PERIHAL AINUR ZULAIKA BASYIR

1.4K 54 8
                                    

" One chicken hotdog! ", pinta Ainur Zulaika dari kaunter cashier. Kemudian, Ihsan menyahut lalu menuju ke tempat membuat hotdog. Dia membuka bekas hotdog dan roti yang yang telah dipanaskan. Chicken hotdog diambil pakai penyepit belah kanan dan belah kiri pula menyepit roti. Selepas, itu hotdog diselit dicelahan roti yang telah siap dihiris. Setelah selesai, sos cili jenama kimball diisi di celahan tersebut dan mayonis dihias diatas hotdog dalam bentuk zigzag.

Selepas siap menyediakan chicken hotdog didalam kotak khas, Ihsan memanggil Ainur Zulaika untuk mengambil pesanan yang dimintanya tadi. Selain Ainur, Ihsan sudah mengenali staff-staff yang lain. Yang paling rapat Sidek. Dia lebih suka dikenali sebagai Sid. Rambutnya hitam pekat dan dipacakkan pakai Gel Brycream warna biru. Kalau pakai pomade cepat berminyak katanya. Badannya yang kurus tinggi dan berjalan dengan gaya malas itu sebijik seperti idola dia iaitu Sid Vicious, pemain bass Sex Pistols dan jugak ikon utama dalam dunia Punk.

" Cun sial awek lu, Ihsan ", Tegur Sid dari belakang Ihsan.

" Member aku la gila "

" Hari-hari datang kerja dengan dia. Sebilik ke?", Sid gelak-gelak.

" Hotak kau. Rumah dia dekat-dekat dengan hostel aku. Itu yang kitorang naik LRT gerak tempat kerja sekali ", Ihsan mengelap kawasan hotdog. Dia memang diajar orang-orang disitu supaya menjaga kebersihan di bahagian kerja masing-masing. Maklumlah bahagian kitchen/Fast food. Orang yang pengotor dan pemalas pun boleh berubah bila bila bekerja di tempat macam ni. Tegas memang tegas. Tapi ajaran mereka telah membentuk diri kita untuk menjadi orang yang berguna.

" Cantik. Kalau macam tu gua nak try Ainur. Best! ", Sid buat muka horny.

" Apa benda la kau ni ", Ihsan menoleh ke Ainur Zulaika. Acah-acah malas layan Sid.

" Best kan? ", tanya Sid.

" Best? Benda kau cakap ni? "

" Lu ingat gua tak tau ke lu usha terus Ainur? ", Sid ketawa lagi. Perlakuan Ihsan dia dapat detect.

" Fuck. Iya aku usha. Standard la laki! ", Ihsan cover dengan wajah serius.

" Semalam dia pakai kemeja fit sial. Siap Tuck-in." Sid bersungguh cerita perihal semalam.

" Serius? "

" Ihsan, kenapa kau tak tutup bekas sos ni? Adoi! ", tiba-tiba Kerol bersuara. Bekas sos tu boleh sangat kalau dia tolong tutup.

" Pehal tu jerit macam tu sekali?", Ihsan memandang Sid.

" Kau tengok la siapa datang ", balas Sid. Ihsan menoleh ke pintu masuk.

" Ms Cherry! "

" Haa, manager datang kot. Itu yang si bangsat tu buat-buat rajin. Kerja nak salahkan orang je", Sid usha panas je Kerol. 

Dia pun pernah kena. Baru punchcard je Kerol tiba-tiba bising lantai tak mop. Ms Cherry pun apa lagi, membebel la kat Sid.

" Ouhh, tak guna betul ", Ihsan dan Sid bangkit lalu terus membuat kerja.

Ainur Zulaika mengambil satu kotak air mineral dan susun berdekatan kaunter cashier.

" Wahh, kuatnya! ", tegur seorang customer.

" Ehh err Bedu! ", Ainur Zulaika dah menggelabah. Dia punya crush datang menjenguk.

" Saya nak cakap something.."

" A..apa.. dia..? ", Ainur Zulaika tak senang duduk sekarang. Eh tak senang berdiri.

" Pasal chat awak haritu ", kata Bedu.

" Hmm, nak cakap apa lagi. Dah la tinggal bluetick! ", Ainur Zulaika mencebik ( sila rujuk Cerita Tak Panjang 'Ainur Zulaika Basyir Kena Bluetick' ).

" Data saya kebetulan habis masa tu. Saya memang dah nak reply dah", Bedu masih lagi berada didepan kaunter cashier.

" Awak.. nak reply apa ?", Ainur Zulaika berdebar. Chat I love you yang dihantar Ainur kepada Bedu itu tidak berbalas. Apakah Bedu akan membalasnya secara face to face?

Selepas itu Ainur Zulaika lompat keriangan. Ihsan dan Sid memerhati dari belakang bahagian kitchen.

" Bangsat, melepas gua! Dia dah ada boyfriend ", Sid mengetuk dinding.

" Mana kau tau tu boyfriend dia?", soal Ihsan masih lagi melihat drama didepan.

" Gua pernah bersembang dengan Ainur. Dia asyik sebut Bedu je.. Tapi gua tak kisah.. Janji dapat duduk dekat-dekat ", Sid ketawa macam orang mabuk.

" Tak senonoh. Move on la. Dia dah ada balak ", kata Ihsan.

" Gurau je. Lu ingat gua ni Silva Kumar ke", Sid tepuk belakang Ihsan.

Al Kisah Di Sebuah KolejWhere stories live. Discover now