Sudah menjadi resmi manusia,
Mengikut bentuk acuan,
Mengikut corak gubahan,
Banyak jenis kerenah,
Itulah manusia.Sudah menjadi adat manusia,
Melakukan kesilapan,
Sedar mahupun tersengaja,
Tapi kita sentiasa memaafkan,Manusia sudah terbiasa,
Mencuba perkara baharu,
Baik mahupun jahat,
Bukan semua tapi segelintir,
Akhirnya mereka terpinggir.Menjadi lumrah manusia,
Menepikan yang berbeza,
Menilai dari rupa dan perlaku,
Yang baik ditinggikan,
Yang hina biar ketinggalan,
Tidak menetapkan nilai dalam hidup,
Melakukan semua ikutkan nafsu.Tidak semua manusia sama,
Ada yang dapat melihat yang tersirat,
Ada yang mendengar bisikan hati,
Ada yang membutakan mata hati,
Ada yang memekakkan telinga.Kita manusia semua sama,
Cuba kita lihat dari sudut yang berbeza,
Berhenti mementingkan darjat dan kuasa,
Mula mencari persamaan berbanding perbezaan,
Mungkin dengan cara ini,
Amanlah dunia.

YOU ARE READING
Perasaan Kita
PoetryKata-kata dari hati Luahan setiap yang tersirat dihati ini Hanya untuk mengubat luka #capur2 je bahasa