DETIK TENGAH MALAM 015

74 23 2
                                    

Part 15

Semuanya berlaku dengan pantas. Satu ketika, saya berada di bilik saya, jeritan saya tidak didengar, dengan kegelapan membalut diri saya dan badan saya ditarik keluar melalui tingkap ke dalam satu ruang hitam dalam kegelapan malam.

  Saya dapat melihat sepintas lalu beberapa blok apartman di kawasan kejiranan kami, saya nampak sekolah, tempat membeli-belah, semuanya berlalu dibawah kaki saya. Saya melayap di langit menuju ke segumpal awan tebal.

   Selepas itu semua yang biasa saya lihat hilang dari pandangan saya.

   Saya mendengar suara budak-budak perempuan ketawa berdekit-dekit dari dalam gumpalan awan itu. Saya tidak tahu kemana saya akan pergi dan kuasa ganjil apakah yang sedang mengawal saya. Sudah tentu Jung Eun Ah tidak bertindak sendirian. Dia tentu mempunyai kawan. Ada seseorang yang membantunya.

_Selepas itu saya mendapat jawapannya._

   Gumpalan awan itu terbuka dan saya sedang memandang sebuah kapal. Tapi sebenarnya---bukan sebuah kapal. Saya memberitahu diri. Ia lebih menyerupai sebuah kapal angkasa. Ia seperti sesuatu yang telah saya lihat sebelumnya. Mata saya terkejip. Ia sama seperti bentuk telefon bimbit, telefon bimbit besar yang boleh terbang. Saya terasa badan saya sedang disedut masuk kedalam sebuah kenaikan dan beberapa saat kemudian, saya berada di dalam sebuah tiub panjang yang dipenuhi dengan kabus yang bergerak. Pintunya terbuka dan saya ditarik keluar.

  Kabusnya tebal dan saya tidak dapat melihat apa-apa. Tapi saya merasa badan saya disentuh oleh berdozen-dozen tangan. _Tangan-tangan kecil_. Sesuatu sedang dibalut di badan saya.

   Saya menjerit. Saya sedang dibalut dengan tali... tali dawai... ketat dan ketat, dan tangan saya tersemat disebelah saya.

   Tiba-tiba kabus menghilang dan saya nampak Jung Eun Ah ... berdozen-dozen Jung Eun Ah !

   Semuanya serupa ... semuanya memakai baju tidur putih, semua mereka berambut panjang, dan semua mereka mempunyai mata BESAR, LUAS DAN TUA

"Siapa di antara kamu sebenarnya Jung Eun Ah?" Saya menjerit.

  Salah seorang dari mereka melangkah kehadapan. "Sayalah pemungut. Nama saya Jung Eun Ah.

  Seorang lagi mengusap rambut saya. Dan saya seorang Penawan, Nama saya Jung Eun Ah."

  Yang ketiga, menyapu jarinya ke pipi saya. "Dan saya seorang Pembela. Nama saya juga Jung Eun Ah."

  Saya menjerit ketakutan.

  Secara tiba-tiba mereka menolak saya melalui sebuah pintu hitam dan saya sedang berdiri di hadapan seorang lelaki bertopeng putih. Saya terhidukan bau yang melekat pada kertas cerita Yoon Ji ... bau rempah ratus yang ganjil.

"Helo Soyeon ..." Lelaki itu bersuara, tapi bunyi suaranya sama seperti suara budak perempuan yang mengetuk tingkap saya.

  Saya takut. Saya melihat sekeliling dan terasa amat takut. Darah pekat tersembur keluar dari dinding ... sama seperti cerita Yoon Ji.

"Darah!" Suara saya parau, lubang hidung saya tersekat dengan bau rempah ratus tersebut.

"Tidak, ia bukan darah, "kata lelaki bersuara budak perempuan itu. "Itu adalah minyak nyawa kami. Ia adalah ramuan yang berwarna merah yang mengandungi apa yang kami perlukan untuk hidup. Awak boleh menghidunya, meminumnya atau memakannya ... ia akan memelihara awak."

  Dia menyucuk jari panjangnya ke dalam cecair merah yang pekat itu dan merapatkan jarinya ke mulut saya.

  "Tidak !" Saya menjerit. "Saya tidak pernah meminum atau memakan darah !"

"Oh, rasanya tidaklah teruk," dia membantah, suaranya semakin halus dan sinis. "Ia lebih baik daripada mati."

  Saya membeliakkan mata saya ke arahnya, cuba melawan rasa gerun yang sudah berkumpul di dalam perut saya. "Di mana kawan-kawan saya?"

"Yoon Ji dan Hyomin sedang menunggu awak di kabin rahsia," dia memberitahu saya. "Sudah tiba masanya awak bersama mereka sebelum kita memulakan perjalanan kita."

  Semuanya berlaku dengan pantas. Saya memaksa diri untuk menghadapinya dengan tenang. "Kemana kita akan pergi?"

  "Hingga ke Penghujungnya," dia menjawab mudah.

  "Penghujung apa?" Saya meminta penjelasan.

  "Tempat kami". jawabnya. "Kami panggilnya Penghujung. Selepas penghujung, sudah tidak ada apa-apa lagi, tidak ada planet, tidak ada yang wujud, tidak ada kehidupan."

  Saya tahu saya sedang berpeluh, walaupun bilik di mana kami berada sejuk seperti ais. "Kenapa awak nak membawa kami ke sana?"

"Kerana kami memerlukan awak semua untuk eksperimen kami." dia menjelaskan. "Kalau kami dapat mempelajari bagaimana badan manusia berfungsi, KAMI AKAN DAPAT MEMBUAT DIRI KAMI LEBIH KUAT. Tapi, mula-mula kami terpaksa membuat pungutan lebih banyak dari sekolah awak."

  Kemarahan saya membara. "Kami TAK AKAN membantu awak untuk membuatkan lebih ramai kawan-kawan kami hilang!"

"Soyeon," dia membetulkan saya, "selepas kita tiba di Penghujung, awak akan melakukan apa saja yang kami suruh. Saya akan pastikan. AWAK AKAN MELAKUKAN SEMUA YANG KAMI PERINTAH!"

Dan...apa yang akan terjadi kepada Soyeon dan rakannya?......

^^JANGAN LUPA VOTE AND COMMENT^^

DETIK TENGAH MALAM Where stories live. Discover now