Antara sayang dan cinta

23 1 0
                                        

Sayang,
Ramai yang mengaku tahu erti sayang,
Sedangkan mereka tersalah tafsir ertinya,
Tapi mereka tidak pernah mendalaminya,
Tidak pernah mengamalkan dalam hidup seharian.

Cinta,
Ramai orang bercinta,
Tapi buta disebabkannya,
Ramai juga sakit kerananya,
Kenapa perlu bercinta kalau akhirnya berduka,
Jangan kerana cinta engkau menjadi lemah,
Cinta sebenarnya tidak menyiksa,
Tidak juga menyakitkan,
Cinta tidak membutakan mata,
Tapi menerangkan penglihatan,
Mengubah cara kita melihat dunia.

Sayang,
Ada banyak cara untuk luahkannya,
Ada yang menjadikannya inspirasi,
Ada yang menjadikan motivasi,
Tapi hasilnya sama,
Semua membawa kebaikan pada diri dan yang lain.

Cinta,
Ramai bahagia kerananya,
Ramai juga merana kerananya,
Ramai kata cinta bahana,
Lebih ramai kata cinta gembira,

Cinta dan sayang,
Punyai maksud yang berbeza,
Tapi punyai kesan yang sama,
Membawa bahagia,
Memberi rasa gembira
Semua datang daripada Nya,
Semua pergi kepada Nya,
Gembira atau sedih,
Bahagia atau merana,
Semua ketentuannya,
Tapi satu yang pasti,
Setiap pertemuan berakhir dengan perpisahan.

Perasaan KitaStories to obsess over. Discover now