Chapter 41

1.3K 67 19
                                    

Song jihyo segera menukar pakaiannya. Dia masuk ke dalam bilik rahsianya lalu membuka sebuah almari yang terletak elok dipenjuru bilik itu. Song jihyo mengambil dua pucuk pistol dan sepasang kaca mata yang mengandungi kamera tertutup. Setelah selesai dia menuju ke meja dan mengambil capnya serta memilih beberapa bilah pisau. Dia memandang tempat kearah gambar yang tergantung dihadapan. Gambar keluarganya berserta gambar-gambar tuan park sekeluarga.

Prang!!

Song jihyo sedang leka menilik gambar-gambar tuan park terkejut apabila terdengar bunyi kaca pecah. Dia segera mengeluarkan pistolnya. Song jihyo berjalan perlahan menuju keruang tamu. Dia berselindung disebalik dinding biliknya.

Song jihyo menghalakan pistolnya kehadapan dan ketika itu oh sehun berdiri tepat dihadapannya. Mata oh sehun menjadi juling kerana terkejut melihat pistol tepat dikepalanya. Song jihyo menyimpan pistolnya apabila melihat oh sehun.

"Kau nak apa?"tanya song jihyo dingin. Dia segera menuju kearah ruang tamu kerana ingin mengambil begnya.

"Jihyo.lebih baik kau laporkan pada polis."cadang oh sehun. Dia tak mahu song jihyo mengambil tindakan terburu-buru.

"Ni hal aku bukan hal kau. Baik kau blah."kata song jihyo sambil memakai jaket dan begnya.

"Please lah jihyo. Kau jangan degil boleh tak."ujar oh sehun dengan nada cemas. Song jihyo hanya memekak telinga. Dia segera menuju kearah pintu keluar tapi langkahnya terhenti apabila oh sehun memegang erat lengannya.

"Kau takde sebab nak halang aku ok."marah song jihyo lalu merentap tangannya. Dia cuba melangkah sekali lagi tapi oh sehun sekali memegang lengan.

"Kau dah kenapa nak halang aku hah."marah song jihyo lalu menolak oh sehun dan segera menuju kearah pintu keluar.

"Sebab aku cintakan kau song jihyo."ujar oh sehun perlahan tapi jelas di pendengaran song jihyo. Langkah song jihyo terhenti.

"Sebab aku cintakan kau. Aku taknak kehilangan kau."ujar oh sehun lagi. Song jihyo tersenyum sinis.

"Lupakan dan kau jangan sesekali telefon polis kalau kau masih anggap aku ni chingu kau."ujar song jihyo lalu keluar dari rumahnya. Oh sehun kelu.

Skip

Song jihyo menghidupkan motornya. Dia terkenang kembali apa yang dikatakan oleh oh sehun sebentar tadi. Song jihyo kembali naik ke rumahnya. Di melihat sekeliling rumahnya tapi bayang-bayang oh sehun tidak kelihatan. Dia segera berlari kearah lif dan terus kerumah oh sehun. Oh sehun ketika itu baru sahaja ingin membuka pintu rumahnya.

"Oh sehun."jerit song jihyo sambil cuba mengatur kembali nafasnya. Oh sehun yang baru ingin memulas tombol pintu tersenyum lalu berpaling kebelakang. Dia melihat song jihyo melangkah kearahnya dan terus memeluknya. Dia terkedu. Keadaan berjeda seketika.

"Yah..oh sehun."panggil song jihyo sekali apabila melihat oh sehun mengelamun. Oh sehun tersedar. Rupanya dia hanya mengelamun. Oh sehun memandang ke arah song jihyo.

"Kau dah ubah fikiran ke?"tanya oh sehun memandang sayu kearah song jihyo.

"Ubah fikiran tengkorak kau. Aku nak handphone aku."ujar song jihyo lalu menghulurkan tangannya. Oh sehun yang seakan-akan baru teringat segera mengeluarkan telefon song jihyo. Song jihyo segera melangkah pergi.

"Song jihyo. Aku ikut kau."ujar oh sehun sambil melangkah kearah song jihyo sebelum song jihyo melangkah masuk ke lif. Song jihyo terhenti seketika sebelum mengeluarkan pistolnya lalu diarahkan ke oh sehun. Oh sehun terpana.

"Kau tak payah masuk campur."ujar song jihyo sebelum perlahan-lahan mengundur kebelakang dan hilang dari pandangan oh sehun.

"Arghh."marah oh sehun lalu menyepak dinding yang berdekatannya. Tapi setelah itu dia melompat-lompat kesakitan akibat dari perbuatannya itu.

Be MineWhere stories live. Discover now