Chapter 36

1K 65 2
                                    

"Kenapa korang balik?"tanya song jihyo dengan nada geram sebaik sahaja mereka masuk ke rumahnya.

"Relax jihyo. Biar aku jelaskan."ujar jinhyuk lembut. Song jihyo memandang tajam kearah mereka.

"Macam ni. Kami balik bukan sebab kami nak balik. Kau tahu tak yang orang tua tu dah tahu aku dan joongki ada dekat sana."terang jinhyuk. Song jihyo terkejut.

"Macam mana dia boleh tahu?"tanya song jihyo kerana setahunya semua dokumen tentang perjalanan mereka serta identiti mereka berdua telah dia palsukan.

"Aku pun tak pasti. Aku rasa dia ada guna orang dalam kut. Jadi bila aku duduk sana dengan hyung kau ni. Nyawa kami berdua terancam."ujar jinhyuk lagi. Song jihyo mengangguk.

"Tapi kau boleh jaga hyung aku kut."kata song jihyo. Jinhyuk mengeluh.

"Luka yang kau tembak haritu belum sembuh sepenuhnya lagi tau jadi macam mana aku nak lawan anak buah park tu."bebel jinhyuk. Song jihyo hanya terdiam.

"Mian."ujar song jihyo perlahan.

"Takpelah. Benda dah lepas."ujar jinhyuk. Song joongki yang sedari tadi mendengar perbualan mereka mengeluh.

"Aku rasa better kita report polis."sampuk song joongki. Song jihyo mengangkat muka.

"Andwae. Kalau kita report polis dia boleh buat apa-apa sahaja untuk keluar dari seoul ni. Kita perlu paparkan kejahatan dia keseluruh seoul. Biar dia malu sampai ingin bunuh diri."ujar song jihyo penuh dendam.

"Kalau dia tak mati lagi biar jihyo yang bunuh dia dengan tangan jihyo."sambung song jihyo sambil mengenggam tangannya.

"Jihyo jangan. Kita serahkan hal ni dekat polis. Biar mereka uruskan."ujar song joongki lembut. Dia tak ingin masa depan adiknya musnah. Dia juga ingin membalas perbuatan tuan park tetapi bila difikirkan semula dendam tidak membawa apa-apa faedah.

"No.i will kill him with my hand."ujar song jihyo lalu melangkah masuk ke dalam bilik.

Skip(xoxo highschool)

Song jihyo mengambil tempat duduk dan terus meletakkan kepalanya diatas meja.

"Woi."jerit oh sehun mengejutkan song jihyo yang baru terlena itu.

"Apocot..mak kau hijau."latah song jihyo menyebabkan oh sehun ketawa terbahak-bahak.

"Haishh kau ni..Yah!!"marah song jihyo sambil menghentakkan tangannya ke meja.

"Hahahaha..mian."ujar oh sehun yang masih belum berhenti ketawa.

"Kau nak apa hah."marah song jihyo lagi sambil memandang tajam kearah oh sehun.

"Janganlah marah yeobo."sakat oh sehun menyebabkan song jihyo terkedu seketika. Song jihyo segera mengawal reaksi wajahnya dan juga jantungnya yang tiba-tiba berdebar.

"Yeobo kepala hotak kau."marah song jihyo untuk menutup rasa dihati. Oh sehun hanya tersengih kerana dia juga tidak menyangka perkataan yeobo boleh terkeluar dari bibirnya.

"Hehehe.mian."ujar oh sehun sebelum duduk ditempat baekhyun. Song jihyo segera mengalihkan pandangannya apabila bertembung dengan mata oh sehun.

"Kau pergi tak majlis malam ni?"tanya oh sehun.

"Tak."ujar song jihyo lalu meletakkan kepalanya tapi segera diangkatnya kerana terkejut apabila oh sehun turut meletakkan kepalanya dan menyebabkan muka mereka hampir bertembung.

"Kau ni dah terputus wayar ke."ujar song jihyo lemah.

"Anniy. Saja nak tengok kau."ujar oh sehun menyebabkan muka song jihyo yang putih melepak memerah. Oh sehun ketawa.

"Comellah kau ni."ujar oh sehun sebelum bangun dari duduknya kerana melihat ahli exo yang lain masuk ke dalam kelas.

Skip

Song jihyo merebahkan badannya ke katil dan mencampakkan begnya ke lantai. Song jihyo memandang ke siling yang kosong. Setelah berjeda seketika, Dia segera bangun dan mengambil tuala untuk membersihkan diri.

Skip

Song jihyo melangkah keluar dari biliknya dan segera kebilik rahsianya. Dia mengeluarkan pistol miliknya serta beberapa dokumen. Dia melihat dokumen itu sebelum menelefon seseorang.

"Yeobseyo"ujar song jihyo sebaik sahaja panggilannya bersambung. Song jihyo menelefon song joongki.

"Hyung!"panggil song jihyo sebaik song joongki bersuara.

"Nae."jawab song joongki.

"Ada apa-apa masalah ke?"tanya song jihyo.

"Anniy."ujar song joongki.

"Ok.jinhyuk mana?"tanya song jihyo lagi.

"Dia keluar."ujar song joongki lagi menjawab segala pertanyaan song jihyo.

"Bwo? Dia keluar? Jihyo dah cakapkan jangan keluar."marah song jihyo.

"Alah.jihyo jangan runsinglah. Kami ni dah dewasalah. Pandailah kami jaga diri."ujar song joongki mempertahankan jinhyuk.

"Memang hyung tu dah dewasa tapi kalau lawan anak buah orang tua tu pun masih terkial-kial siapa yang tak risau."bebel song jihyo. Song joongki tersenyum apabila mendengar bebelan song jihyo.

"Oppa dah lama tak dengar hyo membebel."ujar song joongki lembut. Song jihyo terkedu.

"Jihyo!!"panggil song joongki mengejutkan song jihyo.

"Takpelah. Jihyo ada kerja. Anneyeong"ujar song jihyo lalu mematikan talian. Setelah panggilan dimatikan song jihyo termenung memikirkan tentang dirinya yang semakin lama semakin menjadi dirinya yang dahulu iaitu membebel,periang dan peramah. Song jihyo meraup mukanya lalu membelek pistol yang berada didepannya lalu menyimpannya kembali.

Song jihyo teringat akan sesuatu lalu menelefon seseorang.

"Yeobseyo."jawab si dia.

"Yah. Kau dah ok?"tanya song jihyo.

"Saya dah ok bos. Kenapa?bos perlukan bantuan ke?"tanya si dia.

"Kau ni taecyeon. Aku telefon nak tanya khabar je."ujar song jihyo. Dia hanya ingin tahu keadaan ok taecyeon setelah sekian lama dirawat dihospital itu.

"Hehe..bos kalau perlu apa-apa beritahu je. Saya sedia membantu."ujar ok taecyeon bersemangat.

"Hmm.ok."ujar song jihyo.

"Bos. Saya perlu check out sekarang."ujar ok taecyeon.

"Kau dah boleh keluar?"tanya song jihyo.

"Nae."ujar ok taecyeon.

"Hmm.takpelah."ujar song jihyo lalu mematikan talian tanpa mendengar jawapan dari ok taecyeon. Song jihyo menguap.

"Mengantuklah pula."kata song jihyo lalu bangun dari duduknya lalu pergi kearah sofa yang berada diruang tamu. Dia berbaring dan tak sampai sesaat dia telah berlayar kearah dunia mimpi.

Skip

Song jihyo membuka mata perlahan-lahan lalu bangin dari perbaringan. Dia memandang sekeliling lalu memandang kearah jam yang menunjukkan pukul 6:30 petang. Song jihyo segera bangun dan berlalu kebiliknya untuk membersihkan diri.

Ketika song jihyo sedang mandi terdengar loceng rumahnya berbunyi tetapi tidak dihiraukannya. Setelah selesai mandi loceng rumahnya masih belum berhenti berbunyi. Dia segera turun untuk melihat siapa yang datang(jihyo dah siap pakai baju dan bukan turun hanya memakai bathrobe).

Song jihyo membuka pintu untuk melihat gerangan yang datang. Setelah pintu dibuka badan song jihyo tertolak ke belakang dan dia segera membuka langkah martial artnya tetapi dibatalkan setelah melihat seseorang.

"Apa korang buat dekat sini."kata song jihyo dengan nada geram.

Done.mian sebab readers menunggu. Author kekeringan idea jadi susah untuk mengupdate cerita ni. Maaf kalau membosankan dan typo.

Be MineWhere stories live. Discover now