Tidak lama lagi keputusan UPSR tahun 2016 diumumkan. Syakira dan rakan-rakannya sangat gementar untuk mengetahui keputusan UPSR mereka.
"Isya, kau ok ke? Kau dah maafkan Daniel?" kata Nazlia.
"Ye, aku dah ok. Ye aku dah maafkan dia." kata Syakira.
"Tapi kan, Daniel tu playboy weh. Tak kan kau nak teruskan hubungan dengan dia tu? Mujurlah si Arisya tu dah pindah sekolah, kalau tak, rosak si Daniel tu!" kata Nazirah.
"Tak tahu la Zirah. Aku dengan dia kan dah lama bersama, dah macam 5 tahun dah. Aku rasa baik aku patut sambung je." kata Syakira"Isya, baik kau buat solat istikharah. Biar Allah bagitau dia tu sesuai untuk kau ke tidak." kata Nazlia
Nazirah juga bersetuju dengan cadangan yang diberi oleh Nazlia."Ye lah, esok pun keputusan UPSR dah keluar. Aku kena minta ampun kat Allah banyak-banyak." kata Syakira.
"Jangan lupa doakan keputusan UPSR kitorg bagus juga tau 😛" kata Nazlia dan Nazirah.
"Ye. Aku kan sahabat baik korang. Korang setia sangat dengan aku ketika suka dan duka. Ha, dah jam 12.20 ni, jom balik! Aku tumpangkan korang. Lagipun Syahira je sekolah harini, tak la penuh kereta tu." kata Syakira
Nazlia dan Nazirah menerima ajakan Syakira. Syakira pun mengambil kunci kereta Toyota Vellfire yang dibeli ayahnya sebulan yang lepas.
"Wah Isya! Besarnya kereta ni! Seronoknya kau ayah kau belikan sempena hadiah hari lahir kau!" kata Nazirah
"Ala, biasa je ni. Nanti besar boleh la korang beli." kata Syakira.Syakira pun menghantar Nazlia dan Nazirah pulang ke rumah. Setiba sahaja di rumah, Syakira bersiap untuk melakukan solat zohor, solat hajat dan solat istikharah.
Selepas 30 minit bersolat, Syakira pun berdoa.
"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkanlah dosa ibubapa ku. Ampunkanlah dosa kawan-kawanku. Ampunkanlah dosa adik-beradikku.
Ampunkanlah dosa Daniel. Berikanlah petunjuk kepada mereka Ya Allah. Ya Allah, jika Daniel jodohku, panjangkanlah percintaan kami. Jika Daniel bukan jodohku, kau tunjukkanlah kepadaku. Berikanlah keputusan UPSR yang terbaik untuk aku dan rakan-rakanku. Amin."Pada keesokan harinya, keputusan UPSR bakal diumumkan pada jam 10 pagi. Syakira mengajak ibunya ke sekolah untuk memberi semangat kepada Syakira.
"Ibu, agak-agak Isya dapat berapa A eh?" kata Syakira.
"Kita tengok je lah nanti😘" sambil mencium Syakira.Jam menunjukkan 10 pagi. Guru-guru yang mengiring keputusan UPSR sudah sampai.
Guru besar sekolah itu menyebut nama dari keputusan tiada A sehingga 6A."Yang mendapat keputusan 4A 2B ialah Zahrin Uqasya, Ammar Farhan, Aiman Haziq dan Auni Umairah."
Syakira merasa debaran yang tinggi kerana namanya belum disebut.
"Saya akan umumkan yang mendapat 5A 1B dahulu. Jadi, siapa namanya yang belum dipanggil sila tampil ke depan." kata guru besar sekolah itu. "Yang mendapat 5A 1B ialah Nurul Nazirah Sharina, Nurin Nazlia, Syafira Ayuni, Syamimi Hazirah dan Daniel Hafiy."
Syakira kini menangis teresak-esak kerana mengetahui dia mendapat 6A dalam UPSR. Malangnya, hanya Syakira sahaja yang mendapat 6A UPSR di sekolah itu. Walaubagaimanapun, pihak sekolah, rakan-rakan dan ibubapa Syakira sangat bangga akan kejayaan Syakira. Setelah mengambil keputusan UPSR, Syakira mendaftar ke sekolah menengah yang dipilihnya. Selepas mendaftar, ibunya membawa Syakira dan Syahira ke Celcom store untuk memberi kejutan kepada anaknya.
"Syakira, ibu nak bagi hadiah kat kamu. Kamu nak telefon apa, iPhone 7 atau iPhone 7 Plus? Syahira, ibu bagi kamu iPhone 7." kata Puan Maziah.
"Terima kasih ibu!" kata dua beradik itu.
"Syakira nak iPhone 7 Plus Rose Gold 256GB!"
"Syahira nak iPhone 7 Matte Black 32GB je lah."
"Berapa semuanya cik?" kata Puan Maziah.
"Harganya RM5899 puan."
Puan Maziah pun memberi wang tersebut kepada penjual tersebut.Bersambung.
YOU ARE READING
Syakira
RomanceSyakira seorang budak yang sangat pandai dan bijak. Syakira mempunyai 5 orang adik beradik. Dia ialah anak kedua dari anak Encik Zamri. Nama penuh Syakira ialah Nursyakira Danisya Binti Mohd Zamri. Dia ialah budak lepasan UPSR yang berjaya mendapat...