prolog

6.9K 167 20
                                    

Seorang lelaki dalam lingkungan 30an membawa Ihsan masuk kesebuah bangunan tiga tingkat iaitu hostel ataupun dorm untuk student seperti Ihsan menginap sepanjang pembelajaran dua tahunnya di kolej swasta. Walaupun hostel ini berada diatas kedai orang, kedudukan bangunannya sangat strategik. Berdekatan dengan masjid, kedai mamak, dan 7eleven, kedai makan melayu dan mesin ATM. Antara tempat-tempat yang banyak kegunaan bagi student kolej.

Abang Mustakim membawa Ihsan ke tingkat satu dengan menaiki beberapa anak tangga.

" Okay, tingkat satu ni bilik tv. Dalam ni ada office abang. Abang ada je dalam office ni setiap hari", kata Abang Mustakim sambil menekan ibu jarinya ke tempat tumbprint bagi mengakses pintu pagar.

" Ohh, okay. Kalau nak bayar sewa dorm kat sini la ya?", soal Ihsan. Dia mengah membawa beg galas, bagasi dan beberapa kotak. Abang Mustaqim ni pun bukan nak tolong.

" Yep, korang semua boleh tengok tv, lepak, dating dengan awek ke hehe, study ke apa ke.", Jelas Abang Mustakim lagi.

Selepas itu dia membawa Ihsan melihat sekitar bilik tv. Tv 40 inci yang dilekatkan di dinding, sofa, kerusi dan meja di tempatkan disitu. Mesin minum air pun ada. Memang banyak kemudahan yang diletak di office ini.

Mereka keluar dari bilik tv. Abang Mustakim bawa Ihsan ke tingkat tiga pula. Ihsan mengekor dari belakang membimbit segala beg.

" Okay ni dorm awak. Pergilah pilih katil dan laci. Dalam ni semuanya bacth baru dari Johor, first intake. Berkenalan la ya? Abang gerak dulu okay? Kalau ada apa-apa cari abang kat office", terang abang Mustakim ringkas dan beredar kembali ke tangga. Kerjanya selesai selepas menghantar Ihsan sampai diluar pintu.

" Okay bang. Terima kasih banyak-banyak ", Ihsan mengangkat tangan.

Sebaik saja abang Mustakim menghilang. Dia membuka pagar hostel itu dengan penuh cermat. Kesunyian di koridor ini kasi gelisah. Dia merapatkan diri ke pintu.

Ihsan bermain tombol. Pintunya tidak berkunci tapi tertutup kemas. Ihsan menepek telinganya.

Kedengaran suara.

Suara itu seperti suara sedang berbincang. Menurut informasi abang Mustaqim tadi, kat dalam budak-budak intake Johor. Jadi, kemungkinan besar ramai didalam dan suara itu bukan suara gila yang jenis berborak stail kuat-kuat.

Ihsan takkan membuang masa dengan memilih menunggu diluar. Dia memberanikan diri. Dengan lafaz bismillah, pintu pun dibukanya. Dia sertakan salam.

" Assalamualaikum semua "

Lebih kurang 30 lebih pasang mata manusia menerkam Ihsan di pintu. Suara yang ada mula takda. Mula berdiam. Ada juga beberapa yang menjawab salam Ihsan. Dan selebihnya memilih untuk melihat seorang budak berdiri kaku di pintu.

Ihsan terdiam tidak berganjak. Apa yang patut dibuat?

" Budak baru ke?", tanya salah seorang student yang dari depan meja mesyuarat. Dari pandangan kasar, student yang duduk di kerusi sepertinya berpangkat dalam hostel ini.

" Aah ya ", jawab Ihsan ringkas.

" Okay perkenalkan diri kau. Nama, umur, kos apa kau amik", Soal seseorang yang poyo kelihatan seperti ketua. Disebabkan dia duduk kat kerusi tengah, rasanya dia lah ketua hostel.

Semua student disitu memandang tepat ke arah Ihsan. Berkeadaan tak bersedia ini membikin dia ketandusan ayat yang sedap-sedap.

Ihsan hanya berayat basic.

" Nama Ihsan.. err umur 19 "

" Kos apa kau amik?"

" Kos.. kos.. kos all of me, like all of you~ "

Ketua hostel diam. Orang kanan dan kirinya diam. Yang lain jugak sama diam. Dari yang berbaju, tak berbaju, yang berboxer saja, semuanya diam. Meja yang mana dari tadi bunyi skrunya longgar pun sama diam. Semua diam, diam, diam dan diam.

Peluh Ihsan banyak didahi. Walaupun hanya kedengaran bunyi kipas siling, angin tak dapat mengeringkannya.

" Okay nice. Punchline kau macam sampah. Sampah yang basi. Sampah yang dua kali raya deepavali alam flora tak amik. Bagi aku dua puluh ringgit", arah ketua hostel yang poyo dengan penuh amarah didada. Pantang betul dia kalau ada orang bagi punchline tak sedap. Spoil.

Demi kesihatan tubuh badan, Ihsan dapatkan dompet dalam beg menggigil-gigil. Dia menghulur dua puluh ringgit sekeping. Ketua hostel ambil dan mengarahkan Ihsan terus duduk bersila sertai mesyuarat.

Ihsan dengar tak dengar saja semasa mesyuarat berlangsung. Fikiran ligat fikir apa lagi yang kena ditempuh kalau bab pertama saja dah macam gini.

Al Kisah Di Sebuah KolejWhere stories live. Discover now