BAB 10

110 1 0
                                    

Iqa pulang ke rumah dengan wajah sugul. Dia langsung tiada mood untuk bercakap dengan Shikin walaupun dia tahu gerak-gerinya sedang diperhatikan oleh sahabat baiknya itu. Dia penat, terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum esok. Tambahan pula jam 10 malam baru dia dapat pulang ke rumah.

Iqa terus ke dapur untuk mengambil minuman. Sedang asyik dia meneguk air minuman yang ditekan daripada air penapis Coway, Shikin datang menyapanya dari belakang.

"Dahaga sangat kau ni, aku kat depan pun kau tak nampak." Tegur Shikin.
Iqa hanya tersengih dengan teguran sahabatnya itu. Malas mahu melayan rajuk Shikin. Selesai sahaja minum dia terus menarik kerusi meja makan dan meminta untuk Shikin duduk bersamanya.

"Kin, duduk kejap, aku nak bagitahu something." Iqa mengajak Shikin untuk duduk di hadapannya.

"Lain macam something kau ni, kau nak cakap apa?" Tanya Shikin sambil menarik kerusi yang berhadapan dengan Iqa.

"Kalau aku cakap ni kau jangan terkejut, chill je okey?" Iqa pun tidak tahu bagaimana untuk memulakan ayat untuk memberitahu Shikin tentang perkahwinan Afiq dengan pilihan hatinya.

"Kau ni mengada-ngadalah, cakap jelah." Marah Shikin, hdia pun sudah tidak sabar untuk tahu apa yang mahu dikatakan oleh Iqa. Tengok pada gaya Si Iqa macam penting sahaja perkara yang ingin diberitahu. Shikin masih sabar menunggu.

"Afiq nak kahwin." Jawab Iqa pendek.

"Dia ajak kau kahwin? Oh my God! Lepastu kau terima tak?" Hampir melompat Shikin mendengar apa yang diberitahu oleh Iqa.

"Dia nak kahwin dengan pilihan hati dia, bukan aku." Jawab Iqa dengan suara yang mendatar.

Shikin hanya terdiam setelah mendengar jawapan daripada Iqa. Dia tidak menyangka Afiq memilih perempuan lain, bukannya sahabat baiknya itu yang dulunya dia cinta dan sayang.

"Dia hantar kad kahwin thru Whatsapp, aku bagitahu kau ni sebab nak ajak kau pergi wedding dia."
Sambung Iqa apabila dia melihat Shikin hanya diam setelah mendengar jawapan kepada persoalan tadi.

"Bila?" Tanya Shikin pendek.

"Hujung minggu nanti Kin." Jawab Iqa.

"Ala...aku balik kampung, dah janji dengan mak aku. Aku ingat lambat lagi wedding ni, tapi takkan kau nak pergi sorang?" Kata Shikin dengan perasaan yang serba salah.

"Oh takpelah kalau kau balik kampung. Aku nak ajak mama dengan abah tapi diaorang dekat Singapore sampai minggu depan. Kalau macam tu aku pergi sorang lah." Iqa hanya tersenyum untuk menenangkan hati sahabatnya itu.

"Betul ni?" Shikin seakan ragu-ragu dengan keputusan Iqa.

Iqa hanya mengangguk untuk menjawab pertanyaan Shikin.

"Kau sabar eh Iqa, maybe ada hikmah semua benda ni jadi dekat kau. Ni semua ujian daripada Allah, dia tahu kau kuat...sebab tu dia bagi ujian macam ni dekat kau. Walaupun berat untuk kau terima tapi aku tahu kau memang kuat untuk lawan perasaan sedih kau. Aku doakan kau akan jumpa lelaki yang baik lepasni, yang betul-betul boleh jaga kau." Hujan Shikin dengan panjang lebar.

"InshaAllah, terima kasih Kin." Jawab Iqa dengan perasaan yang terharu.

Redha atau Pasrah?Where stories live. Discover now