Chapter 26

1.1K 73 1
                                    

Di dalam kelas

Song jihyo masuk ke kelas dan terus duduk ditempatnya. Masih tak ramai pelajar yang masuk ke kelas itu. Mana tidaknya,cikgu meeting dan para pelajar ambil peluang mengadakan aktiviti jelajah sekolah. Tadi exo ada mengajaknya ke rooftop tetapi dia tolak mentah-mentah kerana dia ingin menyelesaikan sesuatu tak sampaipun 3 minit.

Song jihyo mengeluarkan sesuatu dalam begnya. Terdapat sebuah kotak sederhana besar ditangan song jihyo. Song jihyo memandang kearah beberapa orang pelajar yang asyik berbual tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

"Cantikk.ni peluangnya."monolog song jihyo dalam hati dan dia bangun perlahan-lahan dari tempatnya. Dia menuju kearah meja park shinhye dan meletakkan kotak itu diatas meja park shinhye dan tingkahnya itu tidak diketahui oleh sesiapa. Song jihyo kembali duduk ditempatnya.

Park shimhye dan rakan-rakannya masuk ke kelas dengan penuh gelak tawa. Song jihyo hanya tersenyum sinis kearah mereka manakala park shinhye memberi jelingan maut kepada song jihyo.

"Kotak apa ni?"tanya park shinhye. Dia menanyakan pelajar yang sedang berbual itu tentang kotak itu tetapi tiada pun yang tahu.

"Ni kerja kau ke?"ujar park shinhye sambil menunjukkan kotak itu didepan song jihyo. Song jihyo hanya tersenyum sinis lalu bangun beredar dari kelas itu.

"Yang kau tuduh dia apahal. Mungkin tu fans kau ke bagi."ujar sahabat iaitu sera.

"Betul juga kata kau."ujar park shinhye lalu membuka kotak itu.

Skip

Song jihyo melalui koridor sekolahnya dengan langkah perlahan. Dia memerhati sekeliling sekolah yang agak sunyi kerana kesemua pelajar melakukan aktiviti masing-masing. Song jihyo melangkah ke belakang sekolah lalu mengeluarkan telefonnya.

"Yeobseyo.jinhyuk."ujar song jihyo sebaik panggilan bersambung.

"Nae.aku."ujar jinhyuk

"Amacam keadaan song joongki?"tanya song jihyo.

"Dia dah stabil. Dah sedar dah pun. Kau nak cakap dengan dia ke?"tanya jinhyuk.

"Hmm."balas song jihyo.

"Yeobseyo.dongsaeng hyung ok ke?"suara song joongki terdengar dicorong talian dan suara itu kedengaran agak lemah.

"Ok.hyung jangan risau tentang jihyo kat sini."ujar song jihyo mendatar.

"Nae. Tapi jihyo dah lama ke tahu semua ni?Habis syarikat kita siapa yang urus?"pertanyaan song joongki yang bertubi-tubi menyebabkan mengeluh.

"Jihyo dah tahu lama dah. Pasal syarikat hyung tak perlu risau."kata song jihyo menjawab segala yang ditanya song joongki.

"Bwoya!!dah tahu lama tapi tak pernah nak bagitahu hyung. Jihyo sedar tak yang semua ni bahaya. Dah nyawa hyung sendiri juga hampir hilang tahu tak dan kenapa jihyo tak laporkan semua ni kepada polis biar mereka yang tentukan hukuman kepada orang tua tak guna tu."marah song joongki yang tadinya lemah untuk bertutur dan sekarang lancar memarahi song jihyo. Song jihyo diam seketika.

"Kalau jihyo laporkan kepada polis,hyung ingat dia tak boleh keluar ke?hyung tahu tak dia tu berduit. Dia mampu melakukan apa sahaja yang dia nak dan jihyo dan berjanji dengan omma dan appa yang jihyo sendiri akan bunuh dia."ujar song jihyo dengan nada yang marah tetapi suara masih dikawal kerana dia sedar bahawa dia masih berada disekolah.

"Jihyo sedar tak apa yang jihyo cakap ni. Kalau jihyo bunuh orang tua tu. Masa depan jihyo macam mana. Jihyo ingatlah jihyo tu masih muda masa depan jihyo masih panjang."ujar song joongki perlahan kerana api tidak boleh dilawan dengan api.

"Masa depan jihyo dah lama musnah setelah omma dan appa mati."balas song jihyo dan tangisannya pecah apabila terkenang akan kedua-dua omma dan appanya.

"Jihyo-ah. Jebal!jangan rosakkan masa depan jihyo. Hyung juga nak tengok orang tua tu mati tapi hyung tak sanggup tengok dongsaeng hyung dalam bahaya."ujar song joongki sebak.

"Mianhae hyung tapi jihyo akan tepati janji jihyo dan hyung jangan balik ke seoul selagi jihyo tidak beritahu."ujar song jihyo yang masih dalam tangisannya lalu mematikan talian.

Song jihyo menyimpan handphonenya lalu menyandar di dinding dan memejam matanya. Air matanya belum lagi berhenti daripada membasahi pipi gebunya malah semakin lebat kerana kenangan dia,song joongki,omma dan appanya berlegar-legar di benak fikirannya. Tiba-tiba ada tangan mengelap air matanya yang mengalir. Song jihyo membuka mata. Dia melihat oh sehun yang berada di depannya.

"Kau dah kenapa?"tanya oh sehun sambil menilik muka song jihyo yang sudah kemerahan kerana menangis.

"Nothing."ujar song jihyo lalu ingin beredar dari situ tetapi lengannya dipegang oleh oh sehun.

"Kau kata tak ada apa-apa tapi kau menangis. Kalau kau ada masalah kau boleh share dengan aku."ujar oh sehun perlahan. Dia berhadapan dengan song jihyo sekarang. Song jihyo melihat wajah oh sehun dan air matanya keluar lagi dan dia terus melutut di situ. Tangisan song jihyo semakin kuat dan oh sehun pula semakin cemas.

"Jihyo kau ok tak ni. Aku suruh kau cerita bukan menangis weh."ujar oh sehun yang meletakkan satu lututnya ke tanah. Tangisan song jihyo masih lagi berterusan. Song jihyo menangis kerana terlampau rindu akan keluarganya yang bahagia dahulu dan juga berasa terharu sebab oh sehun mengambil berat pasalnya.

"Dah lah nangis tu. Nanti orang tengok diorang fikir aku buli kau."kata oh sehun sambil memerhati sekeliling.

"Hish kau ni."ujar oh sehun apabila tangisan song jihyo masih belum berhenti. Dia terus memeluk song jihyo untuk mengelakkan orang melihat song jihyo menangis.

Skip

"Apasal kau marah jihyo?"tanya jinhyuk. Dia dah menjadi kawan kepada song joongki sejak dia berubah.

"Aku bukan marah nasihat."ujar song joongki perlahan.

"Nasihat tapi macam marah. Aku rasa kau beruntung sebab dapat dongsaeng macam tu. Dia dah lah kuat,hebat dan cantik lagi."puji jinhyuk.

"Dia bukan macam tu dulu."ujar song joongki yang terkenang diri song jihyo yang dahulu.

Done chapter 26


Be MineWhere stories live. Discover now