Malam 31 Ogos itu, iaitu malam hari kemerdekaan obviously, aku dan keluarga sedang menikmati makan malam setelah pulang dipada majlis makan malam syarikat papa.
"Zara dah ready nak pergi Hogwarts esok? " soalan papa berjaya membuatkan ayam masak merah di dalam mulut aku tersembur tepat ke muka Hazim.
"Fakyu." Hazim mengeluarkan jari yang kurang ajar. Tetapi aku pasti dia menyesal sebab terus kena hempuk dengan mama.
"Pergi Hogwarts? Kenapa papa cakap macam tu?" Aku mula tak sedap hati bila papa cakap tentang halusinasi aku.
"Aik? Hari tu ada orang nama Wallace datang cakap dia dah berurusan dengan Zara.Wallace tu yang jual burung hantu dekat papa." Kata papa sambil meneguk air orennya.
"Zara.. zara masuk tidur dulu." Aku minta diri. Tangan aku basah ala kadar kemudian naik ke bilik aku di tingkat atas.
Aku menghempaskan badan aku di atas katil terlebih empuk aku.
Benda ni semua semakin pelik. Kalau dulu aku anggap semua benda ni halusinasi dan mimpi, macam mana papa boleh tahu pasal Hogwarts? Macam mana orang bernama Wallace boleh jual burung hantu dekat papa, boleh cakap dekat papa yang urusan aku untuk ke Hogwarts dah selesai?
Aku percaya benda ni mimpi, tapi kenapa rasa real sangat?
Betul ke benda ni tengah berlaku?
Betul ke yang aku ni.. Muggle-born witch?
"Hoot Hoot," Mint di dalam sangkar berbunyi, seperti mahu mengiyakan soalan aku.
Esok, satu September.
Mataku kini melekat pada pasu bunga kecil di tepi sangkar Mint. Di tepi pasu kecil itu pula terdapat sehelai kertas berupa tiket.
※
Pukul dua pagi dan aku masih tak boleh tidur.Tak boleh tidur bukan sebab main phone mahupun layan drama macam apa yang aku selalu buat.
Tapi benda pelik yang terjadi dekat aku buatkan kepala aku bertambah pening.
Aku bangun dari katil, bergerak ke sangkar Mint. Mataku tertacap pada pasu bunga kecil di sebelah.
"Pagi Satu September, pegang pasu bunga ni. Zara akan terus sampai kat sana."
Wallace kata pasu bunga ni portkey. Aku sejujurnya masih tak percaya dengan kemengarutan yang sedang berlaku pada aku.
Tapi hati aku rasa curious, rasa ingin tahu.
Aku bangun dari katil dan bergerak ke pasu bunga itu. Kertas berupa tiket itu aku masukkan ke dalam poket terlebih dahulu. Ni kalau jual kat Nina yang lagi Potterhead dari aku pun sedap ni.
YOU ARE READING
Don't Wake Me Up
Fanfiction[ D I S C O N T I N U E D ] (A Malay Harry Potter Fanfiction) Zara Izhani Semuanya bermula dengan sepucuk surat. Surat penerimaan Hogwarts. Zara yang telah mengkhatamkan kesemua siri Harry Potter cuma menganggap ianya gurauan daripada orang tidak b...