SELINGKUH

1.4K 68 7
                                    

Petang sungguh indah harini. Cuacanya sedikit mendung kerana matahari tersembunyi disebalik awan itu membuat pemain-pemain futsal, pemain sepak takraw, dan pemain layang-layang gembira untuk melakukan riadah di padang dan taman rekreasi yang berdekatan dengan kolej. Sambil mengusha awek-awek yang cantik berhijab tapi memakai legging tengah warm-up untuk mulakan larian, Ihsan ternampak Alaina Nasir berseorangan dijalan seberang. Kalau tak Ihsan mesti Nelydia yang akan teman Alaina ke LRT.

" Dia jalan kaki seorang je? Mana Nelydia?", Ihsan tertanya didalam hati.

Kalau mereka tak terlibat dalam perang dingin, Ihsan dah teman Alaina Nasir kali ini. Adakah patut Ihsan mengabaikan semua tu? Bukankah keselamatan orang sekeliling kita yang patut diutamakan? Jalan ke LRT tu boleh tahan bahaya. Dia kena lalu ikut terowong. Disitu banyak jenayah pernah berlaku mengikut kata orang-orang disini. Haritu pun Ihsan nyaris kena pau duit dengan sorang seperti penghisap gam tegar masa dia bergegas berjumpa Idora di LRT hari itu.

Ihsan memilih untuk mengekori Alaina Nasir dari jauh. Bukan cara dia untuk mengabai rakan-rakan. Persengketaan mereka tidak tau lama ataupun sekejap. Dan persengketaan itu takdalah sampai memudaratkan dan membiar seseorang dalam bahaya.

Ihsan terus mengekori. Alaina Nasir melintasi sebatang jalan simpang tiga. Tiba-tiba..

Shreeeetttt !!

Sebuah motorsikal sempat menekan brek. Nyaris terlanggar Alaina Nasir.

Ihsan berlari menuju ke Alaina Nasir yang jatuh tersimpuh kerana terkejut dengan insiden itu. Dia melintasi jalan yang sesak dengan kenderaan yang dibawa seperti hilang pedoman. Ihsan dapat menahan beberapa kereta yang terlihat boleh kasi toleransi.

" Awak okay ke? ", kata lelaki yang membawa motorsikal itu. Dibelakangnya seorang perempuan memerhati Alaina Nasir.

Alaina Nasir hanya mengangguk tetapi matanya melihat Ihsan sedang melakukan sliding di bawah lori. Kemudian Ihsan back flip kereta kancil. Lantas dia melompat satu kereta ke satu kereta sehinggalah sampai ke seberang. Wajah Ihsan masih macho dan langsung tidak mengenal apa itu penat dan gentar. Ihsan langsung tak tumpah seperti hero tamil.

Alaina Nasir memejam matanya berkali-kali. Macam-macam diimaginasi bila keadaan separa sedar. Ihsan dilihat secara real dan masih berada diseberang jalan.

" Meh saya tolong awak bangun", kata seorang perempuan yang tadi membonceng motor. Dia turuj mendapatkan Alaina.

" Errr terima kasih ", Alaina Nasir sedikit blur.

" Saya mintak maaf. Awak okay ke tak ni ?", kata lelaki itu sambil mengalihkan motorsikalnya ketepi jalan bagi memberi laluan kepada pemandu yang lain.

Kemudian Ihsan tiba.

" Kau okay tak, Alaina? ", tegur Ihsan memastikan Alaina Nasir dalam keadaan baik. Perasaan dingin itu dia campak jauh-jauh.

" Okay. Aku okay.. aku cuma terkejut je ", balas Alaina sambil disertakan senyuman. Ihsan tersenyum-senyum sampai terlupa ada dua orang memerhati dia dari tadi.

" Ehh bang, terima kasih la ya. Kak, terima ka.. Idora??", Ihsan tergamam melihat Idora berhelmet dikepala. Kekasih yang dicintai selama ini. Idora bergegas menaiki motorsikal lelaki itu dan menyuruh untuk beredar.

Alaina Nasir hairan melihat kenapa Ihsan begitu terkejut melihat perempuan tadi. Selepas itu, motorsikal itupun berlalu pergi. Berdasarkan pemakaian sukan mereka, barangkali Idora dan lelaki itu menuju ke taman rekreasi. Tambah lagi dia melalui jalan kecil menuju ke padang.

" Kau kenapa Ihsan?", tegur Alaina Nasir walaupun terasa sedikit janggal.

" Takda apa." Jawab Ihsan. Pandangannya tidak kepada Alaina Nasir malah kearah motor yang semakin menghilang.

"Jom.. jom aku teman kau ke LRT ", Ajak Ihsan. Perasaan begini dia cuba lawan. Memang ini pengalaman baru dan ianya membuat kepalanya terasa sakit. Namun tidak menghalang untuk mengambil berat pasal Alaina Nasir.

" Ahh okay okay.. ", Alaina Nasir terus mengekori Ihsan yang sudah memulakan perjalanan.

Luruh hatinya tiada siapa yang tahu. Nak bersangka baik pun tak boleh. Takkanlah nak disangka adik beradik mahupun saudara mara. Mana ada keluarga kelihatan serapat itu. Menaiki motor dan memeluk lelaki itu semasa mereka memasuki jalan kecil. Lelaki tu pulak muka boleh tahan muda dan jambu. Tak mungkin dia seorang ayah. Tak mungkin seorang Pak Lang.

" Ihsan, kau kenapa ni? Aku yang nyaris kena langgar tadi. Tapi kenapa kau yang trauma ? ", Alaina menegur. Lama juga dia menyusun ayat.

" Hehh, kau tu nyaris. Aku ni dah kena langgar dah pun ", balas Ihsan.

Apa yang dimaksudkan dengan kiasan itu? Alaina Nasir cuba memahami tapi tetap tak boleh.

" Aku kan ada. Cerita la kat aku kenapa lain macam kau tengok perempuan tu?", Alaina cuba mengambil berat walaupun masih belum dalam zon selesa dan semua ini berasa masih janggal.

" Aku boleh bagitau kau. Tapi dengan syarat kau pun kena bagitau aku kenapa kau berdiam dengan aku selama ni ", dalam keadaan tengah jiwa kacau ni sempat lagi Ihsan ambil kesempatan. Nampaknya hal Alaina lebih diutamakan berbanding Idora.

Terjentik hati Alaina Nasir. Rasanya dia dah boleh membuang kejanggalan ini. Dan mengambil masa yang ada ini berbual panjang dengan Ihsan.

Mereka berbual sehingga Ihsan ikut kedalam LRT sekali. Setakat tambang RM1 apalah sangat.

Al Kisah Di Sebuah KolejWhere stories live. Discover now