MENONTON TELEVISYEN SEBELUM JAMUAN MAKAN

2.8K 115 9
                                    

Ihsan menanggalkan baju dan seluar lalu mencampaknya ke birai katil. Selepas itu dia melakukan aksi diving dan terus menyelam ke katil dengan hanya berseluar kecik (boxer). Kipas dibuka paras lima menggunakan kaki dan dihalakan tepat ke tubuh separa bogel yang dalam keadaan terlentang itu.

" Ahh legaaaaa !! ", Ihsan menjerit sekuat hati. Balik dari kelas adalah perkara yang paling dinanti-nantikan bagi kehidupan seorang pelajar. Selesanya bukan main power lagi terlentang menghadap kipas dinding bila balik dari kolej.

******

Tung! tang! Tung! Tang! Ting! Ting!

Terdengar seperti orang memasak di bahagian dapur. Hostel ini antara hostel yang paling bertuah kerana disediakan dapur, tong gas, dan barang-barang dapur yang lain. Barangkali abang Mustakim mesti tak terfikir riwayat barang-barang yang dia sediakan takkan lama. Lagi-lagi 30 orang dalam satu dorm. Dah semestinya akan lingkup kalau semua nak pakai.

Ihsan bangkit dari lenanya kerana terganggu bunyi bising dari dapur. Jam tepat pada pukul enam. Hampir dua jam dia tidur lepas balik dari kolej. Budak area A semuanya dah balik. Masing-masing berada di katil bermain telefon, tidur, main nyorok-nyorok, sidai baju, main cuit-cuit dan macam-macam.

" Woi, tidur je kau ni. Jom teman aku jap ", Zaim Marziq menegur dari bawah katil.

" Pergi mana? "

" Tengok tv kat bawah jom ", balas Zaim. Ihsan turun dari katil dalam keadaan mamai. Dicapainya tuala yang digantung di tingkap kemudian mengalung dileher. Kemudian terus ke tandas membasuh muka Ihsan melintasi area B. Budak area B pun tengah beristirehat kelihatan sama saja penat baru balik dari kelas pertama mereka.

Ihsan singgah sekejap dibahagian dapur. Kelihatan dua orang sedang menyediakan bahan-bahan masakan.

" Masak untuk malam ni ke?", tegur Ihsan walaupun tak kenal.

" Yup. Kau jangan tak makan pulak, budak baru ", jawab Abd Aliff. Abd Aliff terkenal kerana memenangi pertandingan memasak nasi dalam buluh semasa kem orientasi di Jaya Gading haritu. Khai Reel terus melantik Abd Aliff sebagai chef official hostel Keramat.

" Aah, ini pun dari duit kau jugak ", jawab pembantu Abd Aliff namanya Mohd Aliki.

" ouh okay. Beres! Beres! ", balas Ihsan. Tanpa berlengah lagi dia terus membasuh muka di tandas.

*******

Zaim Marziq meletak ibu jari di tumbprint bagi mengakseskan pintu pagar bilik tv. Agak brilliant jugak pakai tumbprint ni, orang luar pun tak boleh masuk. Lagi-lagi belah depan ni bilik sewa bangla kerja security. Risiko tinggi kalau diorang masuk. Samada curi tv, curi mesin air. Paling teruk pun berebut remote dengan student hostel keramat semata-mata nak tengok rancangan 999. Ihsan mengekor Zaim Marziq masuk kedalam selepas menanggalkan selipar. Boleh tahan ramai. Mungkin yang ramai ni lepak sebab ada aircond di bilik tv. Nyaman je rasa. Ihsan mengangkat tangan pada abang Mustakim yang sedang asyik membelek fail didalam office.

" Gon, ada awek siot ", bisik Zaim Marziq kepada Ihsan. Lebih kurang 10 orang perempuan dari hostel perempuan dan lima orang lelaki.

" Apa kau panggil aku ?"

" Gon. Dah kau tak bagi aku panggil Gonjreng. Aku singkatkan la "

" Gon ke Jreng ke Ahmad Maselan ke semua aku tak suka. Panggil Ihsan ! ", teriak Ihsan.

" Yela yela. Jangan marah "

" kalau susah sangat panggil Charlie Puth je la ", Ihsan ketawa menutup mulut.

" Fak you. Dah jom ambil kerusi duduk depan tv "

Zaim Marziq dan Ihsan lalu dengan bersahaja melintasi para perempuan disitu yang ralit menonton tv. Puas Ihsan cover hensem, takda sorang pun yang pandang. Sebaliknya asyik menonton drama 7 hari mencintahiku. Drama yang ditayangkan setiap pukul 7 di tv3.

" Awak, kerusi ni ada orang tak? ", tanya Ihsan kepada seorang perempuan. Orangnya comel tapi muka macam nak nangis.

" Buntaaattt Buntaaatttt ", teriak perempuan itu sambil bergelinang air mata melihat Ihsan.

" Ehh awak okay tak ni "

" Buntttaaaatttttt !!!!"

" Iya saya tau. Saya tau kerusi ni Buntat punya. Dah jangan nangis ", kata Ihsan. Dia melepaskan kerusi itu kembali. Kemudian Ihsan beredar. Dia terus ke arah Zaim Marziq yang dah berkerusi didepan TV. Ihsan pun bersila di sebelah.

" Weyh, apesal tu ?"

" Entahlah, cengeng betul. Nak amik kerusi pun tak bagi. Sampai nangis-nangis ", keluh Ihsan.

" Macam-macam hal. Biarlah. Kita layan drama sarap ni dulu kejap lagi kita naik ada buat jamuan makan kat atas ", kata Zaim Marziq. Dia terus bersandar dan menonton tv dengan tenang.

" k ", balas Ihsan.

Al Kisah Di Sebuah KolejWhere stories live. Discover now