Begitu meriah sekali melihat suasana kedai Kokotiam Tok Aba. Meja dan kerusi sudah tersusun rapi di hadapan kedai itu. Meja-meja itu di susun supaya menjadi panjang. Makanan sudah terhidang di atas meja dan ramai kawan-kawan Fang sudah pun sampai di situ. Mereka berborak, bergelak ketawa sesama sendiri dan ada juga melayan perasaan diri sendiri. Budak-budak perempuan sedang sibuk menyusun pinggan, mangkuk dan cawan di atas meja panjang itu. Makanan yang dibawa oleh mereka adalah masakan mereka sendiri dan ada juga yang beli dari pasar Ramadhan. Hari ini adalah hari pertama mereka dapat berbuka puasa bersama. Fang dan Kaizo sudah pun tiba di situ dengan makanan yang mereka bawakan iaitu macaroni bakar. Mereka telah diberikan amaran, bawa makanan selain daripada sup lobak merah, bubur lobak merah ataupun donut lobak merah. Fang tersenyum melihat abang dia begitu segak sekali memakai jubah berwarna biru pekat dan dia pula hanya memakai baju melayu tanpa sampin
"Abang Paizo dah sampai!" Rizu melompat-lompat di hadapan Kaizo "Abang Paizo nampak handsome lah! Hehehee... Abang Paizo kena tengok kakak Lynna, kakak Emmy, kakak Lily dan kakak Bella" Dia terus mengheret tangan Kaizo untuk pergi ke kedai Tok Aba
"Kenapa dengan dia orang?" tanya Kaizo dengan nada serius dia
"Abang.. cubalah jangan nak berserius sahaja. Cuba jadi ceria macam adik. Abang patut bangga dengan adik bahawa adik tidak marah-marah ataupun mengamuk dalam masa sehari! Tengok.. adik masih ceria lagi" Fang tersenyum lebar kepada abangnya
"Eloklah tu.. takdelah abang nak mengamuk aje dengan hal kenakalan kau" Kaizo memberikan renungan yang tajam kepada adiknya sehingga membuatkan Fang tersengih di situ "Tapi kalau boleh, abang tak nak melihat kau terlampau nakal sangat, faham?"
"Faham abang ku.." Fang teruskan berjalan di sebelah abangnya. Mata dia terpandang empat orang gadis yang dia kenali tetapi hari ini mereka kelihatan ayu dan bertambah seri-seri di wajah mereka "Ko-korang.."
"Dia orang nampak ayu kan?" tanya Yaya yang muncul di sebelah Fang
"Ha ah, dia orang nampak lain daripada yang lain tapi sudah semestinya kak Lynna lebih cantik dan ayu. Berseri-seri kak Lynna" Lynna tergelak apabila dia terdengar pujian daripada Fang tadi. Fang memang terpegun melihat Lynna, Emmy, Bella dan Lily memakai tudung pada hari ini dengan pakaian baju kurung mereka. Dia seperti melihat empat orang bidadari turun dari langit
"Hehehee... sudahlah tu Fang, karang ada juga ketuk kepala kau nanti"
"Siapa nak ketuk kepala aku?"
"Abang kau lah" balas Yaya. Lalu dia beredar dari situ kerana ingin pergi menolong Ying
"Bila masa abang aku nak ketuk kepala aku" Fang bersilang tangan sambil memerhatikan Lynna, Emmy, Bella dan Lily lagi. Secara tidak langsung, kepala dia di ketuk oleh seseorang iaitu abang dia sendiri. Fang berikan renungan dia kepada abangnya "Abang memang saja nak ketuk kepala adik kan"
"Dah tu, kau asyik perhatikan mereka sahaja. Macam harimau sudah menjumpai mangsa dia.. cubalah pergi tolong kawan kau tu"
"Yelah yelah... cakap ajelah yang abang tak bagi adik tengok kak Lynna lama-lama" bisik Fang Kaizo terus ketuk kepala adiknya lagi sekali "Cheh, dia boleh dengr bisikan aku tadi"
Fang terus pergi ke meja makan untuk letakkan macaroni bakar dia. Fang melihat Idoli sedang bermain dengan adik Yaya iaitu ToToiToy. Mereka berdua sedang main kejar kejaran di sekitar kedai Tok Aba. Faye pula sedang menyusun makanan-makanan di atas meja. Yaya dan Ying sudah meletakkan beberapa jug air. Semuanya dalam air yang berbeza dan dia pasti, air tembikai itu mesti Lynna yang bawa. Emmy membawa mini pizza cendawan dia untuk di letakkan di atas meja makan
"Hai Fang" Mata Fang terus melirik ke tepi. Wajah seseorang yang dia sudah lama tidak nampak "Kau apa khabar?"
"Aku ok aje Zakwan.. tapi bila masa kau ada dekat sini?"
YOU ARE READING
Aku Abang, Kau Adik (Season 3)
FanficSeason 3 sudah bermula! YEAHHH! Kali ini dengan kisah-kisah lebih menarik dari Fang dan Kaizo (dan juga rakan-rakan mereka) di bumi! Full of brotherly love/madness and friendship!