Blackbird singing in the dead of night
Take these broken wings and learn to fly
All your life
You were only waiting for this moment to ariseBlackbird singing in the dead of night
Take these sunken eyes and learn to see
All your life
You were only waiting for this moment to be freeBlackbird fly
Blackbird fly
Into the light of the dark black nightBlackbird fly
Blackbird fly
Into the light of the dark black night.Blackbird singing in the dead of night
Take these broken wings and learn to fly
All your life
You were only waiting for this moment to arise
You were only waiting for this moment to arise
You were only waiting for this moment to arise"Terima kasih abang sebab nyanyikan untuk adik"
"Sama-sama adik" Kaizo bangun dari katil adiknya. Dia tarik selimut dari katil itu dan lalu menyelimutkan adiknya "Kau pergi tidur. Esok kau tak perlu pergi ke sekolah" Kaizo cium dahi adiknya
"Baik abang" Fang pejam matanya. Badan dia tidak larat untuk bangun kerana pada hari itu, dia jatuh sakit akibat demam. Kaizo yang pergi ambil dia dari sekolah. Dia yang juga suruh Rizu dan Idoli jangan terlalu bising sangat kerana Fang perlukan keadaan yang tenang untuk berehat. Kaizo secara senyap, dia keluar dari bilik adiknya dan lalu menutup sedikit pintu bilik itu
"Dia sudah tidur?" tanya Lynna yang ada di depan bilik Fang
"Sudah" balas Kaizo "Mana Rizu dan Idoli?"
"Mereka tidur dekat sofa tu" Kaizo terus pandang ke ruang tamu dari balkoni atas "Dia orang cakap, tak nak ganggu Fang. Terus dia orang tidur sekali. Comel aje budak dua orang tu"
"Hmmm... biarkanlah mereka" Kaizo terus berjalan dengan Lynna untuk turun ke bawah "Terima kasih sebab buatkan bubur lobak merah untuk Fang"
"Sama-sama.. tapi kenapa kau sendiri tak buatkan untuk adik kau. Mesti dia akan lagi suka dengan masakan kau"
"Sebab bubur lobak merah kau lagi sedap daripada aku punya" kata Kaizo dengan nada serius dia tetapi Lynna boleh nampak senyuman kecil dari bibirnya "Esok ajelah aku buatkan bubur untuk dia"
"Oklah tu.. jadi esok kau tak nak aku bawakan apa-apa?"
"Tak perlu" kata Kaizo. Kaki dia sudah sampai di ruang tamu rumah "Oh yea, terima kasih kerana jagakan budak-budak ni semasa aku pergi ambik Pang dekat sekolah"
"Sama-sama Kaizo" jawab Lynna dengan nada lembutnya "Kalau kau nak minta tolong apa-apa lagi, panggil aje aku. Aku bersedia untuk membantu kau. Nanti aku hantar Rizu balik"
"Takpelah, biarkan ajelah dia tidur dekat sini. Lagipun ibu dia tiada di rumah dan baju sekolah dia pun ada dekat sini" Kaizo melihat Rizu dan Idoli tidur di atas sofa panjang sekejap, lalu dia pergi masuk ke dalam dapur. Lynna ikut dia dari belakang. Shadow dan Pikachu sedang tidur di bawah meja makan, manakala Lily si itik tidur di dalam bilik Faye
"Kasihan kau, menjadi seorang abang kepada 3 orang adik.. 1 adik kandung, 2 adik angkat.. hehehehe... tapi kau jaga Rizu dan Idoli, macam jaga anak kau sendiri sahaja. Kau tidak pernah hendak memarahi mereka berdua" Lynna duduk di kerusi meja makan
"Anak sendiri? Apa yang kau mengarut ni, aku mana ada fikirkan tentang anak" Kaizo membuka peti sejuk untuk membawa keluar segelas air lobak merah "Tapi.. kau pun apa kurangnya, jaga mereka seperti anak kau sendiri juga" muka Lynna menjadi merah kerana rasa malu
![](https://img.wattpad.com/cover/92261868-288-k704603.jpg)
YOU ARE READING
Aku Abang, Kau Adik (Season 3)
FanfictionSeason 3 sudah bermula! YEAHHH! Kali ini dengan kisah-kisah lebih menarik dari Fang dan Kaizo (dan juga rakan-rakan mereka) di bumi! Full of brotherly love/madness and friendship!