Turun sahaja dari Hogwarts Express, hari sudah malam. Beberapa kali aku harus perkemaskan rambut lurus paras pinggang aku kerana angin di luar bertiup dengan kuat.
Aku juga sempat memalukan diri sendiri apabila tanpa segan silu aku menaiki carriage yang ditarik Thestral.
Manalah aku ingat first year masuk Hogwarts naik bot.
Shame on me huhuhu.
"Nak pinjam?" Violet menghulurkan getah rambut berwarna merah kepada aku.
"Yeah, thanks."
Kesemua first year kemudian dibawa masuk ke dalam Great Hall. Terdongak-dongak kepala kami semua, melihat ratusan lilin terapung. Siling di atas pula seolah-olah tidak wujud apabila aku dapat melihat dengan jelas langit diluar. Tak silap aku, siling ni diorang letak mantera supaya sama dengan langit kat luar.
Terdapat empat meja besar dan panjang di dalam great hall ini. Semuanya penuh dengan pelajar. Di hadapan pula terletaknya meja yang besar, diduduki oleh beberapa orang yang sudah berumur yang mana aku percaya, guru-guru di sini.
Kesemua pelajar tahun pertama dibawa berdiri di hadapan. Seorang pakcik tua penuh beruban, yang menggelarkan dirinya Professor Abryrn memberikan ucapan selamat datang kepada semua.
Oh sekejap. Dia ni pengetua.
Ucapannya tidak lama kerana acara penyusunan rumah akan bermula. Wanita 40-an yang memperkenalkan dirinya sebagai Professor Irbelle membawa sebuah bangku tiga kaki beserta sebuah topi buruk diatasnya.
Apabila bangku tersebut diletakkan di atas lantai, topi tersebut mula bergerak-gerak seperti hidup. Dan macam yang aku sangka, topi tersebut mula menyanyikan sebuah lagu. Sebijik macam apa yang aku baca. Melihat reaksi orang-orang di sini, perkara ini nampak biasa bagi mereka.
Apabila topi hidup tersebut selesai menyanyikan lagu, seisi dewan penuh dengan tepukan gemuruh dan sorakan pelajar.
"Okay pelajar, cukup. Saya akan mula panggil nama first year. Nama yang dipanggil sila ke hadapan." Ujar Professor Irbelle sambil membetulkan kaca matanya.
"Oh I'm getting nervous!" Miyako menjerit kecil disebelah aku.
"Abedyn, Meredith."
Seorang pelajar perempuan yang gementar berjalan ke hadapan lalu duduk di atas bangku. Topi hidup tersebut Professor Irbelle letakkan diatas kepalanya.
"Ravenclaw!" Jerit topi itu. Meja yang berada di tengah bersorak kuat menyambut ahli baru mereka.
Proses tersebut diteruskan dengan pelajar lain. Ada yang cepat, ada yang lambat. Aku sudah mula gementar. Jujur, aku tak mahu ditempatkan di Slytherin.
"Azrai, Hafiz." Nama yang disebut Professor Irbelle kali ini menarik perhatian aku.
Aku fikir aku sorang saja orang Melayu di sini. Aku memanjangkan leher untuk melihat manusia tersebut.
Eh kejap. Itu mamat hensem yang aku jumpa kat dalam train tadi. Seriouslah dia first year? Oh my muka matang gila.
"Gryffindor!" Jerit topi itu sebaik sahaja menyentuh kepala lelaki tersebut.
Turns out, Violet, aku dan Miyako ditempatkan di Gryffindor. Ah cliché sungguh. Pleaselah author. Tapi Miyako agak kecewa sebab tak dimasukkan ke dalam Ravenclaw.
"Kau tahu? Ada orang kasi tips yang kalau kau nak certain rumah, kau boleh mintak dalam hati memandangkan topi tu boleh baca fikiran kau. Tapi bila aku mintak ditempatkan dalam Ravenclaw, kau tau topi tu bisik apa kat aku? 'Awak belum cukup bijak untuk Ravenclaw'. Lepas tu terus dia jerit Gryffindor urghhh," Miyako membebel sebaik sahaja mengambil tempat di sebelah Vy.
YOU ARE READING
Don't Wake Me Up
Fanfiction[ D I S C O N T I N U E D ] (A Malay Harry Potter Fanfiction) Zara Izhani Semuanya bermula dengan sepucuk surat. Surat penerimaan Hogwarts. Zara yang telah mengkhatamkan kesemua siri Harry Potter cuma menganggap ianya gurauan daripada orang tidak b...