2 | Bertie Botts

6.8K 1K 105
                                    

Pagi 27 Julai itu, aku bangun awal seperti biasa. Celik-celik je mata, terus aku mandi. Yelah, anak dara tak elok mandi lambat kata mama.

"Morning dear," Mama menegur aku sebaik sahaja ternampak aku menuruni tangga.Aku tersenyum manis pada mama.

"Morning Blonde," Abang aku, Hazim yang berada di tingkatan empat mengangkat sebelah tangannya pada aku. Jelingan menyampah aku hadiahkan.

Yeah Blonde. Cantik betul nickname dia bagi aku. Ini semua sebab darjah satu dulu, masa tengah jahil lagi, aku mintak izin mama nak colour rambut jadi blonde supaya nampak macam Barbie.

"Jim. Hantar Zara pergi Jaya Grocer sekejap boleh? Mengidam Arizonalah." Aku menongkat dagu menghadap Hazim.

"Arizona tak elok. Banyak gula."

"Please? Dominos 3 kotak?" Aku cuba mengumpan abang aku yang seorang itu.

"Small or regular?" Dia nampaknya sudah mula mempertimbangkan tawaran aku.

"Large." Aku tersengih lebar.

"Set." Terus Hazim menyentuh ibu jarinya menggunakan jari telunjuk sebagai tanda 'ok'

Mama yang sedang memotong entah apa entah tersenyum melihat gelagat kami.

"Tapi tunggu lepas mama siap buat mushroom soup." Kata Hazim. Aku cuma mengangguk setuju.

"Morning all my lovelies." Papa yang baru sahaja keluar tandas menekup mata mama menggunakan tangannya yang basah.

"Euw," Serentak Mama dan Hazim berkata.

Mama kegelian dengan air dari sumber asing yang sudah melekat pada mukanya. Hazim pula tegak bulu roma melihat kemesraan mereka.

"Hah Zara. Ada letters for you from Hogworm. Papa letak atas meja kat ruang tamu." Beritahu papa sebelum menarik kerusi untuk duduk.

"Oh Hogwarts eh pa? Biarkan je. Somebody is pulling a prank." Kataku malas.   
  

Kaki aku dihalakan ke arah rak yang penuh dengan gula-gula import. Nerds, 3 Musketeers, Gummy Bears, Runts, Reeses semua aku sapu. Niat asal pergi sini nak beli Arizona je tapi apakan daya, nafsu manusia.

Mama dengan Papa pun langsung tak kesah. Asalkan aku makan. Dan buat regular exercise obviously.

Papa CEO syarikat. Tahu cliche en. Asal orang kaya bapak CEO syarikat. Tapi memang betul bapak aku CEO syarikat, nak buat macam mana? Nak gaduh? Mama pula owner butik yang dah bercawang-cawang dekat Malaysia ni.

Jadi dengan pekerjaan parent aku, Alhamdulillah aku tak pernah kelaparan.

Tangan aku mencapai pula Bertie Botts yang terletak sedikit tinggi. Benda ni aku dah plan nak bubuh dalam Pizza Hazim nanti.

"Already got the wizarding feels?"

Aku terlompat sedikit apabila ada lelaki asing berdiri di sebelah aku.

Seorang lelaki yang berkulit cerah dan berambut kerinting tersenyum padaku. Aku anggarkan umur dia hampir masuk 30. Muka pula nampak macam mix Asia dan America.

"That man Harry Potter. Even got his name on Muggle's Bertie Botts." Lelaki itu mencapai satu kotak Bertie Botts Every Flavor Beans. Aku cuma gelak separuh hati mendengar kenyataannya. Dia nak bergurau kot.

Aku syak dia ni potterhead teruk. Pakai robes kotak-kotak, wand dekat tangan.

"Oh wait." Lelaki itu seperti teringat akan sesuatu. Dia mengeluarkan botol kecil dari dalam robe hitam miliknya dan meneguk cecair di dalam itu.

"Okay sekarang barulah betul." Lelaki itu tersenyum melihat aku.

Kening sebelahku terangkat melihat perlakuan lelaki asing tersebut.

"Jadi, Zara. Dah hantar semula surat penerimaan Hogwarts? Deadline lagi 4 hari je. Bukan senang nak masuk tahu?" Soal lelaki tersebut.

"Hah?" Itu sahaja perkataan yang mampu keluar daripada mulut aku.

Agak-agaklah pak cik ni tiba-tiba muncul entah dari mana tanya pasal surat yang orang cuba prank aku hantar. Dahlah dia tahu nama aku. Scammer ke apa?

Aku memandang lelaki di hadapan aku penuh janggal. Tangan kananku asyik menyelitkan rambut paras pinggang aku ke belakang telinga. Mata aku melilau-lilau mencari Hazim. Takut lelaki ni nak try culik aku je.

Tetapi apa yang aku lihat betul-betul tak masuk akal. Semua orang disekeliling aku mengeras,langsung tiada pergerakkan. Cuma lelaki ini dan aku sahaja yang bergerak.

Aku memusingkan kepala kekiri dan kekanan, mengharapkan ada orang pegang GoPro. Mana tahu diorang tengah buat mannequin challenge.

Tapi memang tak ada.

"Zara?" Lelaki tersebut cuba mendapatkan perhatian aku kembali.

"Ah ye? Kita kenal ke?" Aku memberanikan diri.

Lelaki tersebut mengetuk dahinya sekali.

"Nasib Zara tanya. Saya Wallace. One of the Students Transferrer at Hogwarts. The Muggle-born team." Katanya ceria.

"Hah?" Sekali lagi aku mengeluarkan bunyi yang sama.

"Okay macam ni. Zara tahu Hogwarts kan? Pernah baca cerita Harry Potter kan?"

Aku mengangguk perlahan, masih ragu-ragu akan kewarasan lelaki di hadapan aku.

"So saya bekerja dekat sana sebagai pemindah pelajar.Saya akan uruskan pelajar baru yang akan ke Hogwarts. Student transferrer ada dua team. Satu team Half and Pure Blood, lagi satu team Muggle born. Memandangkan ibu bapa awak Muggle, ataupun nak senang faham, non-magic people, pemindahan awak di bawah tanggungjawab saya." Panjang lebar penerangan lelaki itu.

Aku cuma berkelip-kelip memandangnya. Hanya tunggu masa ada orang keluar lepastu peluk aku then cakap 'anda sudah terkena!'.

Tapi tak ada.

"So Zara terpilih untuk jadi student Hogwarts sebab Zara tahu basic things on Wizarding World is it right?" Lelaki itu menyoal aku lagi.

"Yeah?"

"Okay so Zara setujulah ni? Malam ni saya hantarkan burung hantu dekat Hogwarts, inform diorang pasal kemasukan Zara. Barang-barang nanti jangan risau. Saya akan datang tolong. All Muggle born memang saya yang tolong. Okay Zara? See yah."

Lelaki tersebut tiba-tiba sahaja menghilang. Aku menggosok mata aku beberapa kali.

Apa benda tadi tu?

"Hoi dah siap belum?" Hazim menunjal kepala aku dari belakang.

Aku melihat sekeliling. Tiada lagi orang yang mengeras seperti patung.

Aku....

....berhalusinasi ke tadi?

Don't Wake Me UpWhere stories live. Discover now