Pertarungan semakin sengit dan masih tiada tanda-tanda kedua-dua pihak akan beralah . Tentera Portugis di istana semakin berkurangan sementara bilangan mereka di pelabuhan semakin bertambah kerana Alfonso de Alburqueque telah menghantar sejumlah lagi tentera dari pangkalan mereka di India . Jumlah kali ini lebih besar . Sedangkan bilangan tentera Tanah Melayu semakin berkurangan disebabkan ramai tentera upahan jawa telah melarikan diri .
Kelihatan Sunan sedang bertungkus lumus melawan musuhnya. Peluhnya di dahi tidak dipeduli . Keris Nanggroe digenggam erat dan dihayun kepada sesiapa sahaja di hadapannya . Tiba-tiba ada sebatang anak panah sedang menuju ke arah Sunan namun sempat dielaknya . Fuhh ! Kalau tidak nescaya melayanglah jiwa .
********
Di hutan
" Wehh , kamu tau ka macam mana mau buat meriam buluh ? " , Q menyoal . Mereka berempat telah selamat masuk ke hutan. Niat bukan untuk melarikan diri .
" Woi ! Apa bangangnya kau ni ? Kau yang ajak masuk hutan buat meriam la konon kan . Apa ni ?! " , Jatut mula cuak dengan soalan Q . Padahal tadi Q bukan main ajak mereka masuk hutan .
" Haaaa lah , ka kau takut lawan tentera tu ? " , soalan Anismai itu membuat wajah Q bertambah pucat . Dia hanya diam sedangkan Jatut dan Anismai sudah mula menunjukkan wajah tidak puas hati .
" Weh , nda payah la bah bergaduh . Aku tau juga macam mana mau buat . Dulu kan aku selalu ikut abang-abang aku buat walaupun abah aku nda kasi " , Alen meleraikan suasana tegang itu sambil tersengih . Mengenangkan kenakalannya dulu-dulu barangkali.
*********
Di istana
Gedebukk ! Azlan terjatuh kerana terlanggar mayat seorang tentera Portugis . Sabitnya di tangan terlepas melayang entah ke mana . Dia mencoba untuk bangun tapi tidak berdaya kerana kakinya telah terhimpit kayu-kayan yang menghempapnya tiba-tiba . Dia mencuba lagi dan lagi tapi kayu itu tetap tidak berjaya dialihnya . Dia mula panik melihat seorang tentera pihak lawan meluru ke arahnya dari jarak 5 meter .
Kini jarak Azlan dan tentera itu hanya 1 meter . Azlan semakin cemas dan dia masih berusaha untuk mengangkat kayu itu namun kudratnya sudah lemah . Kini hanya menunggu tentera itu menghayunkan pedangnya .
Belum sempat dia menyerang Azlan , Farah yang entah dari mana muncul hendak membantu Azlan tapi entah di mana silapnya dia juga turut terjatuh . Kini perhatian tentera itu beralih kepada Farah .
"Fara ! Ambil tu saya punya sabit . Cepat ! " , Azlan cepat-cepat menyuruh Farah . Takut terlambat . Tapi kedudukan sabit itu sedikit jauh sedangkan tentera itu sudah mula menghayun pedangnya . Tindakan refleks Fara mengambil segenggam serbuk cili di poketnya dan menghambur serbuk cili itu di mata tentera itu . Tentera itu berteriak nyaring kepedihan . Langkahnya jadi tidak teratur lalu Farah cepat-cepat mengambil sabit itu dan terus membenamkannya di dada tentera itu . Maka tamatlah riwayatnya .
"Huh! Nasib baik aku bawa serbuk cili yang aku curi dari dewan makan sekolah dulu kahkahkah. "
" Farah , cepat tolong saya ! Sakit ni . " , rayu Azlan . Fara tanpa membuang masa terus cuba mengangkat kayu itu tapi sama saja tetap tidak boleh .
" Hoi , Fu ! Cepat kau . Tolong dulu kami ni . " , Farah memanggil Danish Fu yang sedang bertarung dengan seorang lelaki kurus .
Danish Fu cepat-cepat menghabiskan lawannya dan segera menuju ke arah mereka . Mereka bertiga mencuba mengangkat kayu itu tapi tetap tidak berhasil . Kayu itu tidaklah berat sangat tapi kayu itu ditimpa pula kayu yang lain . Sebab tu la jadi berat.
Kala itu Weena hampir-hampir tewas . Senjata tangan kirinya iaitu parang tumpul sudah hilang entah ke mana . Kini hanya tinggal sebilah pisau kecil di tangan kanannya . Dengan hanya senjata itu , mustahil untuk dia menyerang . Dia hanya boleh mengelak .
" Kamu pegi tolong la si Weena tu dulu . Macam mau kalah sudah . Saya boleh pura-pura mati . " , Azlan mengarahkan Farah dan Fu menolong Weena . Takut lambat seminit pasti menyesal . Farah dan Fu akur lantas berlari ke arah Weena . Sebelum itu Fu sempat mencalit sedikit darah di muka Azlan yang diambil daripada mayat di sebelah . Dan lelaki itu berjaya di kalahkan .
YOU ARE READING
THE END ( DEAD )
Mystery / Thriller" Biar tersalah ampun , jangan tersalah hukum " Bermula dengan penemuan surat yang misteri membawa kepada sebuah pengembaraan merentas masa . 22 orang ahli kelas 5 Ibnu Sina memberanikan diri memasuki blok kayu yang dianggap berpuaka itu . Hanya yan...