MUZZAFAR GAY

2.8K 73 13
                                    

Setelah berjalan kaki dari stesen LRT tadi, Ihsan kini memasuki perkarangan bangunan hostel. Kedai aksesori kereta dilintas sopan menghormati pekerja disitu yang sedang memasang tinted cermin kereta pelanggan.

DUBBB !!

Ihsan tertolak ketepi akibat terlanggar seseorang. Pemakaiannya yang seperti mahu bermain air di sungai itu membuat Ihsan hairan. Orang yang ikut dia dari belakang cantik berbaju dan berseluar, tapi kenapa dia hanya berkemban dengan tuala.

" Maaf encik ", Ihsan segera meminta maaf setelah melihat lelaki itu kalut mengemaskan tuala kembannya yang sedikit longgar kerana berlanggar tadi.

" Awak ni. Pakai baju merah dah. Tapi buta. Saya sikit punya besar awak tak nampak ke?", kata lelaki itu sambil mengacu-acukan berus gigi. Ihsan menunduk melihat bajunya sambil memahami apa yang dimaksudkan lelaki bertuala ini.

" Sudah! Saya ada benda lagi penting nak dibuat! ", kata lelaki itu lagi. Kemudian, dia terus melangkah kaki meninggalkan Ihsan.

" Saya mintak maaf encik ", Ihsan minta maaf lagi. Takut juga kena jentik dengan bodyguard dia.

" Oii budak? ", panggil lelaki itu tiba-tiba walaupun kedudukannya sudah selang satu kedai.

" Ya ?", sahut Ihsan.

" Supermarket ni ada jual shampoo tak?"

" Err, ada. Mestilah ada ", balas Ihsan sedikit keliru dengan pertanyaan rambang beliau. Tak pernah lagi dimana-mana supermarket takda jual shampoo ataupun barang-barang keperluan harian.

Lelaki bertuala itu dan dua bodyguard memasuki supermarket tanpa mengucapkan terima kasih kepada Ihsan. Malas nak mengambil kisah Ihsan mengabaikan perkara pelik begini dan terus menaiki tangga menuju ke bilik hostel.

Semua yang ada ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
Come on baby say you love me
Love me say you love me

Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu
Penjara kamu mu kamu dalam hatiku
Come on baby say you love me yeah

Agak riuh suasana di area A dengan lagu Pencuri Hati nyanyian asal band Ayda Jebat. Jiji yang berjiwa grunge itu terkerut-kerut dahi bermain gitar. Apakan daya dia hanya mengikuti permintaan si tegap setelah dipersetujui ramai walaupun lagu ini mampu mencemarkan pendirian Jiji.

Ihsan mula stress dengan suasana bingit di kawasan katilnya. Orang ramai bagai hilang pedoman menyanyikan lagu band Ayda Jebat itu. Tambah pula, si tegap yang menangis teruk di tiang katil.

" Terima kasih korang! Terima kasih! Huuuuu Aku ku ku ku jatuh cinta kat korang semua! Comeon baby say you love me huuuuu ", si tegap teresak tapi tetap teruskan bernyanyi.

Dia tidak malu untuk mengalirkan air mata kerana ini juga boleh dianggap kemahuan dan impian. Apit Kenit membenarkan lagu ini berkumandang di Area A untuk dinyanyikan bersama. Dan dia mengarahkan Jiji untuk merangkul gitar. Detik itu saja telah membuat si tegap mula senak didada.

" Oke cukup. Kitorang dah nyanyi lagu yang kau nak. Kau dah boleh pergi mati sekarang", kata Apit Kenit. Gurauannya langsung tak ditapis.

" Terima kasih semua. Terima kasih", si tegap mengesat air mata pakai cadar katil.

" Yoooo Ihsaaan !!! ", Apit Kenit mengangkat tangan tanda menyapa kedatangan Ihsan.

" Yooo !! ", balas Ihsan sama energi.

Dan suasana yang menjadi tenang semula. Semua budak mula beristirehat seperti biasa di katil masing-masing.

Ihsan membuka laci dan melempar beg galas ke dalam. Hanger diambil untuk digantung kembali tshirt kolar warna merah. Lalu disidai di tingkap bagi menghilangkan bau badan. Barangkali esok lusa boleh pakai lagi.

Sedang Ihsan menyiapkan diri untuk ke bilik air, dia ditegur seseorang.

" Kau macam tak suka je lagu Ayda Jebat ", tegur Muzzafar yang hanya memakai boxer warna biru langit.

" Ehh haah. Aku kurang masuk sikit dengan lagu-lagu baru ", Ihsan memberi respon seperti biasa walaupun tidak mengenali siapa yang menegur dia tu.

" Tapi ada jugak lagu baru yang okay. Sudah Ku Tahu dengan Sedalam Dalam Rindu ", Muzaffar mula memberi pendapat.

" Sedalam Dalam Rindu tu adik arwah Achik Spin kan yang nyanyi?", soal Ihsan mula berminat topik yang diberi Muzaffar. Dia seperti bersetuju dengan pendapat Muzaffar.

" Yup. Best kan suara dia?"

" Haah, lagu tu memang ikut konsep lagu-lagu Spin. Bila dengar teringat la jugak zaman lagu jiwang dulu ", Ihsan begitu setuju. Dia yang sudah bertuala itu masih lagi berbual dengan Muzaffar yang entah datang dari mana.

Tiba-tiba seseorang mencelah perbualan mereka berdua.

" Ihsan, kau kenal ke siapa ni?", soal Qidin Sambil merangkul bahu Muzaffar.

" Err tak pun ", Ihsan sedikit awkward.

" Dia ni la yang ubat Meyul Pacak kena rasuk semalam. Power ni "

" Ohh yeke? ", Ihsan sedikit teruja sambil melihat Muzaffar. Muzzafar tersenyum. Tangannya diangkat sedikit tanda suruh bertenang dan jangan puji lebih-lebih.

" Ehh aku gerak dulu. Saja je ganggu. Aku ingatkan kau tak kenal lagi Muzzafar ni sebab kau tidur je masa upacara menghalau hantu semalam", kata Qidin lagi.

Ihsan mengangguk kecil memandang Muzzafar. Bukan biasa-biasa dia ni. Jarang juga muda-muda begini ada ilmu dalaman.

Sebelum beredar, Qidin sempat berbisik kepada Ihsan.

" Kau kena respek kat dia ni. Ilmu dia kuat. Budak-budak kita ni banyak pakai saka kalau kau nak tau. So, Muzzafar ni banyak kegunaan untuk budak-budak kita. Kau layan je dia ni. Apa yang dia nak, bagi! ", bisik Qidin. Ayat terakhir itu dia sedikit teran. Ihsan tak berapa faham dan hanya mengangguk. Selepas itu baru Qidin beredar.

" Wah, bangga aku berkenalan dengan kau Muzzafar", puji Ihsan sambil berjabat tangan dengan Muzzafar budak yang baru dikenalinya itu. Badan Muzzafar bergegar-gegar kesan daripada berjabat tangan Ihsan.

" Ehh janganlah gitu ", Muzzafar tersipu malu.

" Aku mandi dulu okay. Nanti kita berbual lagi ", Ihsan melepaskan tangan dan mematikan perbualan.

" Okay. Okay. Hati-hati ya Ihsan", Ucap Muzzafar sambil memegang belakang pinggang Ihsan.

Detik ini kasi Ihsan berhenti dan menjadi bingung. Pinggangnya yang disentuh lembut oleh Muzzafar membuat Ihsan seribu keliru. Mana ada budak lelaki pakai stail macam gini. Tak ganas. Tak macho. Terlalu feminin.

Apakah sebenar yang terjadi? Apakah ianya berkait rapat dengan perkataan 'bagi' daripada Qidin tadi? Ihsan mula berasa resah. Secara tak langsung dia teringatkan nasihat kawan rapatnya dikampung iaitu Jack Romeo. Katanya bila resah ingat saat indah. Bila rindu ku nyanyikan lagu. Sehari ku rasa bahagian setahun. Ahhh nasihat Jack Romeo langsung tidak membantu.

" Woi Ihsan! Deras la mandi. Aku nak sikat rambut kau ni. Idora nak jumpa kau ja...", Zaim Marziq terdiam. Dia tahu semua ini. Muzzafar dah buat pilihan nampaknya.

Ihsan mahu menangis.

Al Kisah Di Sebuah KolejWhere stories live. Discover now