DETIK TENGAH MALAM 024

58 12 0
                                    

Part 24

Lelaki yang mukanya penuh isi yang banyak itu, berlari ke arah kami. Tangannya cuba menyentuh suis yang akan membuka tiup.

  Saya tidak tahu apa yang patut saya lakukan.

  Saya memandang Jung Eun Ah. Dia menyeringai.

"Bila kami tiba di Penghujung, awak akan dihukum seberat-beratnya," dia menakutkan saya.

  Pandangan saya terpaku kepada bintik hitam logam yang kecil seperti jerawat, di lehernya. Inilah peluang terakhir kami !

  Saya mencubit benda itu dari lehernya dan meletakkannya di leher saya. Ouch!

  Tiba-tiba ia memancutkan darah dan mula membesar. Dia bukan lagi Jung Eun Ah, budak kecil. Dia sudah menjadi seperti lelaki tersebut, mukanya penuh dengan isi seperti daging dan pai yang berdarah.

  Sementara itu saya pula mula mengecut ! Rambut saya tumbuh panjang, dan mata saya menjadi besar, dan saya memakai baju tidur putih.

  Yoon Ji dan Hyomin menjerit ketakutan.

  Tiub itu mula berisi dengan kabus. Ia bergoncang dengan kuat bila kami turun semula ke bumi melalui lubang hitam itu.

  Dan fikiran terakhir saya ialah...saya telah menjadi Jung Eun Ah, tapi sekurang-kurangnya saya telah menyelamatkan kawan-kawan saya !

  Selepas itu, kami tiba-tiba menyendari yang kami berempat sedang berdiri dalam bilik Soo Min. Dia memandang makhluk tinggi dengan muka yang berisi daging, nampak darah menitik ke dalam otak, dan menyangka makhluk itu adalah saya.

"Apa yang terjadi kapada awak, Soyeon ?" Saya memekik. "Awak dah tak cantik lagi !"

  Saya melangkah ke hadapan. "Soo Min, Saya Soyeon," saya memberitahu dia.

  Dia menggigil dan memandang saya dengan penuh kebencian. "Tidak, awak bukan Soyeon. Awak adalah Jung Eun Ah yang dahsyat itu.

Yoon Ji bergerak seperti kilat. Dia mencabut keluar benda hitam yang terlekat di leher saya. Dalam beberapa saat sahaja saya telah dapat merasakan yang badan saya sedang membesar. Wajah saya sedang membesar. Wajah saya sedang meregang, rambut hitam panjang mula menghilang, dan mata saya kembali ke saiz asal. Saya kembali menjadi DIRI SAYA semula !

  "Sekarang," tanya Yoon Ji, memegang benda kecil hitam itu ditangannya. "Apa patut kita lakukan kepada Jung Eun Ah yang sebenar ?"

   Dan kami memandang kepada wajah makhluk yang penuh dengan darah itu yang berada di hadapan kami.

"Tolonglah hantar saya balik ke tempat saya supaya saya dapat bersama dengan orang-orang saya sendiri," Dia menjerit. "Saya tidak mahu ditinggalkan di bumi !"

  Telefon saya berbunyi lagi, bunyi pam tandas, dan saya tahu penggilan itu adalah dari kapal angkasanya. Orang-orangnya mahukan dia kembali kepada mereka sebelum lubang hitam itu beredar !

"Saya tak percaya kepada dia," kata Hyomin. "Sekiranya kita letakatkan kembali benda hitam itu ke lehernya, dia mungkin akan cuba mencolek kita lagi !"

  Saya membuat keputusan. "Biarkan dia pergi !"

  Yoon Ji melekatkan semula benda hitam itu ke lehernya. Dengan serta merta makhluk buruk itu mengecut dan menjadi Jung Eun Ah semula.

  Saya memberinya telefon saya, dan dia menjawab panggilan tersebut.

  Angin kencang tiba-tiba bertiup dan dalam sekelip mata dia hilang. Dalam diam saya mengharapkan hayat bateri saya cukup untuk membawanya balik ke kapal angkasa itu. Saya tidak mahu berjumpa dengannya lagi !

"Wow ... semuanya berakhir," rungut Soo Min. "Tapi awak terpaksa memberihu semua orang? Bagaimana awak hendak menjelaskan di mana awak berada ? Dan bagaimana awak kehilangan telefon ?"

  Saya melangkah ke arah Soo Min dan meletakkan tangan di bahunya. "Tidak, Soo Min, awaklah  orangnya yang terpaksa memberi penjelasan," saya memberitahunya dengan lembut. "Apa maksud awak bila awak kata yang saya ini cantik ?"

  Dia memandang saya, mulutnya terbuka dan tertutup, dan dia menjadi merah. Merah menyala. Seperti merah DARAH !

Tamat...

Adakah anda faham dengan apa yang author ingin bagitahu. Sorry lah kalau tak faham ...baca lah sampai faham yerr..oky tq

^^JANGAN LUPA VOTE AND COMMENT^^

DETIK TENGAH MALAM Where stories live. Discover now