Janji

1.9K 100 19
                                    

"SELAMAT PAGI ABANG PAIZO!" Rizu seperti biasa, awal pagi lagi dia sudah berada di rumah Kaizo, Fang dan juga Faye. Dia hari ini datang awal pagi kerana Fang akan menepati janji dia untuk membawa Rizu keluar berjalan-jalan di bandar Pulau Rintis. Fang asyik dilanda dengan masalah dan juga misi-misi abang dia sehingga dia sendiri terpaksa mungkir janji tetapi Rizu tidak sedih, kerana kejadian itu semuanya tidak dirancang. Rizu sangat memahami dengan situasi abang kesayangan dia. Hari ini dia berharap sangat Fang tidak akan mungkir janji lagi

"Abang Paizo tengah masak apa?" Rizu sibuk di dalam dapur untuk melihat Kaizo buat lobak merah goreng tepung "Abang Paizo tak letak garamkan?"

"Hmmm... kenapa? Tak boleh ke abang letak garam"

"Boleh kot tapi abang Paizo suka sangat letak garam satu botol. Kasihan abang Fang terpaksa telan semua masakan abang Paizo. Abang Paizo ni macam kakak Yaya tapi biskut Yaya, semuanya tak berani nak makan sebab takut nanti pengsan. Tapi masakan abang Paizo, semuanya berani nak makan sebab dia orang takut abang Paizo akan marah kalau dia orang cakap tak sedap. Dia orang takut abang Paizo bagi dia orang hukuman latihan tempur tapi kenapa Pizu tak pernah dapat hukuman latihan tempur? Kalau ada pun, sekali aje. Itu pun sebab Pizu buat salah dan Pizu relakan diri untuk jalani hukuman latihan tempur" Berkerut-kerut dahi Kaizo mendengar celoteh si budak comel yang sedang peluk anak patung penguin. Rizu teruskan sambung ceritanya "Tapi abang Paizo juga tak pernah nak bagi kakak Lynna hukuman latihan tempur. Kakak Lynna tidak pernah buat masalah dengan abang Paizo kan, sebab kakak Lynna baik orangnya. Kakak Lynna tak datang ke hari ini?"

"Rizu!" Rizu pusing kebelakang dan mata dia bersinar-sinar melihat Fang sudah munculkan diri di muka pintu dapur

"ABANG FANGG!" Rizu terus berlari ke arah Fang dan lalu dia memeluk Fang sepuas hati. Kaizo rasa tenang sedikit kerana Rizu sudah pun berhenti dengan coleteh dia yang panjang lebar "Abang Fang! Hari ini abang Fang nak bawa Pizu pergi berjalan-jalankan"

"Mestilah tapi kita sarapan pagi terlebih dahulu" kata Fang

"OK! Tapi abang Fang hati-hati makan dengan abang Paizo masak, takut abang Paizo letak garam sebotol-" Kaizo memotong percakapan Rizu

"Sudah! Kamu berdua boleh pergi sarapan pagi di kedai sahaja!" Kaizo keluarkan sedikit duit dan terus berikan kepada Fang "Ambik duit ni, pergilah nak makan apa yang kamu nak makan"

"WAH! Terima kasih abang Paizo" Rizu peluk Kaizo dan terus dia lepaskan. Kaizo melihat Rizu dan Fang berjalan keluar dari dapur. Mereka menuju ke pintu rumah "Nanti Pizu datang balik! NANTI PIZU BELIKAN MAKANAN KEGEMARAN ABANG PAIZO!" Fang membuka pintu rumah dan lalu mereka keluar dari rumah itu dengan hati yang riang. Akhirnya Kaizo rasa ketenangan telah melanda dirinya. Dia terus buatkan teh hijau untuk dirinya, sambil itu dia fikirkan apa yang dia patut buat hari ini. Latihan tempur? Tiap-tiap hari dia sudah jalani latihan tempur, sudah menjadi sebahagian kehidupan dia, fikir Kaizo. Keluar dengan kawan-kawan? Kawan dia cuma Lahap dan Lynna sahaja. Ajak mereka keluar berjalan? Tak rasa pelik ke orang lain melihat Lahap nanti, fikir Kaizo

"Duduk rumah baca novel hantu ajelah" itulah keputusan terakhir dari Kaizo. Air teh hijau dia sudah siap dibuat. Kaizo mengangkat cawan teh hijau dia dan lalu dia meletakkan teh hijaunya di ruang tamu. Dia masuk balik ke dalam dapur untuk mengambil lobak merah yang baru di goreng oleh dia tadi. Dia akan menikmati ketenangan ini semasa ketiadaan Fang, Faye dan juga gangguan lain

--------------------------------------

"DONUT LOBAK MERAH! TIADA SIAPA NAK MARAH! INI DUNIA KU! KEBAHAGIAN KU!" Fang sabar sahaja dengan Rizu yang asyik nyanyi lagu tema donut lobak merah dari tadi lagi. Dia rasa nak jerit dekat Rizu tapi dia tidak sampai hati buat begitu terhadap Rizu kerana dia sayangkan Rizu. Lalu dia pun turut ikut Rizu nyanyi sekali lagu tema donut lobak merah. Mereka terus pergi ke kedai Tok Aba terlebih dahulu untuk bersarapan pagi

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now