DETIK TENGAH MALAM 012

24 8 0
                                    

Part 12

Kami berdua sama-sama menjerit. Laungan kami bergema merentasi kawasan paya yang sepi itu. Suara kami tentunya kedengaran seperti bunyi dua ekor burung yang pelik.

  Tidak lama kemudian Suga dan V memanjat pagar dan merenung ke arah kami, sambil menjerit lebih kuat dari kami berdua !

  Tetapi kami semua bersendirian di dalam kawasan terbiar yang menakutkan itu dan tiada sesiapapun yang mendengar jeritan kami, malah tiada seorang pon yang datang untuk menolong kami. Ini merupakan tempat di mana manusia boleh mati tanpa ditemui mayatnya. Pasir jerlus itu sedang melimpahi sehingga ke leher ku, manakala Jungkook cuba mengangkat dagunya setinggi yang boleh, supaya lumpur kotor itu tidak memasuki mulutnya.

  Kemudian, aku terdengar satu pukulan yang agak ganjil, seolah-olah arnab gergasi mencakar menerusi rumput paya. Tetapi ia bukannya binatang---ia merupakan bantal aku, bergolek dan melantun, dipenuhi dengan lumpur dan lendir. Ia terjatuh ke tanah di sebelah tanah paya dan mula menumpahkan lendir hitam ke dalam pasir jerlus.

"Apa yang berlaku ?" Soal Jungkook sambil mengetap bibir.

  "Aku tak tahu," jawab aku, sambil meronta-ronta supaya kepala aku tidak terbenam ke dalam pasir jerlus.

  Aku melihat ke arah bantal aku. Suga dan V juga turut merenung ke arahnya. Kenapa ia menumpahkan lendir ke dalam tanah paya itu?

  Hanya ada satu cara sahaja yang dapat aku lakukan ! Bantal itu pernah bercakap dengan aku semasa di bilik tidur. Kemungkinan ia boleh bercakap dengan aku lagi.

  "Bantal!" Aku memanggilnya dengan sekuat hati. "Aku tahu kau boleh mendengar panggilan ku ! Apa yang ka.u lakukan? Boleh tak kau tolong keluarkan kami?"

  Aku sebenarnya tidak mengharapkan sebarang jawapan. Pasir jerlus yang sejuk dan menakutkan itu sedang menampar-nampar rahang aku. Bila-bila masa sahaja ia boleh menenggelamkan kepala dan aku akan terbenam di dasarnya untuk selama-lamanya! Dan aku memikirkan sesuatu yang ganjil--- di mana aku, hampir lemas di tahah berpaya, dan aku sedang bercakap dengan bantal aku ! Mungkin aku sudah gila.

  Tetapi tidak lama selepas itu aku terdengar bunyi bobokan yang sama dari dalam bantal itu : "jimin, kan aku dah beritahu kau yang aku tak akan meninggalkan kau. Percayakan aku ... percayalah pada aku ..."

  Suga dan V menjerit. Tetapi semakin banyak lendir hitam memasuki kawasan pasir jerlus, sesuatu yang ganjil berlaku.

  Aku dapat rasakan yang tubuh ku seolah-olah terapung.

  Aku memandang ke bawah ke arah Jungkook. Lendir hitam itu turut menyelamatkannya. Aku tak tahu macam mana, tetapi dia terangkat semakin tinggi dan tinggi. Bahunya sekarang terkeluar dari pesir jerlus manakala tangannya sudah boleh mencengkam tanah. V dan Suga berlari ke arahnya dan mula menariknya keluar.

  Perkara yang sama berlaku kepada aku. Lendir hitam itu menyelaputi tubuh aku, seperti selimut, melindungi aku, dan aku kemudiannya diangkat semakin tinggi dan menghampiri bahagian tepi tanah paya tersebut. Tidak lama kemudian aku berjaya mencapai tanah dan membebaskan diri aku. Kemudiannya ketiga-tiga kawan aku itu merenggut lengan aku, menarik aku keluar dari perangkap maut.

  Tubuh aku penuh ledir hitam. Begitu juga Jungkook. Aku tak tahu apa yang harus kami beritahu kepada keluarga masing-masing. Macam mana dapat kami terangkan yang kami terjatuh ke dalam pasir jerlus dan diselamatkan oleh bantal?

  Aku melihat bantal aku berada di tepi paya. Ia telah berhenti mengeluarkan lendirnya.

"Gumawo," ucap aku dalam suara yang serak dan terketar-ketar.

  Ia menyeret ke arah aku menerusi lumpur, dan aku tahu ia mahu berkata sesuatu kepada aku.

  Walaupun ia hanya sebiji bantal, tetapi aku tahu ia mempunyai KUASA LUAR BIASA !

Bersambung
.
.
.
.
.
.
.

DETIK TENGAH MALAM Where stories live. Discover now