DETIK TENGAH MALAM 023

60 14 0
                                    

Part 23

Kami juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk membawa kami balik semula ke bumi !

  Tapi, mungkin juga ia tidak semudah itu. Mungkin saya lupa pada sesuatu?

"Soo Min," Saya memberitahu, "saya mahu awak menelefon saya semula tepat tiga minit dari sekarang. OK?"

  Dia berjanji akan berbuat demikian. Kemudian dia mula bertanya berbagai soalan yang bodon, saya mematikan telefon tersebut.

  Tapi bila saya melihat kepada skrin telefon saya, jantung saya seolah-olah terhenti---bateri telefon saya hampir habis. Sudah hampir ke bar terakhir !

"Cepat !" Saya mengarahkan. "Semua orang masuk ke dalam tiub ! Dan bawa Jung Eun Ah sekali !" Saya tidak berniat meninggalkan dia di situ, takut kalau-kalau dia dapat memberhentikan kami dari turun melalui lubang hitam itu !

"Tapi bagaimana ?" Hyomin meraba-raba permukaan tiub yang lembut itu. "Tidak ada tempat untuk di buka !"

"Apa benda ni?" Yoon Ji terjumpa satu suis yang terletak di hujung tiub itu. Dia memetik suis itu dan beberapa saat kemudian satu bahagian tiub itu terbuka. Dia memanjat naik dengan  menarik Jung Eun Ah bersama, dan pada ketika itulah semuanya menjadi tidak betul.

  Lelaki bertopeng putih itu meluru masuk ke dalam ruang itu dan jeritan suara budaknya membuatkan saya berada dalam keadaan yang amat takut.

"Awak tak akan terlepas !" Dia memberi amaran. "Awak tidak tahu bagaimana tiub itu berfungsi !"

  Sebelum saya sempat berbuat apa-apa, Hyomin meluru ke hadapan dan menarik topeng itu dari mukanya.

  KAMI MENJERIT ! AAAAHHH !!

  Mukanya lasungsung tidak berwajah. Yang ada hanyalah ketulah daging dengan darah yang berlalu di atasnya. Malah kami dapat melihat darah menitis ke otaknya. Dia bercakap melalui satu sisip yang terbuka di tempat di mana terletaknya hidung kita.

"SEKARANG AWAK SEMUA MESTI MATI !!" dia menjerit. "AWAK SUDAH MELIHAT TERLALU BANYAK !!"

  Hyomin menjerit meradang dan menedang lutut lelaki itu dengan sepenuh tenaga yang ada padanya. Lelaki iti tersungkur dan jatuh ke lantai  dalam kesakitan, Hyomin melompat naik ke tiub.

  Saya cuba mengikut jejaknya, tetapi lelaki itu  berjaya menangkap kaki saya dan menggenggamnya seperti tangan besi.

  Telefon saya berbunyi semula. Bunyi pam tandas .

  Saya menendang dengan kuat, dan terasa kasut saya tersentuh isi dagunya yang merah. Dia mengeluh kesakitan dan genggamannya mula longgar. Saya melepaskan diri saya dan melompat naik ke tiub, serta menjawab telefon.

"Saya, Soo Min di sini---" satu suara yang gugup dan takut.

"Jangan tutup telefon !" Saya menjerit

  Yoon Ji menolak panel itu sehingga tertutup dan kami berada di dalam tiub.

  Peluh berlinangan turun ke pipi saya. Saya memandang sekeliling dengan panik. Kami berada dalam tiub. Soo Min telah menelefon saya, tapi tidak ada apa-apa yang berlaku.

  Rancangan saya GAGAL !

☆TBC☆

^^JANGAN LUPA VOTE AND COMMENT^^

DETIK TENGAH MALAM Where stories live. Discover now