Suasana di Pulau Rintis, sangat indah sekali dengan bunyi-bunyian daripada haiwan-haiwan di sekitar pulau itu. Semuanya sedang sibuk mencari makanan, minuman atau hanya berjalan-jalan sahaja di situ. Shadow dan Pikachu sudah keluar bermain di kawasan halaman rumah Kaizo dan Fang. Manakala Lily si itik sedang bersihkan bulu-bulu dia di bawah meja dapur. Idoli ada di bawah meja juga. Dia telah bertukar menjadi kucing untuk membersihkan bulu-bulu dia
"Kenapa dengan budak ni.. aku suruh mandi, dia pergi jilat bulu dia" kata Kaizo dengan nada marah dia "Degil betul si anak kucing ni. Sama macam si Pang tu"
"Hehehee.. adik memang degil pun tapi degil macam mana pun, abang tetap sayangkan adik. Betul tak?" Fang ada di situ sambil duduk di atas kerusi, menikmati roti sandwich tuna dia untuk sarapan pagi dia
"Betul tu.. Lily sokong sahaja" Terus dia sambung balik jilat-jilat tangan dia seperti kucing. Dia ada duduk di atas kerusi sebelah Kaizo
"Macam mana si pelik ni ada dekat sini?" tanya Kaizo sambil angkat kening sebelah "Siapa bawa si kucing besar ni masuk ke dalam rumah kita?"
"Faye yang bawa dia masuk" jawab Faye
"Kenapa kau bawa dia masuk?"
"Ala abang Kaizo ni.. kalau Faye tak bawa dia masuk, nanti dia akan melalak dekat luar tu. Abang Kaizo juga yang akan bising-bising sebab dia bising dan tahap kebisingan Lily memanglah tahap peringkat antarabangsa! Tiada siapa yang boleh melawan tahap kebisingan Lily!"
"Betul tu! Lily sokong sahaja" kata Lily sambil tersenyum lebar
"Hmm.. kau ke sini untuk apa? Nak huru harakan keadaan?" Kaizo dengan begitu baiknya, dia ambil sekeping roti dan lalu dia sapu tuna di atas roti itu "Mentang-mentanglah hari minggu, bolehlah kau datang ke sini untuk bisingkan keadaan tapi hari biasa pun, kau sama sahaja. Tetap akan datang juga ke sini walaupun kawan-kawan kau yang lain semuanya sekolah petang dekat sini tapi... bolehlah kau tolong jagakan si Idoli dan Rizu semasa aku pergi jalankan latihan tempur" Dia lipat roti itu dan lalu potong kepada dua "Nah, ambik sandwich ni.. makan dan kunyah elok-elok"
"ERK!" Terkejut Lily "Ba-baiknya abang Kaizo ni"
"Kenapa? Kau ingat abang aku tu tak baik ke" Fang gigit sandwich tuna dia sambil melihat Lily mengambil sandwich tuna dari tangan Kaizo
"Hehehe.. takdelah, hari ni tiba-tiba abang Kaizo baik semacam. Buatkan sandwich untuk Lily... adakah ini adalah mimpi atau reality? atau sebenarnya Lily berada di dalam mimpi abang Kaizo? OH TIDAKKKKK!" Idoli terus sumbat sandwich tuna di dalam mulut Lily. Dia baru berubah menjadi manusia kucing "Sedap juga tuna ni, tiada kemasinannya. Betul ke abang Kaizo yang buat ni?"
"Bukan abang Kaizo yang buat tapi abang Fang yang buat. Abang Kaizo cuma duduk goyang kaki sahaja" Berkerut-kerut dahi Kaizo dengan jawapan daripada Idoli tadi "Kakak Lily suka? Nanti Idoli suruh abang Fang buat lagi"
"Hehehe.. takpelah, satu pun sudah cukup" Lily tersengih di situ "Oh yea, hari ni kita tiada rancangan terbaik ke?"
"Takde" balas Fang dengan suara serius dia "Kalau kau nak rancangan terbaik, suruh si Boboiboy buat rancangan terbaik"
"Hmmm... betul juga sebab rancangan si landak selalu tak terbaik. Mesti akhir-akhir nanti landak akan dikena hukuman latihan tempur dari abang dia sendiri" kata Lily sambil angguk-angguk kepala dia "Memang menyedihkan... hehehe.. apa boleh buat, landak ni memang landak malang. Selalu tak sehebat macam MY BBB-CHAN!" Hati Fang panas di situ
"Kalau kau fikirkan dia hebat sangat, pergilah rumah dia"
"Tak perlu landak, Lily sudah menjemput semua rakan-rakan untuk bersarapan pagi di situ" Kaizo tersembur teh hijaunya ke muka Lily "Adeh... muka Lily juga yang jadi mangsa"
YOU ARE READING
Aku Abang, Kau Adik (Season 3)
FanfictionSeason 3 sudah bermula! YEAHHH! Kali ini dengan kisah-kisah lebih menarik dari Fang dan Kaizo (dan juga rakan-rakan mereka) di bumi! Full of brotherly love/madness and friendship!