Alunan kompang sudah didengar , kini Farish dan isterinya sudah sah bergelar suami isteri . Fisya menjadi pengapit untuk kakak iparnya dan dzik menjadi pengapit untuk Farish .
"Hm abang farish dah sah dengan isteri dia . Em em kita bila lagi?". Dzik bertanya sambil mencuit siku fisya . "Eii tak sabar betul lah dia ni"marah fisya . "Iyela kalau lambat nanti Zafri pulak yang ambil awak". Kata dzik sambil menjungkitkan keningnya . "Haip tak baik lah . Takdenya, saya tak kan terima sesiapa pun selain awak . Dahlah tk pyh lah ckp psl ni . Think ok berapa tahun kita kene berjauhan and i dont want to fight. Dah jom pergi makan"ajak fisya . Dzik pun akur .
Ketika sedang makan , fisya tiba tiba terbatuk kuat . "Sayang ok tak ni . Want some water?"tanya dzik . Fisya menggelengka kepalanya . "Awak makan dulu, saya nk masuk sekejap nanti saya keluar balik". Dzik risau dengan keadaan fisya . Dzik bangun untuk menemani fisya masuk ke rumah namun fisya tidak membenarkan dzik menemaninya masuk ke rumah .
Muka fisya sudah mula nampak pucat . Apabila didalam rumah fisya berjalan menuju ke bilik air tiba tiba dia terbatuk . Batuk itu telah mengeluarkan darah dari mulutnya . Fisya yang terkejut melihat darah tersebut terus pengsan . Kebetulan, Zafri yg lalu di situ ternampak fisya sudah terlantar di atas lantai . Zafri pun dengan cepat menganggat fisya dan membawanya keluar untuk memanggil mummy dan daddy fisya .
"uncle, aunty fisya pengsan"jerit zafri . Daddy dan mummy fisya dan Dzik yang mendengar jeritan Zafri terus berlari mendapatkan fisya . "Ya allah , anak mummy kenapa ni?". Puan Maria menangis .
"Bawak sini fisya tu biar aku yg dukung dia"arah dzik. Pada mulanya Zafri tidak mahu menyerahkan fisya kepada dzik tetapi apabila melihat muka marah dzik, Zafri terus menyerahkan fisya kepada dzik .
"Aunty uncle jom bawak fisya pergi hospital". Tengku izka dan Puan Maria pun mengangguk laju . Farish dan isterinya yang sedang makan damai itu juga terus berhenti makan dan bersama sama pergi ke hospital. Zafri dan sofea juga turut ke hospital .
Setiba di hospital, fisya terus dibawa ke unit kecemasan . "Assalamualaikum maria, fisya mcm mana?". Puan Jannah bersalam dengan Puan Maria dan bertanya tentang keadaan fisya . "Waalaikumsalam Jannah, fisya ada dekat unit kecemasan lagi . Saya risau sangat ni". Puan Jannah memeluk Puan Maria bagi menenangkannya .
"Jangan risau ye , kita sama sama mendoakan fisya selamat"kata Puan Jannah . Ketika itu seorang doktor keluar dari unit kecemasan . "Siapa keluarga Tengku Fisya Adriana binti Tengku Izka Irham?sila masuk sebentar "kata doktor itu doktor itu . Tengku izka dan Puan Maria pun masuk ke bilik doktor itu .
"Jemput duduk. Saya nak tanya kebelakangan ni Fisya ada sakit dada atau batuk berdarah?". Tengku izka dan Puan Maria mengangguk laju . "Okay. Em apa yang saya cakap ni saya harap tengku dan puan dapat menerima dengan hati yang terbuka. Yang sebenarnya , Fisya menghidap Kanser Paru paru tahap 2".
Sebaik mendengar berita itu , Puan Maria menangis dibahu Tengku izka . Tengku izka juga sangat tidak menyangka penyakit kanser paru paru itu menimpa anak perempuannya. "Saya harap tengku dan puan dapat bersabar . Banyak kan berdoa supaya fisya dpt sembuh dengan cepat"ujar doktor itu .
"Habis doktor apa cara nak hilangkan kanser ni? Tolonglah doktor buatlah apa cara pun supaya anak saya dapat sembuh"rayu tengku izka .
"Saya minta supaya fisya datang ke hospital pada setiap minggu untuk kimoterapi. Yang lain saya akan uruskan . Tengku dan Puan jangan terlalu risau kerana kanser yang dihidapi fisya . Jika fisya selalu menghadiri kimoterapi , insyaallah fisya akan dapat sembuh. Buat masa seminggu ini, pihak hospital akan menahan fisya di hospital untuk pemerhatian kami"terang doktor itu .
Selepas mendengar keterangan dari doktor itu , tengku izka dan puan maria keluar dari bilik itu dengan sedih . "Uncle kenapa dengan fisya?"tanya dzik dengan risau. Tengku izka dengan perlahan lahan menepuk bahu dzik .
"Fisya menghidap kanser paru paru dzik". Semua orang terkejut dengan apa yang di katakan oleh tengku Izka . Dzik sudah bergenang air mata . Sofea, Zafri , seluruh keluarga dzik , farish dan isterinya juga menjadi berasa sedih .
Dzik yg tidak dpt menahan air matanya terus mengalirkan air mata dengan perlahan lahan . Kini hatinya sangat risau. Mereka semua masuk ke bilik dimana fisya ditempatkan untuk melawat kecuali dzik.
"Dzik tak nak tengok fisya ke?"tanya puan jannah kepada anaknya . "Dzik nak tengok fisya sendiri . Taknak ada orang lain. Biarlah diorang masuk dulu". Puan jannah faham dengan perasaan anaknya itu . Mereka pun pergi melawat fisya dahulu. Namun, fisya masih belum sedarkan diri lagi .
Keluar sahaja mereka dari melawat fisya, dzik pula ingin melawat . "Dzik , masuklah"kata tengku izka . Dzik pun mengangguk dan masuk ke bilik fisya . Dzik duduk bersebelahan dengan fisya. Hatinya sangat tidak kuat melihat keadaan fisya yang terlantar dikatil itu .
"Sayang , im here besides you . Saya tahu awak dengar walaupun mata awak tak terbuka. Jadi saya mintak awak kuat , i know you strong . Saya mintak awak bukalah mata. Mummy, daddy, abang farish and also me already miss you so much sayang". Dzik menitik kan air mata . Fisya yang belum sedar lagi itu pun tiba tiba mengeluarkan air mata .
Sesungguhnya mata fisya masih belum diizinkan oleh Allah untuk terbuka dan sedar tetapi dia mampu mendengar semangat yang diberikan oleh dzik sehingga menitiskan air mata . Dzik mengelap air mata fisya yang jatuh ke pipi fisya itu.
"Sayang saya keluar sekejap jumpa mummy and daddy awak tau". Dzik pun keluar untk berjumpa dengan Tengku izka dan Puan maria .
"Uncle aunty , dzik nk mintk izin untuk jaga fisya dekat hospital and bawak dia ke hospital bila ada kimoterapi , boleh?". Tengku izka memandang wajah isterinya untuk mengetahui jawapannya . Puan Maria dengan perlahan mengangguk sebagai tanda membenarkan dzik untuk menjaga fisya . "Terima kasih uncle aunty, dzik janji dzik akan jaga fisya sebaik mungkin"kata dzik .
"Uncle dengan aunty balik dulu ye dzik. Tolong jaga fisya elok elok ye . Bila fisya dah boleh keluar nanti terus bawak dia balik rumah tau". Dzik pun mengangguk dan menyalami tengku izka dan puan maria.
Dzik pun masuk balik ke bilik fisya.
"Sayang,buka lah mata". Dzik bisik ke telinga fisya. Selepas beberapa jam menjaga fisya akhirnya dzik tertidur di sisi fisya .Dzik tertidur di sisi fisya sehingga keesokan harinya. Ketika dzik masih lagi terlena, jari jelmari fisya mula bergerak."Dzik". Suara perlahan fisya mula kedengaran . Dzik terus terjaga. "Ye sayang. Im here"jawab dzik . "Saya lapar". Dzik pun dengan cepat keluar dari bilik itu dan terus pergi membeli makanan untuk fisya di kedai berdekatan.
Selepas 5 minit dzik kembalik ke bilik fisya. Dzik membantu fisya untuk membangunkan dirinya. "Sayang, makan bubur ni. Saya suap awak ok". Dzik menyuapkan fisya perlahan lahan . Muka fisya kelihatan sangat pucat . Selesai makan fisya diarahkan untuk memakan ubat. Selepas memakan ubat, fisya sambung tidur
YOU ARE READING
cinta ilahi
Romance"Tunggu saya dekat jannah ye sayang" -tengku fisya adriana binti tengku izka irham "Be my first and my last one?" -dzikri aqil bin dzakri alfi "Abang Zafri akan jaga fisya mcm mana dzik jaga fisya . i will give more than dzik. Insyaallah" -Zafri L...