DETIK TENGAH MALAM 003

27 11 0
                                    

Part 3

Aku dan mulut celupar aku! Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, di dalam bas aku tertanya-tanya bagaimana aku nak membawa bantal aku ke sekolah pada esok harinya.

  Aku akan mencari jalan, aku berkata sendirian. Aku harus membuktikan kepada budak-budak bodoh itu yang aku sememangnya nampak lendir hitam meleleh keluar dari bantal aku.

  Sebaik sahaja aku sampai ke bilik, lalu aku membuka pintu dan hampir-hampir pengsan.

  Lendir hitam menitik-nitik dari bantal aku--- TIK, TIK, TIK..

  Kekotoran yang hitam dan tebal itu perlahan-lahan merebak ke seluruh cadar aku dan akhirnya menitik jatuh ke lantai. Kekotoran yang busuk itu, tumpah di merata-rata seolah-olah ia ingin menguasai seluruh bilik aku !

  "Omma!" Aku menjerit. Dada aku berdegup kencang taktala limpahan lendir yang meleleh keluar mula menjalar ke atas lantai di tempat aku sedang berdiri. Ia kelihatan seakan-akan ingin melemaskan aku !

  Tetapi sebelum sempat omma sampai ia telahpun hilang. Bilik aku berada di dalam keadaan yang benar-benar bersih. Tiada kelihatan lendir ... tidak bersepah ... tiada kekotoran. Aku hanya berdiri di situ dalam keadaan mulut yang ternganga dan mata yang hampir-hampir tersembul keluar. Apa yang Jeon Jungkook panggil aku ? "Babun bodoh ..." itulah, apa yang aku rasa!

"Jimin, kenapa panggil omma?" Soal omma agak tegas. "Apa yang berlaku?"

  Aku memandang ke arahnya dan menggeleng-gelengkan kepala aku. "Jimin ingatkan jimin ternampak sesuatu di dalam bilik jimin," kata aku.

  Dia melemparkan pandangan secara sepintas lalu di sekeliling. "omma tak nampak pun sesuatu yang boleh menakutkan," kata omma kepada aku. "Omma sedang menyiapkan makan malam. Jimin tidak patut menakutkan omma dengan cara begini !"

  Lalu dia berpaling dan melangkah pergi.

  Aku melangkah masuk ke bilik aku sambil menghulurkan sebelah tangan. Jari-jemari aku menggosok-gosok bantal aku. Apa yang telah berlaku? Ia langsung tak masuk akal ! Macam mana lendir hitam yang begitu teruk tiba-tiba hilang sebegitu cepat tanpa sebarang kesan? Bantal aku benar-benar bersih.

  Aku menekannya dengan lembut, tetapi tiada apa-apa yang berlaku.

  Kemudian aku menekannya dengan lebih kuat lagi.

  Masih tiada apa-apa yang keluar !

  Hanya setelah aku menarik kembali tangan aku, baru aku nampak LENDIR HITAM YANG BEGITU KUAT MELEKIT PADA KESELURUH JARI-JEMARI AKU !

☆TBC☆

SORRY SEBAB AYAT PENDEX ♡

^^JANGAN LUPA VOTE AND COMMENT^^

DETIK TENGAH MALAM Where stories live. Discover now