Fang tidak begitu yakin dengan idea dari Rizu. Adakah orang ramai akan berhenti dan singgah ke food truck dia atau lalu sahaja. Rizu telah mencadangkan untuk menjual air minuman iaitu milk shake. Bukan sahaja milk shake, ada juga strawberry milk shake, chocolate milk shake, peanut butter milk shake, cookies and cream milk shake, vanilla milk shake, banana milk shake, nutella milk shake dan bermacam-macam lagilah. Fang mahu menegur dengan idea itu tetapi Rizu begitu teruja sangat sehingga dia melompat-lompat di sekitar ruang tamu rumah Fang dan Kaizo. Dia seperti terlebih makan gula
"ABANG PAIZO! ABANG PAIZO! ABANG PAIZO!" jerit Rizu sambil melompat-lompat di atas sofa
"Fang, adik kesayangan kau ni makan apa sampai hyper macam tu?" tanya Boboiboy yang sedang duduk di kerusi meja makan di luar dapur
"Ini kes sebab aku sama markah dengan Yaya, Ying dan Bella. Segala keputusan akan dibuat oleh Rizu" terus Fang menghantuk-hantuk kepala dia di atas meja makan "Apasal kita orang sama markah. Apasal markah dia orang tak rendah daripada aku"
"Haiyaaa... fikir macam itu pulak" Ying gelengkan kepalanya
"Entah si Fang ni..." kata Yaya pula
"Sudah sudah lah tu korang. Asyik nak bergaduh pasal markah tinggi aje, pening kepala aku. Sekarang ni kan kita nak bincangkan tentang pesta makanan nanti. Macam mana dengan idea Rizu tadi, semua setuju ke?" Boboiboy melihat kawan-kawan dia yang berkumpul di meja makan ruang tamu
"EMMY SETUJU SAHAJA!" kata Emmy sambil mengangkat tangannya
"Aku pun!" Gopal turut ikut sama seperti Emmy "Asalkan ada benda yang boleh aku makan ataupun minum!"
"Aku tak kisah, asalkan nutella milk shake wajib ada dalam menu kita nanti!" Tekak Bella terasa ingin makan sesuatu yang ada kena mengena dengan Nutella, makanan kegemaran dia
"Faye ikut sahaja"
"LILY PUN! Lily ikut sahaja keputusan dari tuan pengerusi kita iaitu BBB-CHAN!"
"Heheehee.." Boboiboy tersengih sahaja "Tapi tuan pengerusi kita ialah Rizu" Semua pandang ke arah Rizu yang masih lagi melompat-lompat di atas kerusi sofa
"Aku ok aje tapi... apa nama food truck kita nanti?" tanya Harraz yang telah dilantik sebagai cashier nanti
"SUPERHEROES SHAKES!" jerit Rizu sambil melompat-lompat lagi. Lalu dia berhenti melompat kerana sudah penat. Dia tercungap-cungap sedikit dan terus mengambil nafas yang amat panjang "Masa Pizu main lompat-lompat, Pizu sudah fikirkan nama food truck kita. Ok tak? atau nak nama lain.. Pizu ada nama lain"
"Apa nama lain tu Rizu?" tanya Fang
"PAIZO, PANG DAN PIZU!" Boboiboy dan Fang terus menepuk dahi mereka. Gopal berikan merenungan tajam kepada Rizu. Yaya, Ying, Bella, Faye, Emmy, Lily dan Harraz gelak dengan nama lain untuk food truck mereka "Best tak nama tu?"
"Nama tu tak sesuai untuk food truck mereka" Kaizo muncul dari dapur "Tapi aku suka dengan nama Supeheroes Shakes tu. Bagus Rizu, abang sangat bangga dengan kau" Mata Rizu bersinar-sinar kerana dia telah dipuji oleh Kaizo "Memang berbaloi abang pilih kamu untuk idea food truck nanti. Kalau dia orang, entah apa yang mereka akan lakukan. Rizu sebagai ketua kamu semua. Ikut apa sahaja yang dia inginkan"
"Habislah kau macam ni" bisik Gopal "Adeh, budak kecik juga jadi boss kita orang"
"Hehehee... terbaik" Boboiboy tergelak kecil sambil melihat kepal Rizu diusap-usap oleh Kaizo "Semua sudah setuju dengan idea Rizu, kita on sahaja!"
"Tapi takde makanan ke nanti?" tanya Yaya "Aku boleh aje buat 2 atau 3 kek nanti"
"Ok juga cadangan Yaya tu. Aku pun boleh buat juga nanti"
YOU ARE READING
Aku Abang, Kau Adik (Season 3)
FanficSeason 3 sudah bermula! YEAHHH! Kali ini dengan kisah-kisah lebih menarik dari Fang dan Kaizo (dan juga rakan-rakan mereka) di bumi! Full of brotherly love/madness and friendship!