8 | Levicorpus

4.9K 792 107
                                    


Aku masih termenung di atas katil dengan rambut yang basah.

"Zara, kau tak nak pakai uniform lagi ke? Nanti kalau lambat tak sempat sarapan." Mary yang sedang mengikat tali leher menggunakan magic menegur.

"Ah.. ye ye," Jawabku janggal.

Pelik. Bila aku tidur semalam, aku dah bersedia nak bangun dari mimpi ni. Tapi.. bila aku bukak je mata, aku masih ada kat sini. Dah berapa kali aku try tampar diri sendiri. Tak sedar jugak. Aku koma ke apa?

Hm.. lantak.

"Miyako bangunlah." Aku menggerakkan badan Miyako sambil tangan menyarungkan robe rasmi pelajar.

"Hmmm,"

"Miyako. Semua orang dah siap mandi. Bangunlah."

"Mmmm,"

"Miyako, kalau lambat kita tak akan sempat sarapan. Vy pun entah dah berjanggut tunggu kau kat common room."

"Hmmm."

"Ish rambut purple ni." Aku menepuk dahiku kuat. Jujur, dah dekat 30 minit masa aku dihabiskan untuk kejut budak jepun ni.

Aku bergerak ke arah beg-beg aku yang terletak di tepi katil. Wallace kata dia simpan kat sini.

"Aha!" Aku menarik keluar wand aku yang terbalut kemas. Dari semalam aku tak sentuh wand ni sebab penat sangat. Aku tersenyum jahat ke arah Miyako yang masih beraliur basi.

Semalam aku ternampak senior buat benda ni.

"Levicorpus!"

Satu cahaya keluar daripada wand aku, mengenai Miyako. Miyako pula terus tersedar apabila kakinya terangkat ke udara secara tiba-tiba, membuatkan dia menjerit. Sekejap sahaja, badan Miyako sudah diterbalikkan di udara.

"Zara!!! Turunkan aku!! Aku nak bangunlah ni!!"

"Ha tahu pun." Kataku sambil cuba menahan tawa. Aku menghalakan wand aku sekali lagi ke arah Miyako, kemudian aku terdiam.

Aku tak tahu cara nak matikan jampi ni.

"Zara! Cepatlah aku dah mula pening ni!!"

Berpeluh-peluh aku jadinya. Gila betul kau ni Zara. Memang cari alasan nak kena buang sekolah waktu hari pertama.

Pintu dorm aku tiba-tiba terbuka. Ah mampus kalau ada orang nampak mesti kena report ni.

"Liberacorpus!" Jerit seseorang lalu Miyako jatuh semula ke atas katilnya.

Fuh Violet rupanya.

"Miyako, baik kau bangun sekarang atau aku pijak kau," ugut Violet dalam suara yang mendatar. Miyako pula dah tergopoh-gapah bangun untuk bersiap.


※ 


"Kau dah tengok jadual?" Violet menyoal aku di meja makan. Aku yang sedang menikmati sandwich telur mengangguk.

"Hawi ni kida ada spell ngan Wavelclow–"

"Telanlah dulu sandwich tu." Kata Vy bosan. Aku dengan mulut yang penuh cuma tersenyum kambing.

"Hari ni kita ada Potions dengan Ravenclaw, Double Charms dengan Hufflepuff, Flying lesson dengan Ravenclaw, Double Defense against the Dark Art dengan Slytherin." Ujarku panjang.

"Slytherin?!" Miyako kelihatan begitu terkejut.

"Please Miyako, jangan jadi stereotypical sangat. Slytherin aren't bad." Vy menggulingkan anak matanya.

"Aren't bad kau cakap? Semalam first-year Slytherin panggil aku rambut terung!" Miyako merengus marah.

Aku tak sempat mahu memujuk Miyako kerana tiba-tiba bunyi bising kedengaran di atas siling Great Hall. Semua pelajar yang sedang bersarapan mendongak ke atas. Rupa-rupanya beratus-ratus burung hantu masuk ke dalam untuk menghantar surat. Ada surat yang jatuh tepat ke dalam sup, ada bungkusan yang mengenai kepala orang lain, dan ada juga burung hantu yang terendam ke dalam air teh.

Kemudian, aku ternampak seekor burung hantu yang lain daripada yang lain. Burung hantu berwarna biru. Saat itu baru aku teringat aku juga ada seekor burung hantu.

Mint terbang rendah lalu melepaskan sepucuk surat tepat di atas telapak tanganku.

Apabila semua burung hantu sudah keluar, beberapa mata memandang aku.

"Weh Vy. Asal amai orang tengok aku ni?" Bisikku cemas.

"Burung hantu kau unik." Yang menjawab persoalan aku bukanlah Violet tetapi seorang pelajar lelaki.

"Call me Azrai." Katanya bersahaja lalu mengambil tempat duduk di hadapan aku.

"Unik?" Aku menyoalnya kembali.

"Yeah, burung hantu warna biru. Cuma ada beberapa je dalam dunia. Dan yang paling penting harga dia mahal."

Aku cuma mengangguk faham. Tak heranlah sebab papa memang suka beli benda mahal-mahal ni.

"By the way... Zara right?" Tanya Azrai.

"Zara Izhani." Aku tersenyum tenang.

"Ada cebisan sandwich melekat dekat pipi kau."  Tegur Azrai.

"Apa?" Cepat-cepat aku mengusap pipi aku lalu mendapati bukan cebisan tapi dah macam gumpalan sandwich. Miyako pula terkekek-kekek ketawakan aku. Tak guna punya kawan.

"Woi Azrai! Jom ah!" Seorang lelaki, British mungkin, memanggil Azrai dari jauh.

"Got to go." kata Azrai sebelum berlalu pergi.

"Ha minat ah tu." Vy menegur aku.

"Eh mana ada! Jom ah pergi kelas lambat dah ni!" Aku bingkas bangun.

"Someone got a crush!" Jerit Miyako.

"Levicorpus!"

"Protego!" Miyako segera menghalang jampi aku. "Aku pun pandai guna magiclah." Lidahnya dijelirkan.

"Haih korang ni padahal baru je semalam kenal." Violet menggeleng kepala. 


  

Kelas Potions mengambil tempat di Dungeons (bilik bawah tanah). Biliknya agak gelap dan sejuk.

Sementara menunggu Professor yang mengajar Potions untuk masuk, aku mengeluarkan surat yang aku terima pagi tadi. Tengok saja alamat, aku sudah tahu ini datang dari rumah aku. Aku membaca surat tersebut.

Dear Zara,

Semalam ada orang datang rumah dan terangkan yang Zara diterima masuk sekolah Hogwarts. Dia kata Zara kena bertolak awal pagi. Jangan salah faham mama dengan papa memang nak raikan pemergian anak manja yang sorang ni tapi mama lupa set alarm hohohoho. Take care dekat sana Zara. Mama dah mintak tolong orang yang datang semalam bukakan akaun bank Zara dekat sana. Hazim pulak tumpang tidur bilik Zara sebab bilik dia ada lipas (papa dah cakap dah kat dia spray je tapi dia takut).

That's all Zara, take care ye! All the best!

Sincerely,
Your beyond-tiful mom





Mama ni.. tau tak Hogwarts ni sekolah magic bukannya sekolah biasa? Relax semacam.

Haih. Mimpi. What can I say?







Don't Wake Me UpWhere stories live. Discover now