Sahabat,
Orang yang istimewa bagi setiap insan,
Mungkin bukan kekasih,
Tetapi mereka berkasih sayang
Mungkin bukan keluarga
Tapi mereka sentiasa bersama.
Sahabat,
Mungkin suatu hari akan terpisah,
Tapi memori yang dicipta menemani sepanjang jalan,
Mungkin jalan akan berliku.
Tapi mereka sentiasa bersatu mengharunginya.
Sahabat,
Engkau bagai cermin yang memahami hati,
Engkaulah yang sentiasa membantu diri,
Menemani liku-liku kehidupan,
Menemani tawa dan tangis,
Mengetahui segala yang tersirat.
Sahabat,
Terima kasih,
Kerana bersabar,
Sentiasa disisi,
Sentiasa bersama,
Terima kasih,
Kerana kenalkan erti kehidupan,
Kerana menemani,
Kerana memahami,
Tanpamu diriku tidak sampai ketahap ini,
Terima kasih.
YOU ARE READING
Perasaan Kita
PoesíaKata-kata dari hati Luahan setiap yang tersirat dihati ini Hanya untuk mengubat luka #capur2 je bahasa
