Iqa meneruskan langkahnya dengan laju ke tempat parking.
Seperti dikejar perogol bersiri.
Air matanya jatuh berjurai,
tidak lagi dia sanggup menahan ia bergenang di kelopak.Teringat kata-kata Afiq;
"I mintak maaf, I tak boleh nak teruskan hubungan kita. I tak boleh nak lupakan perempuan tu."Iqa meraung di dalam hati.
Hatinya seperti disiat-siat.
Bagaikan sembilu mencucuk di dada.
Sakit."Senangnya you cakap, habis selama ni sia-sia jelah hubungan kita? Dua tahun kita bersama, tapi you pilih perempuan yang baru dua bulan you kenal?. Sanggup you buat I macam ni..."
Afiq hanya diam, dia merenung ke dalam pinggan yang berisi pasta aglio olio yang belum disentuhnya.
Buntu.Iqa meneruskan perbualannya.
"I taknak hubungan kita berakhir macam ni je, I bagi you peluang untuk you fikir masak-masak. I tahu you tengah buntu sekarang ni, maybe sebab perempuan tu dah berjaya mempengaruhi fikiran you sampai you rasa you dah tak perlukan I lagi. Afiq, bila I tahu you ada perempuan lain, I tak marah...sebab I rasa I tak ada hak untuk marah you. Selagi you tak jadi husband I, you berhak untuk pilih dengan siapa you nak berkawan. Sebab you bukan milik I sepenuhnya. Mungkin kehadiran perempuan tu dalam hidup you adalah salah satu ujian untuk you. Tapi you baru kenal dia Fiq, jangan sebab kecantikan dia pemikiran you dikaburi sehinggakan you tak boleh nak buat keputusan yang betul. Kita dah nak bertunang Fiq, kalau mama dengan abah tahu macam mana? Apa yang I nak bagitau dekat diaorang nanti? And apa yang you nak cakap dekat mama and papa you? Fikirlah Fiq, jangan buat keputusan terburu-buru. I tahu you berada dalam keadaan confuse sekarang ni, I tak tahu apa yang perempuan tu cakap dekat you sampai you sanggup nak tinggalkan I. Sampainya hati you..."Panjang bebelan Iqa.
Air mata dia bergenang, namun masih lagi dia mampu menahan dari mengalirkannya.Afiq merenung Iqa.
Dia mengeluh.
"You terlalu baik untuk I Iqa, I taknak teruskan hubungan ni sebab I tak sanggup lagi nak lukakan hati you."Iqa terkedu mendengar jawapan daripada Afiq.
"Tapi kita boleh perbaiki hubungan kita kan? You tak sayangkan I ke Fiq?"."I lebih sayangkan perempuan tu".
Pang! Seperti petir menyambar ke tubuh Iqa.
Perit."I tak tahu nak cakap apa lagi, senang gila you bagi alasan macamtu. I rasa pemikiran you ni memang dah diracuni oleh perempuan tu. It's up to you, you berhak untuk pilih siapa yang terbaik bagi you. Thanks for everything."
Iqa tidak tahan lagi untuk meneruskan perbualannya dengan Afiq.
Dia terus bangun meninggalkan Afiq.
Pinggannya yang berisi pasta carbonara itu langsung tidak disentuhnya.
Walaupun itu adalah makanan kesukaannya.
Seleranya mati.Afiq masih terpinga-pinga di kerusinya.
Masuk sahaja ke dalam kereta, Iqa terus menghidupkan enjin.
Keluar daripada parking Sunway Pyramid, baru dia perasan.
Hujan lebat di luar.
Selebat air mata Iqa yang membasahi pipi mulusnya.
Langit seakan mengerti isi hati Iqa.
![](https://img.wattpad.com/cover/93240649-288-k888825.jpg)
YOU ARE READING
Redha atau Pasrah?
Short StoryMereka keliru antara redha dan pasrah. Redha itu ikhlas dari hati. Pasrah itu bila kau menyerah.