Pengawas

1.4K 92 4
                                    

Fang dengan bangganya, dia menunjuk tag pengawas percubaan dia kepada Boboiboy dan Gopal. Dia tersenyum sinis kepada mereka berdua "Siapa kata aku tak boleh jadi pengawas? Aku boleh jadi pengawas yang terhebat dekat sekolah! Hahahaaaa!" Boboiboy dan Gopal yang baru sahaja duduk di bangku sekolah, sudah sampai Fang untuk menunjuk-nunjuk tag dia

"Eleh, baru pengawas percubaan.. bukan pengawas betul pun"

"Kau cemburu ke?" kata Fang kepada Gopal dengan nada sindiran dia "Cakap ajelah, kau tu cemburu"

"Buat apa aku nak cemburu. Baik aku jadi pelajar biasa, bebas sikit hidup aku daripada jadi pengawas, ketua kebersihan kelas, ahli club bola keranjang, ahli club muzik, ahli club me-" Fang terus menekup mulut Gopal

"Wei, tak payahlah cakap aku masuk club memasak pulak. Nanti jatuh imej cool aku"

"Itu pun kau nak malu. Tahun lepas tu kau menang dalam pertandingan buat pastry, tak rasa malu pulak kau" kata Boboiboy sambil lepaskan tangan Fang dari mulut Gopal "Wei Fang, berapa banyak club kau masuk? Sampai kau mintak balik jawatan ketua kebersihan kelas dekat Ying balik"

"Heheheehe... bukan banyak pun.. cuma..." Fang kira berapa banyak club dia masuk "Ada 3 aje kot aku masuk. Tak banyak kan?"

"Tak banyak pun tapi jawatan ketua kebersihan kelas tu? Apasal kau tamak sangat?" tanya Boboiboy sambil angkat kening sebelah

"Sebab akulah orang paling layak sekali memegang jawatan itu. Kau tengoklah, betapa bersihnya kelas tingkatan 1 Amal. Sentiasa bersih dan teratur dengan adanya aku. Tiada siapa dapat kalahkan kebersihan aku yang begitu bersih diantara yang terbersih di dunia ni. Hahahahahaaaaa!" Boboiboy dan Gopal merenung tajam ke arah Fang yang tak habis-habis nak berlagak

"Wei Fang, kau ni ada OCD yea" tanya Gopal

"Bila masa aku ada OCD" jawab Fang "Aku ni cuma rajin ajelah, aku tak suka kalau tengok kelas bersepah. Dekat rumah pun sama, abang aku tu kaki sepahkan rumah. Yang kena kemas, aku juga. Dia yang sepahkan, aku yang kena kemaskan. Apa punya abanglah. Lain kali, kemaslah sendiri. Kalau tak kemas, dia yang bising tapi aku dengan rela hati, aku akan kemaskan rumah aku yang bersepah itu!"

"Oh, kau kutuk abang yea" muncul Kaizo di belakang Fang tetapi Fang tidak sedar dengan kehadiran abangnya "Kau cakap abang tak reti nak kemas yea"

"Ha ah, abang aku memang tak reti nak kemas. Entah apa dia buat dekat rumah, sampai bersepah jadinya" Boboiboy dan Gopal suruh Fang berhenti bercakap dan tunjuk-tunjuk di belakang dia "Korang apasal? Macam nampak hantu aje"

"Bukan hantulah tapi abang kau"

"Abang aku? Abang aku dekat rumahlah, Boboiboy. Entah-entah dia dekat kapal angkasa tengah sepahkan dekat situ juga. Rumah dah habis dia sepahkan, dia pergi dekat kapal angkasa pula. Apalah abang aku tu.. cubalah rajin kemas-kemaskan rumah dan kapal angkasa dia tu" mengeluh Fang. Kaizo sudah berapi-api dengan adiknya. Boboiboy dan Gopal sudah larikan diri sebab mereka takut pula melihat aura-aura kegelapan Kaizo keluar dari tubuh badannya "WOI! APASAL KORANG LARI?"

"DIA ORANG LARI SEBAB KAU TU TAK RETI NAK JAGA MULUT!" Fang terkejut dengan suara garang abangnya. Dia tersengih sambil menoleh kebelakang "BARU KAU SEDAR YEA!"

"Heheheee... maaf abang, adik tak kutuk pun tadi. Adik cakap sahaja"

"Oh, tak kutuk yea. Takpe, bagi abang akan bagi kamu hukuman nanti. Latihan tempur selama 1 bulan"

"Latihan tempur?" datang cikgu Aiman. Cikgu sejarah kelas Fang "Kamu ni abang kepada anak murid saya yea"

"Yea, saya Kaizo" Kaizo menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan cikgu Aiman tersebut "Kamu pula siapa?"

Aku Abang, Kau Adik (Season 3)Where stories live. Discover now