DETIK TENGAH MALAM 015

16 6 0
                                    

Part 15

Mereka berwarna hitam, tidak berbentuk, setinggi lelaki dewasa dan berbadan tegap. Mereka tidak mempunyai lengan atau kaki, mereka hanyalah tompok tompok hitam yang besar. Badannya disaluti lapisan minyak berkilat. Wajah mereka panjang dan nipis, sementara mata mereka terperosok ke dalam terseret menghampiri kami, mereka mengeluarkan bunyi dengusan yang hodoh.

  Mereka bukam seperti sesuatu yang kita pernah lihat dan aku masih ingat apa yang bantal itu cakap. Tompok tompok hitam itu datangnya dari bawah laut, virus yang telah mempelajari cara bernafas di darat, sesuatu jelmaan makhluk baru yang bahaya dan amat berkuasa.

  Jeritan kami bergema di sepanjng jalan yang sunyi.

  Salah satu dari tompok tompok hitam itu mara ke hadapa.

  "Kamukah jimin?" Ia bertanya dalam suara yang perlahan dan menderam. "Tadi kau berada di dalam pasir jerlus aku sehinggalah kau diselamatkan oleh kawan kau. Tetapi sekurang kawan kau telah hilang dan tak akan kembali semula, kau kini menjadi MILIK AKU."

  V cuba lari, tetapi satu lagi tompok hitam menyembur bebola lumpur daripada mulutnya. Bunyi kuat seakan letupan kedengaran tatkala bebola itu terhempas ke atas jalan dan menyemburkan lndir hitam ke arah V. Dia terkaku, terlalu takut walaupun untuk menjerit.

  Jungkook hanya mengangkat bahu. "Apa kau nak?"

  "Kau datang ke paya tersebut dengan ketua roh baik." Katanya. "Kehadiran kau telah menimbulkan masalah. Sekarang kau perlu berkorban kepada paya itu supaya kami terus memerintahnya buat selama lamanya."

  Nampaknya kami hanya terlepas dari satu bala sebelum terperangkap dalam bahaya yang lain!

  Tompok tompok hitam itu bergerak menggelilingi kami, keadaan mereka yang tidak berbentuk kedengaran bernafas dan mengeram seperti gorila raksaksa sewaktu mereka terseret ke arah jalan. Tiba tiba aku merasakan bahawa aku tahu apa yang ia mahukan. Mereka mengmpulkan kami untuk dibawa semula ke tanah paya.

  Walau macam manapun aku harus menghalang mereka kerana sebaik sahaja kamu menjejak kaki ke tanah paya yang terbiar itu, AKU TAHU KAMI TAK AKAN KELUAR DENGAN SELAMAT!

bersambung
.
.
.
.
.
.

DETIK TENGAH MALAM Where stories live. Discover now