9 | Panjang boleh diubah

5.7K 693 136
                                    

"Attention!" Suara lantang seorang lelaki mengejutkan aku. Cepat-cepat aku mengangkat kepala untuk memandang ke hadapan. Seorang lelaki, berkulit putih melepak dengan rambut hitam yang disikat sangat rapi, berdiri di hadapan kelas. Sebelum memulakan kelas, dia memanggil nama setiap pelajar untuk memeriksa kedatangan.

"Selamat pagi. Saya Professor Fraud Ferrend akan mengajar subjek Potions. Sebelum tu, saya nak awak semua tahu yang saya memegang rekod guru paling tegas selama 6 tahun berturut-turut di Hogwarts, dan saya tidak akan teragak-agak untuk membuang mata rumah kamu semua. 5 points from Ravenclaw sebab tak beri tumpuan ketika saya sedang bercakap. Simpan wand kamu semua, hari ini kita akan belajar asas Potions. Keluarkan quill dan parchment masing-masing. Buka buku Magical Drafts and Potions muka surat 3, sekarang."

Ucapan panjang Professor Fraud nampaknya memberikan impak yang hebat apabila semua pelajar segera mengeluarkan apa jua yang disuruh.

"Potions boleh dikatakan satu seni yang menumpukan kecantikan cecair yang-- Well Mr. Azrai and Mr. Herron. 5 points from Gryffindor each, for talking when I'm teaching." Beberapa pelajar Gryffindor mem'boo'kan kedua-dua mereka.

"Silence! This is not working." Prof Fraud memicit batang hidungnya. "Saya akan ubah kedudukan kamu semua." Dengan itu, keluarlah segala jenis keluhan daripada pelajar.

"Tak nak! Tak nak!" Miyako yang merupakan tablemate aku, memeluk lengan kiriku kuat.

"Yes Miyako. Awak adalah orang pertama yang saya akan pindahkan. Bangun dan ganti tempat duduk Azrai." Kata Professor Fraud dengan senyuman sinisnya.

Oh no. Professor ni nak letakkan Azrai sebelah aku. Oh no oh no macam mana nak focus nanti?!

"Sorry kacau ketenteraman kau." Azrai menegur aku dengan senyuman bersalahnya sebelum duduk. Duduk di sebelah Azrai berjaya membuatkan aku terasa pendek, walhal tinggi aku 160cm.

Aku menoleh belakang untuk melihat Miyako yang terpaksa duduk di sebelah Herron, kawan Azrai. Senyuman membina aku berikan padanya, cuba berkata 'tabahlah'. Miyako pula mengesat air mata halimunannya tanda terharu dengan sokongan aku.  


※ 


"Gosh Herron tu ughh aku tak tahan dengan dia Zaraaa." Sejak kelas Potions habis, Miyako hanya merungut sepanjang perjalanan kami ke Great Hall untuk makan tengah hari.

"Apa dia buat?"

"Dia panggil aku panda keracunan terung!" Raung Miyako penuh drama. Hm tak peliklah sebab Miyako ni stailkan rambut purple dia macam telinga panda.

"Then? Buanglah dye rambut kau tu. Colourkan yang asal balik." Vy yang dari tadi sibuk menanda kerja rumah akhirnya bersuara.

"Dye? I'm sorry. Walaupun kat negara aku banjir dengan orang yang warnakan rambut, tapi aku tak."

"Tipu. Takkanlah lahir-lahir rambut terus purple!" Mengarutlah. Kalau rambut warna merah bolehlah percaya. Ini purple? Haha maaflah Miyako aku tak lembab.

"Ish aku tak cakap pun aku lahir rambut warna purple."

"Dah tu?"

"Hm macam mana nak cakap eh? Aku ni, Metamorphmagus."

"Kau, serious ke?" Habis membulat mata Vy sebab terkejut.

"Metamopkamus apa?"

"Metamorphmagus." Vy nampaknya sudah berada dalam genius mode. "Metamorphmagus adalah ahli sihir yang berkebolehan untuk ubah fizikal diorang."

"Ohh macam Nymphadora Tonks tu eh?" Aku mula teringat akan salah seorang watak Harry Potter yang mampu mengubah warna rambut.

"Siapa?"

"Tong?"

"Erm tak ada apa-apa." Aku lupa, diorang ni bukan muggle jadi diorang tak pernah baca buku fiksyen Harry Potter karya JK Rowling.

"Jadi, kalau betul kau ni Metamorphmagus, cuba kau tukar warna rambut kau." Vy mencabar.

Miyako berhenti betul-betul di hadapan pintu Great Hall. Dia menanggalkan getah rambut, membiarkan rambut ungunya yang beralun jatuh hingga paras bahu. Cermin mata dengan bingkai lutsinar dibuka lalu dihulurkan pada aku. Eh eh dia ingat aku ni bibik dia ke?

Miyako menyinsing lengan robe dia, kemudian memejam mata. Orang sekeliling sudah memandang kami pelik.

Pada mulanya, aku fikir ini antara jenaka Miyako. Tapi rambut dia betul-betul berubah warna.

Warna pink pastel mula terbentuk dibahagian rambut atas Miyako, perlahan-lahan turun hingga ke hujung.

"Erm aku berjaya ke?" Tanya Miyako yang masih memejam mata. Vy di sebelah menekup mulut tidak percaya. Aku pula, tertawa kuat.

"Zara, apahal kau gelak?" Miyako mula menggelabah.

"Rambut kau jadi pink, tapi kenapa separuh je HAHAHA." Walaupun Miyako nampak macam Melanie Martinez, tapi kombinasi rambut warna purple terang dan pink pastel memang nampak macam badut.

Miyako terus menekup kepalanya sendiri. "J– janganlah gelak! Aku masih belajar cara nak control kuasa akulah!" Rambut Miyako tiba-tiba bertukar kepada warna royal blue.

"Jap kata masih belajar?"

"Apa?"

"Rambut kau tukar warna sekelip mata."

"Ha ye ke?" Miyako menarik rambutnya ke hadapan untuk melihat.

"Kadang-kadang, kuasa Metamorphmagus dikawal oleh emosi sendiri tanpa mereka sedari." Terang Vy. Miyako mengangguk bagi mengiyakan keterangan Vy.

"Biasanya rambut aku jadi biru bila aku nak tanam kepala sendiri dalam tanah."

"Maksud kau, bila kau malu?"

"Ha! Betullah tu!"

"Kau perlu baca kamus Miyako. Vocab kau ke laut." Vy menepuk dahinya sendiri.

"Jadi Miyako. Kau boleh tak ubah muka kau."

"Macam yang aku kata tadi Zara, aku masih belajar nak kawal. Setakat ni, aku cuma boleh ubah warna rambut dan warna mata." Kata-kata Miyako buatkan aku tersedar, yang dia mempunyai mata berwarna biru kelabu. Seingat aku, semalam mata dia warna baby blue. Itu pun aku fikir dia pakai contact lense.

"Tapi selain rambut dengan mata, ada satu benda yang aku handal buat."

"Apa dia?"

Bulu hidung Miyako tiba-tiba memanjang keluar, kemudian memendek kembali seperti sedia kala. "Panjang bulu hidung boleh diubah." Katanya sepatah dengan bangga.

"PENGOTORLAH LEMBAB!" Tak semena-mena, Miyako dihadiahkan satu tumbukan tepat di perut oleh Violet. Aku baru berniat nak sepak dia tapi Vy tumbuk kuat sangat. Kalau aku sepak sekali tu sah mati katak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 31, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Don't Wake Me UpWhere stories live. Discover now