"Shikin, aku gerak dulu ya. Jumpa petang nanti."
Tegur Iqa kepada Shikin yang sedang memakai tudung.
"Eh awalnya nak keluar?"
Tanya Shikin.
"Saja nak masuk office awal, banyak kerja Kin."
Iqa keluar rumah awal hari ini.
Bimbang dia disoal oleh Shikin tentang kejadian semalam.
Bukan apa, dia masih belum bersedia untuk memberitahu Shikin tentang perkahwinan Afiq.
Pasti Shikin marah.
'Balik nantilah aku bagitahu Shikin.'
Desis Iqa dan berlalu keluar dari rumah.Sampai sahaja di office, Iqa terus menuju ke pantry untuk mengisi perutnya yang kosong.
Dia membancuh milo untuk dimakan bersama biskut cap ping pong."Morning Iqa, makan biskut je ke?"
Sapa Kak Sha.
"Ha'ah kak, akak breakfast apa?"
Jawab Iqa sambil tersenyum.
"Ni haa, akak beli nasi lemak kat bawah tadi."
Jawab Kak Sha sambil meletakkan bungkusan nasi lemak di atas meja."Iqa, akak nak tanya sikit boleh?"
Serius sahaja muka Kak Sha memandang Iqa.
"Apa dia kak?"
Dahi Iqa berkerut menantikan soalan daripada Kak Sha.
"Si Amar tu ada kacau kamu lagi tak?"
Tanya Kak Sha sambil menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya.
"Oh, takdelah kak. Kenapa akak tanya macamtu?"
Tanya Iqa pelik.
"Akak tengok Amar tu dah lain lah sekarang. Dia dah tak kacau perempuan-perempuan kat sini. Haritu pun akak nampak dia curi-curi pandang Iqa. Dia minat dekat Iqa agaknya."
Jawab Kak Sha panjang lebar.
"Betul ke akak? Dia pandang orang lain tu, akak salah nampak kot..."
Iqa menjawab sambil bangun untuk mencuci gelasnya di singki.
Dia merasa tidak selesa apabila Kak Sha bertanyakan tentang Amar kepadanya.
"Kalau Iqa tak percaya apa yang akak cakap ni takpe lah, tapi akak nampak dengan mata kepala akak sendiri tau."
Jawab Kak Sha dengan bersungguh-sungguh.
"Ada-ada je lah Kak Sha ni. Iqa pergi buat kerja dulu ya."
Jawab Iqa sambil keluar daripada pantry.Semasa dia keluar dari pantry, dia bertembung dengan Amar yang juga mahu ke pantry, hampir terlanggar dia kerana tidak perasan dengan kehadiran Amar.
'Fuh, nasib baik tak terlanggar.'
Desis Iqa.
Amar tersenyum kepadanya.
Iqa buat dek sahaja lalu berlalu ke arah meja kerjanya.Tiba di meja, mata Iqa tertumpu kepada bouquet bunga ros bersama coklat ferrero rocher yang berada di atas mejanya.
'Siapa pulak yang letak bunga atas meja aku ni?'
Desis Iqa.
Tangannya mencapai kad yang diselit pada jambangan bunga ros yang berwarna merah.'Kalau you sudi, I nak ajak you dinner malamni - Amar'
Terbeliak biji mata Iqa setelah membaca isi di dalam kad tersebut.
'Buang tebiat ke mamat ni, tiba-tiba nak ajak aku dinner.' Desis Iqa.Iqa meletakkan jambangan bunga ros tersebut di atas meja dan dia terus membuka komputernya untuk memulakan kerja.

YOU ARE READING
Redha atau Pasrah?
Historia CortaMereka keliru antara redha dan pasrah. Redha itu ikhlas dari hati. Pasrah itu bila kau menyerah.