ADA ORANG TENGAH JIWA KACAU

1.4K 61 12
                                    

" Sayuti, aku pinjam duit kau dulu boleh?", pinta Ihsan yang memang berniat nak pinjam duit kawannya sampai sanggup tunggu dikaunter Mak Leha. Ahmad Sayuti terpinga-pinga sebaik saja sampai di kaunter. Terpaksa guna RM50 terakhir dalam dompet. Lalu membayar sekali makanan Ihsan.

" Terima kasih Sayuti. Macam ni la kawan ", Ihsan mengangkat makanannya setelah pemberian baki dari Mak Leha sampai ke tangan Ahmad Sayuti.

" Ooo bila libat duit baru nak mengaku kawan?", jerkah Ahmad Sayuti.

" Ahh diam la kau. Jom pergi kat meja diorang ", Ihsan menjuir bibir di meja tengah.

" Duit pt kau dah habis ke?"

" Ada lagi. Aku lupa nak cucuk. Nanti aku bayar balik  la duit kau", jawab Ihsan. Hakikatnya duit pinjaman tabung pembelanjaran kemahiran yang setiap bulan dapat sudah habis dipakai semalam.

Ini semua gara-gara Idora. Kerana dia, Ihsan menjadi tipikal lelaki lemah dalam bercinta. Berbelanja mewah-mewah demi dunia romantis. Ihsan membelanjakan duitnya ke restoran hipster didalam KLCC. Habis dibelek helaian demi helaian buku menu mencari hidangan paling murah.

Sekarang duit untuk kos sara diri dia sudah lari bajet.

Dimeja terdapat Shakil, Nelydia dan Alaina Nasir yang sedang menunggu Ahmad Sayuti dan Ihsan. Sebaik saja mereka berdua duduk, Shakil mengangkat kedua tapak tangannya lalu membaca doa makan. Yang lain amin.

" Suara kau ni baca doa makan pun sedap. Dulu pernah menang tilawah Al-Quran ke?", soal Alaina setelah pembacaan doa tamat. Dia terpesona dengan bacaan doa makan Shakil.

" Tak pernah. Tapi masa sekolah dulu ustaz selalu pilih aku la selawat masa perarakan Maulidurrasul", jawab Shakil.

" Wahh, pilihan para ustaz la ni?"

" Lebih kurang la. Kau nak dengar aku bermadrasah? Sebijik Yabang Khalifah tau", Kata Shakil.

" Ehh takpa-takpa "

Shakil tersenyum. Sambil menggaul nasi bersama kuah lemak, Ihsan pasang telinga mendengar Alaina Nasir rancak berbual dengan Shakil. Dari dalam kelas sampailah waktu rehat Alaina Nasir langsung tak menegur Ihsan.

Pada mulanya Ihsan ada menegur Alaina seperti biasa, tapi respon Alaina memberi Ihsan berasa sesuatu yang tak kena. Alaina yang langsung tak berpaling kearah Ihsan bila ditegur tu membuat Ihsan berada di situasi janggal. Jadi, sampai sekarang Ihsan berdiam.

" Kau pehal senyap je ni Ihsan?", Ihsan tersentak. Tiba-tiba Nelydia bersuara dan membuat lamunan Ihsan terhenti.

" Aah. Aku perati je kau ni dari tadi", tambah Shakil pula.

" Takda apalah ", sahut Ihsan sambil mencapai minumannya. Dia tenang.

" Kau gaduh dengan Alaina  eaa?"

Alaina terdiam mendengar Nelydia cakap macam tu. Sikunya dicuit Nelydia. Alaina hanya mendengus.

" Takdalah. Mana ada ", Ihsan cuba berdalih lagi. Dia sendiri pun tak tau apa persengketaan dia dan Alaina Nasir. Walaupun tak tau tapi dia rasa ada. Ihsan terus berperwatakan selambanya depan kawan-kawan.

" Yeke kau ni. Dah tu apasal diam?"

" Aku terberak dalam seluar!", jerkah Ihsan. Shakil dan Nelydia ketawa besar dengan lawak kotor Ihsan. Ahmad Sayuti pula tersedak sambal sotong sampai berair mata. Tetapi tidak kelakar bagi Alaina Nasir.

" Alaina, Alaina. Hati kau sungguh keras", Ihsan mengajuk sebuah dialog dari filem gila-gila remaja. Antara filem terhebat yang dilakonkan oleh pelakon termasyur iaitu Fattah Amin dan Neelofa. Kemudian, dia mengeluh melihat Alaina Nasir langsung tak bagi respon.

***

Hari ini Miss Suraya seperti baru lepas stoned. Habis satu whiteboard dipenuhi dengan nota. Semua student salin di buku nota masing-masing. Yang bijak sikit, saling kat nota dalam henset ataupun tweet. Pemberian nota ini berlangsung sehingga satu jam.

Selepas itu, keadaan menjadi reda seperti selalu. Student pula dah boleh buat kerja sendiri. Kebanyakan lelaki bermain dota dan perempuan pula duduk setempat menghadap satu laptop dan menonton drama korea. Dibelah dinding pula ada Ahmad Sayuti. Dia geleng kepala dengan aktiviti classmate dia yang sama setiap hari.

" Kau tengok tu Ihsan. Budak lelaki main dota. Perempuan pula tengok Korea"

" Wah, macam pantun la kau berbual", Ihsan menyedari ayat Ahmad Sayuti yang tersusun cantik.

" Diorang ni tak bosan ke? Celaka!"

" Wahh, pantun lagi "

" Kau diam boleh tak? Kimak!"

" WAHHH.. oke! Oke! ", Ihsan mengawasi layangan buku lima Ahmad Sayuti.

" Diorang ni takda benda lain ke nak buat? Dulu masa mula-mula kelas ni start ada la dalam dua orang je main dota. Tapi sekarang semua orang nak ikut. Tu, dulu Yaqim dengan Jali je main. Sekarang semua nak main", kata Ahmad Sayuti sambil menjuir bibir di meja Yaqim dan Jali di tengah.

" Rilek la, Sayuti. Sekurangnya diorang ada minat"

" Tapi masalahnya diorang ni ikut trend. Kerja nak mengikut je"

" Aduh kau ni, Sayuti. Ni dengar cakap aku. Hidup ni jangan nak rebel sangat, nanti semua benda kau tak suka", Ihsan kasi nasihat agak padu juga kali ni. Mungkin sudah biasa menjadi seorang abang. Selalu memberi nasihat kepada adiknya, Ihman. Kalau tak makan nasihat, peneranjang pun berguna. Tapi, Ahmad Sayuti ni walaupun berkaca mata dan muka separa skema, Ihsan tetap tak berani melawan. Sifat memberontak Ahmad Sayuti itu membuat Ihsan sukar untuk membantah segala perbincangan.

" Ahh yelah ", Ahmad Sayuti mengalah kali ni. Dia kemudian membuka folder Rokenrol dan membuka persembahan live Floyd the Barber nyanyian Nirvana di Paramount yang sememangnya mantap nak mampus. Ketukan drum Dave Ghrol seperti sedang mengamuk itu membuat Ahmad Sayuti headbanging setelah mencapai volume ke tahap maksima.

" Haishh, asal kena ceramah je tengok Nirvana. Benda yang best entah Nirvana dia tu", Ihsan geleng kepala. Tapi dalam hati cemburu dengan orang yang ada laptop.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

Balik ni dia nak jumpa Ainur Zulaika. Katanya ada kerja kosong kat panggung wayang GSC, tempat kerja Ainur Zulaika tu.

Bercakap pasal kerja ni, Ihsan mula nak beremotional. Dia teringatkan Alaina Nasir. Dulu Alaina selalu tolong dia cari kerja. Selepas sebulan lebih mereka kenal, hampir setiap hari Alaina bagi nombor kedai-kedai yang perlukan pekerja kepada Ihsan. Tapi bila Ihsan call, kesemua outlet taknak amik student. Kata mereka student ni tak consistent. Kejap ada kelas kejap tak. Jadi, bos mana je yang boleh tahan.

Ihsan pun menoleh ke belakang cuba menjenguk Alaina Nasir perlahan-lahan.

" FAK ", Ihsan kembali ke posisinya. Terkejut dengan Alaina Nasir yang dari tadi memandang dia dari belakang.

Al Kisah Di Sebuah KolejWhere stories live. Discover now