lalu beredar dari situ dan menunjuk kearah oh sehun yang kelihatan tegang dari tadi.

"Kau bawa bubble tea je sehun."ujar kris apabila melihat hanya bubble tea dengan alat pengesan sahaja yang berada di tangan oh sehun. Oh sehun memandang sekilas kearah kris sebelum menyelak jaketnya. Kris terkejut apabila melihat beberapa pucuk pistol berada di dalam jaket oh sehun.

"Ni mesti si capang tu yang ajar maknae ni."bebel kris lalu berlalu kearah chanyeol untuk memarahinya.

"Yah park chanyeol. Kau pergi bagi pistol dengan maknae tu kenapa. Dah lah banyak."bebel kris tanpa henti.

"Hyung cakap elok sikit. Chan pun pinjam dari dia."ujar chanyeol menambahkan rasa terkejut kris. Dia tertanya-tanya darimana pistol tu muncul dan dimana oh sehun menyimpan semua pistol tu selama ini.

"Wae??hyung terkejut ke??"tanya oh sehun sambil menayang giginya yang cantik tersusun. Kris memandang oh sehun dengan penuh tanda tanya.

"Relax lah hyung. Syarikat hun kan antara syarikat terbesar di korea kalau setakat nak seludup benda alah ni small matter."lagak oh sehun sambil tersenyum senget.

Pak!!!

Kris meluku kepala oh sehun. Oh sehun menunjukkan muka tak puas hati.

"Waeeee!"marah oh sehun sambil menggosok kepalanya. Hish stress betul ada hyung macam ni. Sesuka hati dia je nak luku kepala orang. Kris hanya tersengih setelah berasa puas hati,ada ke patut tak cakap yang dia bawa senjata.

Be MineWhere stories live. Discover now