BAB 4

135 1 0
                                        

Iqa dikejutkan dengan laungan azan daripada telefonnya melalui aplikasi Muslim Pro.
Terus dia bingkas bangun mencapai tualanya yang berwarna merah jambu lalu menuju ke toilet.
Usai solat subuh, Iqa terus bersiap untuk ke tempat kerja.
Lama dia memandang cermin.
"Ya Allah, mata aku!"
Jerit Iqa.
Matanya bengkak kerna menangis terlalu lama malam tadi.

"Kau kenapa ni Iqa? Kenapa menjerit? Kau okey tak?"
Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Shikin.
Pintu bilik Iqa dibuka oleh Shikin tanpa diketuknya dahulu.
Dia terkejut mendengar jeritan Iqa.

"Aku okey je, mata aku bengkak sikit."
Jawab Iqa.
Shikin menuju ke arah Iqa dan membelek muka sahabatnya itu.
"Sikit kau cakap macam ni? Bengkak teruk ni Iqa. Kau menangis lagi eh malam tadi?"
Soal Shikin.

"Takdelah, takpe aku okey je."
Iqa terpaksa berbohong takut dibebel oleh Shikin lagi.
"Yela tu, aku bukan baru kenal kau harini tau. Cepat bersiap, kita breakfast sama-sama, aku masak nasi goreng tadi."

"Wah, patutlah bau sedap je dari dapur. Hehe thanks babe, okey aku nak make up kejap."
Perut Iqa berkeroncong dek kerana tidak makan dari petang semalam.
Dia hanya menjamah cucur udang pada sebelah pagi sebelum keluar berjumpa dengan Afiq.
Cepat-cepat dia memakai tudung dan terus ke dapur.

Selesai menikmati sarapan pagi, mereka sama-sama turun ke tempat parking.

"Bye Iqa, elok-elok drive tau. Jumpa balik nanti."
Shikin melambai kepada Iqa.

"Alright, you too."
Jawab Iqa sebelum masuk ke dalam kereta.
Mereka berpisah di tempat parking kerana masing-masing parkir kereta berjauhan.

Iqa memandu kereta dalam keadaan tenang, seperti biasa jalan akan jem di hadapan Kelana Jaya Medical Centre apabila dia mahu susur keluar ke lebuhraya LDP.
Iqa memasang radio untuk memecah kesunyian di dalam kereta.
Maklumlah memandu berseorangan.
Seperti biasa dia akan membuka stesen radio kegemarannya iaitu Fly.fm,
Iqa mudah terhibur dengan DJ Hafiz, Dennis dan Guibo.
Setiap pagi dia tidak jemu mendengar telatah mereka untuk siaran Fly Wolfpack Best Bits.
"So call us at +603 7724 1144 to share what is the worst breakup excuses have you ever had before."
Kata salah seorang daripada DJ radio Fly.fm.
"Wait...whattt?! Aku salah dengar ke?"
Iqa terkejut lantas dia menaikkan volume radio.
Setelah mendengar dengan teliti perbualan di antara DJ dan pemanggil, Iqa tersentak.
'Kenapa harini jugak soalan ni keluar?'
Desis Iqa.
Dia seakan terusik dengan soalan yang diberikan di corong radio.
Lantas dia terus menukar ke siaran radio yang lain.

Redha atau Pasrah?Where stories live. Discover now