[friendly notes; i just realized how cringy my writing style is. sorry eh. chapter 1 sampai 8 semua aku tulis masa form 3 dulu so faham faham lah huhuhu. and kalau ada perkataan yang tak faham, feel free to ask sebab aku tengok movie and baca buku dia in BI je so tak tau terms BM dia.]
Platform 5,
Platform 6,
Platform 7,
Platform 8,
Aha! Platform 9!
Walaupun ini cuma mimpi semata-mata, aku sebenarnya dah lama try nak main tembus-tembus dinding batu ni.
Pegangan di pemegang troley aku perkemaskan. Sangkar Mint yang senget juga aku betulkan. Aku menarik dan menghembus nafas beberapa kali.
Dengan penuh berharap, aku berlari ke arah dinding platform 9. Mataku ditutup rapat jadi kalau terlanggar dinding tak sakit sangat.
Tapi pelik, aku tak rasa apa-apa. Atau itu apa yang aku sangka.
Crash!
Aku membuka mata. Kesemua beg dan barang aku berterabur diatas lantai. Sangkar Mint juga sudah terbalik.
Tetapi itu bukanlah benda yang membuatkan aku terkejut. Apa yang lebih mengejutkan aku ialah, di sebelah aku terdapat kereta api stim berwarna merah.
Hogwarts Express!
"You okay there?" Soal seorang perempuan dihadapan aku yang memakai wool sweater bewarna maroon dan skirt hitam paras lutut. Rambut perangnya diikat secara messy ponytail.
"Yeah, thanks." Aku cepat-cepat bangun dan mengumpulkan barang-barang aku. Perempuan tadi turut menolong.
"Betul ke kau okay? Kau keluar-keluar je langgar aku. Nasib tak langgar kereta api ni." Pengakuan perempuan itu membuatkan aku sedar yang aku baru sahaja terlanggar trolley dia.
Mulanya aku tak sangka dia pandai cakap Melayu sebab muka dia muka British habis. Tapi bila fikir balik mungkin dia ada ambil Lurate potions.
"Sorry." Ucapku pendek.
"It's okay. Aku Violet Summer. Boleh panggil Violet or Vy. First year." Perempuan itu menghulurkan tangannya pada aku.
"Zara Izhani. Call me Zara. First year juga." Aku menyambut tangannya yang sedikit kasar itu.
"Baik masuk cepat. Nanti compartment semua penuh," Ajak Violet. Aku menurutinya dari belakang.
※
"Kau American ke?" Soalan Violet itu berjaya buatkan aku tersentak.
"Uh.. no? Aku orang Malaysia."
"Ah.. Asian ke?"
"Yeah.. kau?"
"Half America, half British."
Tanya sepatah, jawab sepatah. Biasalahkan baru jumpa memang janggal sikit huhuhu.
Tapi bila perhatikan balik aku sorang je rasa janggal dekat sini. Muka Violet bukian main tenang tengok pemandangan di luar keretapi yang bergerak.
Gedegang!
Pintu compartment kami tiba-tiba sahaja terbuka dengan kuat sehingga gelasnya retak.
Di luar, berdiri seorang gadis putih melepak yang mempunyai rambut beralun paras bahu berwarna ungu. Dia mengenakan t-shirt kosong berwarna merah jambu bersama skirt pendek yang sepadan.
"Ops." Kedua tangannya menekup mulut. Pelajar di compartment lain sudah pun terjenguk-jenguk.
"Repairo!" Dia mengacukan wandnya ke arah gelas yang retak, tetapi tiada apa-apa yang berlaku.
"Repairo!" Jeritnya lagi.
"Reparo!" Kali ini Violet yang menghalakan wandnya kearah gelas retak itu. Serta-merta, retakan di tingkap gelas itu hilang.
"Macam mana kau buat?" Gadis berambut ungu tadi menutup pintu compartment dan terus duduk di sebelah aku. Dia menongkat dagunya, menghadap Violet.
"Cara kau sebut salah. Sepatutnya Reparo bukan repairo. Wand movement kau pun lain habis." Terang Violet sambil tersenyum. Gadis tadi mengangguk dengan mulut yang terlopong.
"Anyway, aku Miyako Minara. First year. Panggil Miyako je." Katanya ceria. Dia menyalam kedua aku dan Violet.
"Violet Summer. Panggil Violet or Vy."
"Aku Zara Izhani. Boleh panggil aku Zara. Kitorang berdua first year."
"First year jugak?! Bagus! Jom jadi kawan. Tadi aku try cari kawan tapi diorang semua pandang aku pelik. Apa diorang ingat rambut aku ni pelik ke? Benda ni Muggles panggil fashion." Miyako menggulingkan bebola matanya. Aku cuma mampu tergelak kecil.
"Itu parut ke?" Vy menundingkan jarinya pada dahi Miyako.
"Temporary tatoo. Macam Harry Potter kan?" Kata Miyako sambil tersengih mengusap dahinya.
"Anyway, korang rasa korang masuk rumah mana? Aku nak masuk Ravenclaw! Robe warna biru pekat serious cantik!" Miyako mencampakkan kedua tangannya ke udara. Dari sini aku boleh nampak dia lebih pentingkan pemakaian.
"Aku kalau boleh nak masuk Ravenclaw. Tapi memandangkan family aku semua Hufflepuff, aku mungkin masuk sana jugak. Well, Hufflepuff is okay." Kata Vy sambil mengangat bahunya.
"Aku rasa aku Hufflepuff." Kataku yakin sebab aku pernah ambil test dekat Pottermore, website official Harry Potter dan aku ditempatkan di Hufflepuff.
"Aku laparlah," Miyako menekan perutnya.
"Pergilah tengok dekat luar. Aku rasa orang yang tolak trolley Honeydukes Express tu dah mula bergerak." Cadang Violet.
"Too hungry to walk." Jawab Miyako lemah, tak ubah macam cacing obesiti.
"Nak aku tolong?" Aku bangun dari tempat duduk.
"Thank you Zara! Nah kau belilah apa-apa untuk kita bertiga. Aku belanja." Miyako menghulurkan aku satu pouch kecil. Aku mengambil pouch itu lalu keluar dari compartment.
Kepala ditoleh ke kiri, kemudian ke kanan. Trolley makanan nampaknya terletak tidak jauh dari compartment aku. Aku mula mengatur langkah.
Tiba di hadapan trolley itu, seorang wanita berumur memandang aku dengan senyuman. Aku membalas senyumannya. Mesti dia tukang tolak trolley ni.
Tangan aku mencapai enam Cauldron Cake dan tiga Pumpkin Pasties. Wanita tua itu menghulurkan aku pinggan, agar dapat membawanya ke compartment dengan mudah.
"Seven Sickle and two Knut." Katanya. Aku membuka pouch Miyako. Mujur pernah baca cerita Harry Potter kalau tak mesti tengah terkial-kial ni.
Aku mengeluarkan tujuh syiling perak dan dua syiling gangsa lalu dihulurkan pada wanita itu. Dia mengimbas sekali lalu kemudian mengangguk kepala.
Pinggan berisi makanan itu aku bawa ke compartment semula sementara pelajar lain mengerumuni trolley makanan tersebut.
Tiba-tiba, pintu compartment di sebelah aku terbuka dan seorang pelajar lelaki yang memakai robe hitam keluar. Aku yang terkejut dan cuba mengelak, menyebabkan pinggan di pegangan hampir tergelincir. Cepat-cepat lelaki itu menangkap pinggan tersebut. Mujur tak ada makanan yang jatuh.
"Sorry girl." Ucap lelaki tinggi itu yang sudah menghulurkan pinggan aku kembali.
Aku memandang wajah lelaki itu. Kening yang cantik ,kulit tidak cerah dan tidak gelap. Rambutnya digayakan dengan baik. Matanya pula berwarna coklat gelap.
Wow. Hensem nak mampus. Aku dah decide. Aku nak bawak mamat ni jumpa mama dengan papa.
Tapi bukan ke ini semua mimpi? Hmm.. Kalau betul ini semua mimpi, aku tak nak bangun.
"Kau okay ke tak ni?" Soalnya apabila melihat aku termenung jauh.
"Okay! Er emm terima kasih." Cepat-cepat aku berlalu pergi. Entah kenapa aku cakap terima kasih bila dia mintak maaf. Nervous mungkin.
![](https://img.wattpad.com/cover/91762780-288-k24545.jpg)
YOU ARE READING
Don't Wake Me Up
Fanfiction[ D I S C O N T I N U E D ] (A Malay Harry Potter Fanfiction) Zara Izhani Semuanya bermula dengan sepucuk surat. Surat penerimaan Hogwarts. Zara yang telah mengkhatamkan kesemua siri Harry Potter cuma menganggap ianya gurauan daripada orang tidak b...