"Bangun ! Bangun ! " , dari luar Adnan berteriak menyuruh kawan-kawannya bangun .
" Haaa , kenapa ni ? " , Amieen masih terpisat-pisat baru bangun . Begitu juga dengan yang lain . Tasha terkocoh-kocoh menolak pintu bilik yang hanya diperbuat daripada kayu itu setelah mendengar jeritan Adnan .
" Tanah Melayu diserang Portugis ! " , Adnan bersuara lantang . Serentak itu semua menayangkan reaksi terkejut .
"Mana Sunan ? " , Jatut tiba-tiba bersuara . Matanya masih sembap baru lepas bangun tidur .
" Sunan telah pergi ke Pelabuhan Melaka untuk menghalang Portugis . " , Adnan menjawab lancar .
"Weh , Adnan jangan kau tipu bah ih . Macam mana kau tau ni ? " , Mimah mengeluarkan tuduhannya itu . Dia sememangnya sedikit prejudis dengan Adnan .
" Ih buat apa o mau tipu-tipu . Tadi Hang Tuah datang . Dia suruh Sunan pergi ke pelabuhan cepat sebab pengawal laut ada nampak kapal perang portugis tidak jauh dari pelabuhan . " , Adnan menerangkan satu persatu di samping membela dirinya yang digelar penipu oleh Hamimah .
" Jadi apa lagi ? Jomlah ikut perang ! " , Weena dengan semangatnya yang berkobar-kobar ingin melawan si penjajah asing .
"Tapi aku takutlah .", Aiman bersuara perlahan .
" Lol . Buat apa kau takut hah ? Ini tanah kita . Kau nda ingat ka yang kita belajar dulu punca kejatuhan Melaka ? Sebab ada orang pengecut mau berjuang macam kau lah . " , Wani memarahi Aiman . Serius benar mukanya . Aiman hanya diam . Tidak berani untuk bersuara lagi .
" Ok . Aku rasa kita patut ikut sama mempertahankan Melaka . Biarpun kita belajar dulu yang Melaka kalah dalam peperangan 1511 ni tapi sekurang-kurangnya kita ada sumbangan kepada negara kita biarpun sedikit . Mungkin nama kita akan tercatat dalam sejarah . " , hujah Tasha memang sukar untuk disangkal .
" Ya , betul tu. Lagipun orang yang paling hina adalah orang yang lari dari peperangan kan . " , sambung Alen .
" Yaa ! Saya masih ingat lagi pengetua kita cakap dulu ' hidup biar berjasa ' kan . " , Anis menyokong . Tangannya dikepal jelas menunjukkan semangat berjuangnya .
Dan berangkatlah mereka ke medan peperangan . Mereka mengambil apa-apa sahaja yang boleh dijadikan senjata malah Asymawi hanya mengambil sebatang kayu keras di belakang dapur . Fara pula hanya mengambil serbuk cili di dapur Sunan . Siapa tahu itu boleh dijadikan senjata yang ampuh nanti . Begitu juga dengan Alen . Dia mengambil serbuk cili yang serupa dengan Fara dan juga pisau tajam di dalam dapur Sunan .
Sesampainya mereka di istana , ternyata tentera Portugis sudah berjaya memasuki kawasan istana . Sultan sudah hilang entah ke mana . Dengar khabar baginda sultan telah mengundur diri ke Bentan tanpa membantu tentera dan rakyatnya yang berhempas pulas melawan penjajah . Barangkali hendak mengatur strategi semula. Keadaan istana kala itu sangat kalut . Ditambah lagi dengan ketiadaan Sultan yang sepatutnya mengetuai mereka melawan Portugis .
"Maju ! Biar nyawa hilang asalkan tanah ini tidak tergadai ! " , kedengaran seorang lelaki sasa berteriak menyeru semangat semua untuk berhabisan menentang bangsa Portugis . Itulah Hang Tuah legenda Melayu yang terkenal itu . Akhirnya mereka dapat juga melihat Hang Tuah yang dikatakan buku sejarah sebagai seorang yang terbilang dengan mata mereka sendiri .
Dengan tidak semena-mena Mirwan mengambil sebilah pedang yang berada di tepi mayat seorang tentera Portugis lalu menuju ke arah tentera Portugis dan mencantas lehernya . Dia berjuang habis-habisan sebelum berjaya menumbangkan lawannya . Dia lalu berteriak menyeru semangat kawan-kawannya .
Melihat semangat Mirwan itu , Danish Fu terus meluru ke hadapan dengan parang di tangan kanan dan kayu di tangan kiri . Kemudian semua mereka berlari ke arah tentera Portugis seperti seekor singa yang kelaparan dan beradu kekuatan .
Jatut , Q , Alen dan Nismai masuk ke dalam hutan senyap-senyap . Katanya hendak membuat senjata baru . Sedangkan yang lain masih berlawan .
Lama . Tapi masih semangat ." 5 ! " , Amieen berteriak sedangkan tangannya masih tetap menepis serangan pihak lawan . 5 yang dimaksudkannya adalah bilangan tentera Portugis yang berjaya dikalahkannya .
" 6 ! " , Asymawi bersuara dengan semangat . Cangkul di tangannya dihayun laju ke arah seorang tentera Portugis yang kehilangan pedangnya dan supppp ! Sepantas kilat dia rebah menjadikan jumlah korbannya tujuh orang .
" 8 ! " , Tasha juga tidak mahu mengaku kalah . Biarpun badannya kecil , tapi pergerakannya amat lincah . Weena tersenyum melihat rakan-rakannya . Bangga . Tidak sangka kawan-kawannya yang dulu masih berperangai budak-budak tiba-tiba menjadi seorang yang matang dan berani.
Tiba - tiba ada seorang tentera Portugis menghayun pedang ke arah Peqa dari belakang . Peqa kala itu sedang sibuk mencantumkan hulu pedangnya yang terpisah dari pemegangnya . Namun belum sempat tentera Portugis itu menyerang Peqa , Azlan tiba-tiba muncul dan melibas sabitnya ke arah tentera tu . Peqa terkejut . Tidak mampu berkata apa-apa dan hanya mampu memandang Azlan yang tersenyum ke arahnya . Mungkin isyarat matanya mengatakan rasa terima kasihnya.
" Hati-hati . " , pesan Azlan sebelum meninggalkan Peqa untuk membantu Wani pula yang nampaknya sudah kehilangan senjatanya .
YOU ARE READING
THE END ( DEAD )
Misterio / Suspenso" Biar tersalah ampun , jangan tersalah hukum " Bermula dengan penemuan surat yang misteri membawa kepada sebuah pengembaraan merentas masa . 22 orang ahli kelas 5 Ibnu Sina memberanikan diri memasuki blok kayu yang dianggap berpuaka itu . Hanya yan...